ASTRO RADIO MEMPERKUKUH KEKUATAN DIGITAL



Kajian Gfk Radio Audience Measurement (RAM) Survey Wave 2 mendapati bahawa radio adalah releven semasa pandemik. Kajian terbaharu RAM menunjukkan radio mencapai 93.6% jumlah individu berusia 10 dan ke atas di Semenanjung Malaysia bersamaan 20.3 juta pendengar mingguan. Dari 20.3 juta pendengar radio, Astro Radio terus mendahului dengan 74.3% bahagian pasaran dan mempunyai jumlah pendengar tertinggi iaitu 15.1 juta pendengar mingguan.



Astro Radio mengukuhkan kehadiran digital kepada jumlah keseluruhan 331.2 juta dengan perincian selanjutnya seperti berikut: -
  • Peningkatan tontonan video bulanan sebanyak 60% iaitu 176 juta
  • Peningkatan penstriman digital bulanan sebanyak +36% iaitu 18.7 juta
  • Jangkauan media sosial (Facebook) bulanan sebanyak 102 juta
  • Purata pelawat di laman web bulanan sebanyak 11.2 juta
Jenama Astro Radio menduduki tempat No.1 di kesemua bahasa; ERA – jenama Bahasa Melayu No.1, HITZ - jenama Bahasa Inggeris No.1, MY - jenama Bahasa Cina No. 1, dan RAAGA - jenama Bahasa Tamil No. 1. Astro Radio memperoleh 6 kedudukan tertinggi dalam 10 jenama-jenama teratas. 
  • ERA kekal sebagai jenama radio teratas di negara ini dengan 6.2 juta pendengar. Ia mempunyai pendengar eksklusif tertinggi dengan jangkauan 1.3 juta.
  • SINAR berada di tempat ke-2 dengan 4.8 juta pendengar.
  • GEGAR adalah jenama Pantai Timur No.1 dan meningkat 17.9% kepada 2.5 juta pendengar.
  • HITZ mengekalkan kedudukan jenama Bahasa Inggeris Teratas dengan 2.5 juta pendengar dan MIX serta LITE mendapat kedudukan ke-2 dan ke-3 untuk jenama Bahasa Inggeris, masing-masing mencatatkan 1.1 juta dan 960.000 pendengar keseluruhan. 
  • MY mengekalkan kedudukan jenama Bahasa Cina Teratas dengan 2 juta pendengar dan MELODY dengan 1.2 juta pendengar. 
  • RAAGA mengekalkan kedudukan jenama Bahasa Tamil Teratas dengan 1.3 juta pendengar dan mencatatkan ‘masa mendengar’ tertinggi dengan 8 jam dan 50 minit di antara semua jenama-jenama radio Malaysia.
Radio adalah interaktif dan sosial. Astro Radio telah beralih dari pengalaman audio yang tulen ke pengalaman pelbagai aspek dan menerusi pelbagai platform. Kandungannya disusun, dihasil dan disalurkan untuk memastikan ia sesuai dengan semua segmen penduduk Malaysia. MY, jenama radio Bahasa Cina No. 1 di Malaysia, mencapai 1 juta pengikut di Facebook dan MY, bersama RAAGA, jenama radio Bahasa Tamil No.1 Malaysia dan ZAYAN, masing-masing mencapai 100,000 pelanggan YouTube. Selain itu, kempen-kempen digital termasuk ERA 'Tiktokber' memperoleh lebih daripada 4.8 juta tontonan dan lebih daripada 300 penyertaan video di akaun ERA Tik Tok; MY ‘Crime Scene Investigation’ with Sekkisei Clear Wellness, mencapai 1.1 juta jumlah tontonan video; dan HITZ Morning Crew ‘Fight For Gotcha’ melangkaui jangkauan media sosial dan penglibatan seramai 400,000 orang.

Tinjauan kajian ini dilakukan selama 6 minggu dengan gabungan buku harian radio tradisional (75%) dan e-diari (25%) diedarkan kepada 6000 individu unik di seluruh Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan tabiat mendengar mereka. 19 jenama radio komersial telah mengikuti kajian ini.

Data source: GfK Radio Audience Measurement (RAM), Wave 2 2020 | Google Analytics, July – September 2020 | Facebook Creator Studio, CrowdTangle, YouTube, July – September 2020 | Facebook, Instgram, Twitter, YouTube, October 2020 | Radioactive, July – September 2020 | Facebook, July – September 2020

Business photo created by whatwolf - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025