PELUANG MEMENANGI SEBUAH “PROTON FLAGSHIP X50” APABILA ANDA MEMBELI BELAH DI ALAMANDA PUTRAJAYA
Pusat Beli-belah Alamanda (Alamanda) menawarkan para pembeli peluang menarik untuk memenangi “Proton X50 Flagship” melalui kempen terbarunya iaitu “The Big Win”. Untuk setiap RM300 yang dibelanjakan di mana mana kedai terpilih dalam maksimum dua resit, pembeli akan menerima satu borang penyertaan untuk cabutan bertuah, yang berlangsung dari sekarang hingga 26 Jun 2022.
Setiap pembeli boleh mendapat maksimum tiga borang penyertaan setiap hari. Selain cabutan bertuah, perbelanjaan minimum RM300 dalam dua resit juga membolehkan para pembeli menikmati ganjaran segera baucar beli-belah bernilai RM30. Setiap pembeli layak mendapat satu penebusan setiap hari.
“Kami sangat teruja untuk memberi peluang kepada para pengunjung Alamanda untuk membawa pulang sebuah SUV yang sedang hangat di pasaran Malaysia. Dengan tawaran menarik seperti ini, Alamanda akan terus menyediakan pengalaman membeli-belah yang berharga dan bermanfaat untuk semua,” kata Andrew Brien, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
Pembeli yang menyertai cabutan bertuah hanya perlu mengisi butiran mereka, disusuli dengan menjawab soalan mudah dan seterusnya menyerahkan borang penyertaan bersama-sama dengan resit kepada Concierge. Pemenang bertuah kemudiannya akan dijemput ke majlis penyampaian hadiah di Alamanda pada 29 Julai 2022.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
Laman web: www.alamanda.com.my
Facebook: www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
Comments
Post a Comment