PUBG MOBILE BAKAL BERKOLABORASI DENGAN FRANCAIS FILEM BLOCKBUSTER KL GANGSTER


Pada hari kemuncak 2022 PMPL SEA Championship Spring, PUBG MOBILE telah mengumumkan kolaborasi akan datang bersama francais filem terlaris di Malaysia, KL Gangster. Ini merupakan kolaborasi pertama bagi PUBG MOBILE dengan filem tempatan di Malaysia.

Video teaser 30 saat menampilkan pelakon popular Syamsul Yusof dan Dato’ Aaron Aziz digandingkan semula dalam watak masing-masing, Shark dan Malek. Video teaser ini telah difiilemkan di Petaling Street, latar belakang pertempuran ikonik filem KL Gangster film. 

Kolaborasi yang dinanti-nantikan ini akan disaksikan dalam pelancaran dalam permainan di bukan Julai 2022 dan nantikan trailer penuh yang bakal disiarkan tidak lama lagi.

Tontoni video teaser PUBG MOBILE x KL Gangster di SINI!


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman media sosial PUBG MOBILE:
● Facebook: PUBG MOBILE Malaysia
● Instagram: @pubgmobilemyofficial

Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

ASTRO KUPAS RAHSIA KELUARGA, PEREBUTAN KUASA & HARTA ‘KERANA SEORANG LELAKI’

TINTA MERDEKA DI PAVILION BUKIT JALIL: PERPADUAN SENI, FESYEN DAN WARISAN DALAM SAMBUTAN MERDEKA PENUH WARNA

REVOLUSI DAPUR MODEN: VORWERK PERKENAL THERMOMIX® TM7 DAN KEDAI MERCU PERTAMA DI MALAYSIA