BUDS ORGANICS BANGGA MERAIKAN 18 TAHUN SEBAGAI JENAMA MALAYSIA
Pengasas bersama dan Pengarah Urusan Buds Organics, Soo Siew Peng dan Pengasas Bersama dan Pengarah R&D Buds Organics Soo Kian Kheng di Pelancaran SambutanUlang Tahun ke-18 Buds Organics |
Jenama tempatan terkemuka, Buds Organics, meraikan ulang tahunnya ke-18 tahun ini. Bermula daripada satu impian di dapur, Buds Organics kini dikenali di peringkat antarabangsa dengan kehadiran di 10 negara menerusi 67 pilihan produk keluarannya. Kini jenama ini dengan bangganya membawa ke pasaran rangkaian terbesar produk penjagaan kulit, diri dan kediaman yang menerima pengiktirafan ECOCERT di dunia bagi memenuhi segenap keperluan dan kehendak seisi keluarga.
Adik-beradik dan Pengasas Bersama Buds Organics, Soo Siew Peng dan Soo Kian Kheng (KK) memulakan perniagaan ini pada tahun 2004 menerusi satu idea kecil - mewujudkan produk penjagaan kulit yang semulajadi, asli dan mesra alam. Buds Organics meningkatkan keupayaannya pada tahun 2008 dengan melancarkan rangkaian bebas bahan pengawet untuk bayi dan ibu yang dikenali sebagai Buds Cherished Organics. Ia turut menjadi rangkaian produk pertama Buds Organics yang menerima pensijilan ECOCERT.
Seiring dengan nilai-nilai teras integriti dan kualiti, Siew Peng dan KK memilih untuk memastikan produk-produk yang dihasilkan menerima pengiktirafan ECOCERT yang merupakan sebuah badan pensijilan organik paling teliti, sulit dan telus di dunia.
Tahun ini merupakan tahun ke-14 berturut-turut Buds Organics menerima pensijilan ECOCERT, membuktikan semangat teguh kedua-dua pengasas itu dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi, selamat dan lestari yang dipercayai ibu bapa di seluruh dunia. Sebagai satu perniagaan mesra alam, jenama tersebut menganggap bahawa kejayaan yang dicapai pada hari ini adalah disebabkan komitmennya dalam mematuhi amalan-amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
“Kejayaan merupakan asas perniagaan kami. Kami ingin berkongsi kegembiraan dengan mewujudkan produk yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan - daripada rangkaian produk rawatan dan penjagaan kulit sehingga bahan pembersih rumah. Sebagai satu perniagaan milik keluarga, prinsip arah kami sentiasa berpegang pada perkara ini: Apa sahaja yang kami tawarkan kepada dunia mestilah cukup baik kepada insan-insan tersayang kami dahulu. Saya dan abang berasa besar hati dan gembira kerana dapat meraikan ulang tahun ke-18 Buds Organics kerana kami berpeluang untuk menyaksikan ‘bayi’ dalam keluarga ini membesar.
“Pada hari ini, kami amat berbangga untuk menyatakan bahawa rangkaian produk kami menerima kepercayaan ibu bapa di seluruh dunia dan kami akan terus berpegang pada nilai-nilai kami untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan penawaran. Buds dijangka akan terus bertapak di pasaran dunia dengan rancangan pelebaran sayap perniagaan, seterusnya memperkukuhkan kedudukan kami sebagai jenama penjagaan kulit keluarga organik terkemuka di peringkat global. Tentunya kami tidak mampu untuk berada sejauh ini tanpa sokongan keseluruhan ekosistem Buds yang turut merangkumi warga kerja, agensi-agensi kerajaan, rakan perniagaan, pembekal dan pelanggan setia kami. Kami berterima kasih kepada anda kerana menjadikan Buds Organics jenama penjagaan kulit organik pilihan untuk bayi dan kanak-kanak,” kata Siew Peng, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Buds Organics.
Bersempena meraikan pencapaiannya, Buds Organis melancarkan satu produk serba baharu, Buds Everyday Organics Hair Volume Booster, untuk menambah volum dan ketebalan rambut bayi. Ia mengandungi Akar Maca dari Banjaran Andes Peru yang terbukti secara klinikal untuk meningkatkan ketebalan rambut dan Protein Beras Dihidrolisis memberikan khasiat dan melindungi rambut baharu. Sebagai tambahan, Ekstrak Daun Aloe Vera dan Bunga Kalendula menyediakan kelembapan dan melegakan kulit kepala bayi yang lembut dan halus!
Meraikan 18 Tahun Secara Organik bersama Buds Organics
Bersempena ulang tahunnya yang ke-18, Buds Organics akan menganjurkan pelbagai promosi dan kempen eksklusif:
Diskaun 18% di Seluruh Saluran Jualan
Penggemar produk Buds Organics boleh menikmati tawaran menarik ini selama 18 hari, dari 3 sehingga 20 Jun 2022 di laman web rasminya (www.budsorganics.co), Shopee Mall Buds Organics (www.shopee.com.my/budsorganics.os), dan Lazmall Buds Organics (www.lazada.com.my/shop/buds-organics).
Belanja, Imbas dan Menang Cabutan Bertuah Ulang Tahun ke-18 Buds Organics
Terdapat hadiah bernilai lebih RM18,000 yang ditawarkan. Rebutlah peluang untuk memenangi pakej percutian dan produk Buds Organics menerusi perbelanjaan minimum RM50 dalam satu resit di rangkaian-rangkaian yang mengambil bahagian - gedung dalam talian rasmi Buds Organics, AA Pharmacy, Caring Pharmacy, Mothercare, dan banyak lagi.
Barangan Edisi Terhad Ulang Tahun ke-18 Buds Organics
Belanja sehingga RM188 untuk mendapatkan buku berjudul “18 Little Ways to be Kind” dan cawan 18 Tahun Buds Organics bernilai RM49 secara percuma. Jika anda berbelanja sehingga RM288, anda berpeluang membawa pulang Beg Kanvas 18 Tahun Buds Organics, buku “18 Little Ways to be Kind” dan cawan 18 Tahun Buds Organics bernilai RM88 secara percuma.
Kempen ini akan berlangsung dari 3 Jun sehingga 2 Julai 2022 di kesemua gedung dalam talian Buds Organics dan cawangan terpilih Mothercare (Mid Valley Megamall, Suria KLCC dan Tropicana Gardens Mall).
Kempen Hari Alam Sekitar Sedunia bersama Mothercare
Buds Organics berasa amat gembira untuk mengumumkan Inisiatif Pertukaran Pek Pahlawan Eko (Eco Warrior Pack Swap) bersama Mothercare Tropicana Gardens Mall dari 3 hingga 30 Jun 2022. Seiring dengan tema sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini, Only One Earth, Buds Organics ingin menggalakkan kanak-kanak untuk bertukar plastik Type 2 mereka untuk satu hadiah Buds for Kids secara percuma.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman budsorganics.co dan terus mengikuti berita-berita terkini menerusi laman Facebook dan Instagram Buds Organics. Untuk membeli-belah produk-produk menarik dan lestari untuk seisi keluarga, kunjungi budsorganics.co/shop/.
Comments
Post a Comment