MUNCHY'S CRACKERS PLUS DENGAN 10 NUTRIEN - PILIHAN SNEK YANG LEBIH SIHAT



Memandangkan warga Malaysia semakin mementingkan kesihatan, ramai yang memilih pilihan makanan yang sihat setiap hari, termasuklah makanan ringan atau snek. Walau bagaimanapun, meluangkan masa dan usaha untuk menyediakan makanan yang sihat dan lazat merupakan sesuatu yang mencabar, terutamanya apabila jadual kita padat dengan pelbagai aktiviti.

Berdepan dengan tekanan masa, kita selalunya mengambil apa sahaja yang boleh dicapai demi mengisi perut. Ini mungkin merupakan satu penyelesaian yang pantas, tetapi pada jangka panjang, pengambilan makanan ringan yang tidak sihat boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Oleh itu, snek yang mudah dan sedia untuk dimakan serta memberikan anda nutrien adalah cara paling mudah untuk memenuhi rasa lapar dan selera yang cerewet.

Munchy's Crackers Plus dibuat secara penuh kasih sayang dengan 10 jenis nutrien seperti vitamin (A, B1, C, B6), kalsium, zat besi, zink, asid folik, kuprum dan selenium, untuk anda menikmati snek secara sihat dan meriangkan! Bebas daripada kolesterol dan lemak trans, hidangan rangup ini memberikan anda kelazatan yang sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Munchy’s Malaysia Rodney Wong berkongsi, “Snek boleh dikatakan penting dalam diet kita untuk membekalkan tenaga pada waktu tengah hari, atau selepas bersenam. Menikmati snek yang sihat di antara waktu makan juga membantu mengekang rasa lapar dan mengelakkan daripada makan berlebihan semasa waktu makan nanti. Ramai warga Malaysia yang gemar makan, tetapi pengambilan makanan ringan yang tidak sihat secara kerap boleh membawa kepada masalah kesihatan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, kami di Munchy's, mahu menyokong kepentingan memilih snek yang lebih sihat, bukan sahaja memenuhi cita rasa anda, tetapi juga menyediakan mikro nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Munchy’s Crackers Plus dihasilkan untuk pengguna menikmati snek secara sihat dengan 10 jenis nutrien yang berbeza dalam hidangan lazat yang dibakar dengan sempurna!”

Munchy's Crackers Plus boleh didapati dalam tiga perisa lazat: Original Berkalsium Tinggi, Biji Chia Berprotein Tinggi dan Bijirin Penuh Berserat Tinggi. Terdapat dalam dua saiz pek (3 pek: 300g, RM4.80 dan 7 pek: 700g, RM10.90), anda boleh membawa biskut rangup ini bersama anda ke mana-mana jua, untuk berehat bersama snek yang sihat pada bila-bila masa!


Sertai Munchy’s X AirAsia Ride dan dapatkan sampel percuma!

Mulai 16 Jun hingga 6 Julai 2022, Munchy’s bekerjasama dengan perkhidmatan e-hailing AirAsia Ride untuk menyebarkan kegembiraan Munchy’s Crackers Plus! Sebanyak 30 buah kereta Munchy's X AirAsia Ride akan membuat perjalanan mereka di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Penumpang bertuah yang menaiki Munchy's boleh menikmati pek sampel Munchy's Crackers Plus secara percuma! Pada masa yang sama, penumpang juga boleh mengimbas kod QR di dalam kenderaan untuk membeli biskut kegemaran mereka dari kedai rasmi Shopee Munchy.

Untuk maklumat lanjut tentang Munchy's Crackers Plus, ikuti dan suka laman sosial Munchy di Facebook (https://www.facebook.com/Munchys/) dan

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI