GAME ON! ‘CERIA POPSTAR XTRA’ TAMPILKAN KONSEP BAHARU 'GAMING'

 
Saluran No.1 Kanak-kanak di Malaysia, Astro Ceria kembali menghiasi hari minggu anda dengan program televisyen realiti bakat nyanyian, ‘Ceria Popstar Xtra’ yang akan mula bersiaran pada setiap hari Rabu mulai 29 Jun 2022 ini, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. 

‘Ceria PopStar Xtra’ bakal membuatkan para penonton serta peminat teruja dengan kemunculannya menerusi elemen-elemen baharu yang akan diketengahkan berbanding dengan format asalnya. 

Berkonsepkan gaming, ‘Ceria Popstar Xtra’ akan menampilkan bakatbakat cilik tanah air yang bakal mengujakan penonton-penonton dengan kebolehan nyanyian serta kreativiti persembahan mereka. ‘Ceria Popstar Xtra’ merupakan titik permulaan bagi bakat-bakat terpendam ini dalam menggapai cita-cita untuk menjadi pelapis-pelapis industri seni pada masa akan datang. 

Tambah menarik, program ini juga adalah program pertandingan nyanyian kanak-kanak pertama yang melakukan uji bakat secara online melalui TikTok, platform media sosial yang dipenuhi dengan hiburan bersesuaian dengan kanak-kanak dan remaja. 

Seramai 10 peserta dipilih menerusi uji bakat tertutup yang diadakan di Hotel Tenera, Bangi pada 26 Mac 2022. Semua peserta yang telah disenarai pendek adalah penyanyi solo yang berbakat. Mereka akan dilatih oleh barisan selebriti berpengalaman dari segi vokal, tarian dan juga reka bentuk set mereka. 

Selain itu, program ini tampil lebih dengan karakter misteri dikenali sebagai C-X yang juga merupakan juri misteri. C-X hanya akan didedahkan pada minggu ketujuh program ini. Persona C-X tidak akan diketahui kerana C-X tidak akan muncul bersama para juri yang lain dan hanya suaranya sahaja yang akan didengar bersama paparan animasinya pada skrin. Antara kelebihan C-X adalah dia mempunyai imuniti untuk menyelamatkan perserta daripada tersingkir yang hanya boleh digunakan sekali sahaja dalam musim ini. Dia juga boleh memberi komen tambahan kepada peserta-peserta selain komen para juri yang lain. 

Bersiaran selama lapan minggu, ‘Ceria Popstar Xtra’ dipecahkan kepada beberapa tema yang berbeza setiap minggu sebagai cabaran seperti konsert solo mengikut kisah masing-masing, persaingan duet serta medley lagu artis lokal dan antarabangsa. 

Secara uniknya, penyingkiran setiap peserta juga bergantung kepada ‘nyawa’ mereka yang ditentukan seperti konsep gaming yang sebenar. 

Antara konsep-konsep gaming yang diterapkan adalah: 

XTRA LIFE 
Setiap juri mempunyai Xtra Life, iaitu imuniti untuk diberikan kepada peserta yang tersingkir untuk menyelamatkan mereka. Setiap juri hanya boleh menggunakan imuniti ini sekali sahaja. Selain juri, C-X juga mempunyai satu Xtra Life untuk menyelamatkan peserta daripada tersingkir dan ini hanya akan didedahkan pada minggu ketujuh sebagai kejutan. 

XTRA STAR SCOREBOARD 
Setiap peserta akan mendapat bintang berdasarkan ranking persembahan mereka pada setiap minggu. Bintang-bintang ini akan terus dikumpul sehingga minggu separuh akhir. Peserta yang mengumpul jumlah bintang paling banyak akan memenangi ‘Star Award’ pada minggu akhir. 

MVP OF THE WEEK 
Peserta yang mendapat tempat pertama berdasarkan markah mereka akan mendapat ‘MVP Of The Week’ dan akan duduk di sebuah kerusi yang istimewa dipanggil ‘Takhta MVP’. Pemilihan ‘MVP Of The Week’ akan bermula pada minggu kedua. 

Peserta dengan markah tertinggi pada penghujung rancangan ini akan dinobatkan sebagai ‘Juara Ceria Popstar Xtra’ dan membawa pulang hadiah berbentuk wang ringgit. 

Juara musim ini akan membawa pulang RM20,000.00 manakala naib juara akan membawa pulang RM10,000.00. Tempat ketiga pula akan membawa pulang wang berbentuk RM5,000.00. 

Peserta yang mengumpul bintang paling banyak akan memenangi ‘Star Award’ yang membawa pulang hadiah sebanyak RM3,000.00. 

Selain itu, pengacara, pelakon, pelawak dan pengarah versatil popular Malaysia, Nabil Ahmad kembali mengacara program ini bersama-sama dengan penyanyi serba boleh, Elly Mazlein. Keceriaan program ini diserikan lagi dengan penampilan Johan dan Mas Idayu sebagai juri tetap. 

‘Ceria Popstar Xtra’ turut membariskan nama-nama hebat sebagai juri jemputan yang 3 digelar sebagai Xvengers. Tugasan Guru Vokal pula digalas oleh Azrin Noor, iaitu guru vokal All Together Now Malaysia. Manakala naib juara All Together Now Malaysia musim pertama, Zaidy dilantik sebagai sebagai Guru Tarian. 

Dengan tagline ‘Game On!’, program yang menggabungkan elemen pertandingan nyanyian dengan konsep gaming ini menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih unik dan mengujakan dengan pelbagai sisipan kreativiti yang menarik serta dalam masa yang sama mengekalkan format asalnya. 

‘Ceria PopStar Xtra’ juga telah mengeluarkan video muzik istimewa raya yang berjudul ‘Raya Xtra Bersama’ nyanyian Han Byul, Amir Masdi dan Ara Johari sebagai teaser kepada program ini pada 30 April 2022 di platform YouTube rasmi Astro Ceria. 


Episod pertama ‘Ceria Popstar Xtra’ juga akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Prima (105). Tambah menarik, program ini turut menampilkan beberapa program dan episod-episod kapsulnya buat para penonton yang akan ditayangkan secara eksklusif di saluran Astro Ceria dan boleh disitrim menerusi On Demand di Astro Box. 

Antara episod-episod menarik daripada program ini adalah : 

Xplore 
Program ini akan menampilkan video-video kompilasi uji bakat peserta-peserta ‘Ceria Popstar Xtra’. Sebanyak 5 episod, program ini memaparkan Wafiy sebagai pengacaranya yang menemu bual peserta serta juri dan komen-komen mereka terhadap uji bakat masing-masing. 

Xclique 
Program yang merangkumi 3 episod ini akan menampilkan video-video perkenalan kepada peserta-peserta ‘Ceria Popstar Xtra’ yang berdurasi selama 5 minit bagi setiap episod. 

Xtra Go! 
Xtra Go! akan menampilkan video-video kompilasi yang akan meneroka kehidupan aktiviti harian peserta sebanyak 16 episod yang akan ditayangkan selama 5 minit. Seperti sebuah ‘diari’, video-video ini akan merakamkan pengalaman mereka sebagai peserta ‘Ceria Popstar Xtra’ serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam kelas latihan mereka. 

Xtra : The Top Ranks 
Episod istimewa yang akan menampilkan ‘the best of Ceria Popstar Xtra’ selepas konsert akhir sebanyak 4 episod yang akan ditayangkan selama 30 minit. 

SENARAI PESERTA ‘CERIA POPSTAR XTRA’ 
  • Ariff 
  • Dilla
  • Amani
  • Damia
  • Faleeq 
  • Iqmal 
  • Dhiyaa 
  • Zaki Yamani 
  • Adik Marsha 
  • Dinda Dania 
Farah Fauzana Zainul Kamar Ketua Kandungan Kanak-Kanak berkata, “Sebagai saluran kanak-kanak nombor satu negara, nadi kepada Astro Ceria adalah mengembangkan industri hiburan kanak-kanak. Hiburan bukan sahaja kandungan sebagai paparan di kaca televisyen mahupun peranti tetapi kandungan yang menampilkan bakat-bakat baharu di kalangan generasi muda kita. Astro Ceria berperanan sebagai agen pencungkil bakat-bakat ini. Musim-musim terdahulu ‘Ceria Popstar’ telahpun mencungkil banyak bakat seperti Erissa Puteri, Masya Masyitah dan Vanessa Reynauld. ‘Ceria Popstar Xtra’ merupakan kesinambungan kepada ‘Ceria Popstar’ yang bakal memaparkan pelbagai elemen inovatif dan kreatif berlandaskan trend-trend terkini yang menepati cita rasa anak-anak muda. Format kali ini ternyata berbeza dengan penerapan elemen gaming yang begitu sebati dengan minat generasi muda kita. Xtra Life merupakan imuniti yang diberikan oleh para juri untuk menyelamatkan peserta daripada penyingkiran. Konsep-konsep ini diharapkan boleh menarik minat para penonton terutamanya di kalangan gamers muda untuk menyaksikan ‘Ceria Popstar Xtra’ selain daripada mereka yang menggemari pertandingan nyanyian. Selain itu, ‘Ceria Popstar Xtra’ turut membawa semula bakat-bakat yang diuji bakat untuk ‘Ceria Popstar 2021’ yang terpaksa dihentikan produksinya kerana pandemik Covid-19 pada tahun yang lalu. Kami merasakan bakat-bakat ini harus diberikan peluang sekali lagi untuk menyerlah kemampuan mereka dan sayang sekali jika mereka tidak bertanding. ‘Ceria Popstar Xtra’ akan berlangsung selama lapan minggu mulai 29 Jun ini. Berdurasi selama satu jam untuk setiap episod, peserta-peserta berbakat ini akan diadili juri tetap termasuk Johan dan Mas Idayu bersama barisan Xvengers. Siapakah Xvengers? Para penonton harus tunggu dan menonton setiap minggu. 5 Kami berharap program ini mampu memberi keseronokan dan hiburan kepada semua penonton seperti mana mereka menikmati ‘Ceria Popstar’ pada musim-musim terdahulunya. Kami juga berharap program ini mampu menghiburkan dan memberi inspirasi kepada mereka yang ingin menceburi bidang ini.”

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!