TVB MALAYSIA MEMBENTANGKAN STRATEGI PERNIAGAAN DI MALAYSIA DAN RANCANGAN-RANCANGAN BAHARU

Dari kiri: Rock, Shaun, Lim Cheng Hee (Presiden TVB Malaysia), Desmond S.H Chan (Pengurus Besar TVBI Company Limited), Ian Lee (Ketua Pembangunan Korporat TVB), Daniel, Aeren

Hong Kong’s Television Broadcasts Limited (TVB) adalah sebuah nama yang tidak lagi asing dalam kalangan rakyat Malaysia sejak tahun 1980-an.

Bermula dengan perkhidmatan penjualan dan penyewaan siri rancangan TV, kini dengan pembangunan terkini platform media penstriman OTT ‘TVB Anywhere’, TVB setia menawarkan pelbagai rancangan-rancangan hiburan yang berkualiti tinggi buat tontonan rakyat Malaysia selama berdekad lamanya.


Rancangan-rancangan tersebut merangkumi drama bersiri terkenal, rancangan aneka ragam, hiburan berinformasi, berita, program perniagaan, muzik, dan pelbagai lagi rancangan-rancangan yang menampilkan barisan pelakon dan bakat yang tidak asing lagi.

2022 bakal menjadi sebuah tahun yang cukup bermakna buat TVB dan rakyat Malaysia, memandangkan syarikat tersebut bakal menyambut ulang tahun yang ke-55, manakala Malaysia akan meraikan hari kemerdekaan yang ke-65 tahun ini.

Menerusi sebuah sidang media bertempat di One World Hotel, Kuala Lumpur pads 21 Jun 2022, TVB melancarkan pelan-pelan untuk mengembangkan lagi skop kerjasama strategik dalam Malaysia, dan juga mengukuhkan posisi mereka dalam pasaran hiburan tempatan. Sidang media tersebut menampilkan Desmond S.H. Chan, Pengurus Besar TVBI Company Limited, dan dirasmikan oleh Ian Lee Hock Lye, Ketua Pembangunan Korporat TVB, dan Lim Cheng Hee, Presiden TVB Malaysia Sdn Bhd.

Amigo Chui bergelar hos sidang media tersebut, yang turut menampilkan selebriti-selebriti popular TVB, Shaun Tam, Daniel Chau, Rock Ho, dan Aeren Man.

Berbekalkan posisi yang kukuh serta pengalaman yang meluas dalam pasaran tempatan, TVB berancang untuk menghasilkan lebih banyak program terbitan tempatan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia.

Semasa sidang media tersebut berlangsung, Desmond berkongsi bahawa membangunkan pasaran di Malaysia merupakan antara komponen utama dalam strategi perniagaan TVB.

“Memandangkan bahana pandemik semakin berkurang, kami melihat tahun 2022 sebagai masa terbaik untuk mengembangkan peluang-peluang perniagaan kami,” ujar beliau. “Suka untuk saya umumkan bahawa kami akan membawa pelaburan yang lebih besar dalam membangunkan pasaran kami di Malaysia, termasuklah produksi-produksi tempatan.”

Desmond juga mengumumkan bahawa susulan kejayaan rancangan STARS Academy di Hong Kong tahun lalu, STARS Academy 2 (Malaysia) akan mula bersiaran pada bulan Ogos untuk mencungkil dan melatih rakyat Malaysia yang berbakat dan berpotensi untuk bergelar selebriti TVB.

“Menerusi STARS Academy 2 (Malaysia), kami berharap untuk membentuk bintang dan bakat Malaysia yang seterusnya,” ujar beliau.

TVB juga akan terus mempelbagaikan kandungan mereka sebagai salah satu usaha untuk mendekati golongan sasaran yang lebih muda dan juga rakyat Malaysia yang bukan cina.

“Dalam separuh tahun yang kedua, kami akan menerbitkan sebuah siri rancangan-rancangan baharu yang mensasarkan generasi penonton yang baharu, dan dalam masa yang sama terus membangunkan, menerbitkan, dan mempromosikan program-program yang lebih mempunyai citarasa tempatan. Kami juga akan menawarkan lebih banyak pilihan bahasa buat para peminat kami yang tidak berbahasa Cina.”

Desmond menerangkan bahawa TVB akan bekerjasama dengan rakan-rakan Malaysia merentasi pelbagai platform dan menumpukan kepada tiga jurus utama.
  1. Menjadi pengantara utama antara klien dan kelompok sasaran untuk mewujudkan situasi yang memberi kepuasan buat semua.
  2. Program promosi dan kempen kreatif yang diperincikan dan disesuaikan untuk para klien. Penciptaan kandungan adalah kekuatan utama TVB, jadi ia mampu untuk memahami keperluan klien dan memanfaatkannya untuk kewujudan portfolio program promosi yang unik dan tidak menuruti kelaziman pembekal-pembekal kandungan yang lain.
  3. Menambah baik perniagaan dan kandungan media baharu secara komprehensif. TVB telah melancarkan TVB Anywhere, sebuah platfom media penstriman untuk para penonton di luar negara pada tahun 2016, di mana ia adalah antara platfom yang laris setakat ini. Anda hanya perlu melayari aplikasi telefon dan anda boleh menonton semua kandungan TVB, daripada filem sehingga ke rancangan TV. TVB Anywhere mempunyai lebih dari 10 juta pengguna di luar negara termasuklah para pengguna platform pihak ketiga, dengan Malaysia muncul sebagai salah sebuah pasaran yang berkembang pesat dengan paling pantas.
TVB bakal melancarkan beberapa drama bersiri dan rancangan aneka ragam menjelang Jun, dan antara tarikan utama pelancaran tersebut ialah TVB Anywhere Original, sebuah rancangan yang mensasarkan kelompok penonton muda, di samping menawarkan para penonton setia TVB sesuatu yang baharu dan tulen untuk dinikmati dalam tontonan mereka.

Para hadirin sidang media tersebut merupakan antara yang terawal di dunia menyaksikan siaran awal rancangan-rancangan TVB yang akan datang sepanjang separuh kedua tahun 2022, di samping video promosi TVB Anywhere Original 

Sidang media tersebut dilanjutkan dengan beberapa aktiviti melibatkan Chui dan empat bintang TVB yang lain, di mana mereka mengambil bahagian dalam beberapa acara interaktif dan mengongsikan pengalaman mereka di Malaysia serta perkembangan terkini mereka.

Bagi pelakon Shaun Tam, ini merupakan kunjungannya ke Malaysia yang pertama sejak acara TVB Awards 2021 awal tahun ini, di mana beliau memenangi anugerah Malaysia’s Favourite TVB Lead Actor’ bagi drama bersiri Take Two.

Selepas berterima kasih kepada para peminatnya di Malaysia atas kejayaan beliau merangkul anugerah tersebut, Tam berbicara mengenai pengalamannya selaku penghibur jemputan dan juri STARS Academy 2 (Malaysia). Beliau mengakui bahawa pengalaman tersebut sangat mencabar untuk memikul tanggungjawab selaku seorang juri untuk rancangan muzik buat julung kalinya, dan menggalakkan para peserta untuk memberikan prestasi yang terbaik dan menikmati pengalaman tersebut sepanjang pertandingan itu berlangsung. 

Seorang lagi penghibur jemputan yang memeriahkan lagi STARS Academy 2 (Malaysia) ialah Daniel Chau, nama yang tidak asing lagi dalam arena rancangan mencari bakat semenjak kegemilangan beliau semasa menceburi The Voice, dan beliau sangat gembira dapat menjadi sebahagian daripada rancangan tersebut. Kini, Chau lebih dikenali sebagai bintang dalam rancangan-rancangan seperti Flying Tiger III dan drama bersiri TVB yang akan datang The Spectator.

Rock Ho dan Aeren Man adalah alumni STARS Academy yang pertama, baru sahaja selesai dengan debut rasmi mereka dan pengfileman STARS Academy 2 di Hong Kong.

Mr Chen dan empat selebriti jemputan tersebut kemudiannya menjalankan sesi temu bual dengan para wartawan Malaysia sebelum mengakhiri sidang media tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING