BUNKFACE 15 YEARS OF KORANG - KONSERT PENGHARGAAN KEPADA SOKONGAN PEMINAT

Keutuhan selama 15 tahun yang tercipta pada band punk rock terunggul tanah air yang berasal dari Klang, Malaysia, Bunkface, membuktikan bahawa kewujudan mereka di arena muzik Malaysia ternyata memberi impak yang mendalam dan punyai pengikut tersendiri sejak awal penubuhannya.

Kini, dianggotai Sam, Youk, Pa’an dan juga Biak, perjuangan mereka dalam memperkasakan karya-karya pop alternatif dalam genre rock punk masih diteruskan dan ternyata mendapat sambutan hangat setiap kali dilancarkan.

“Alhamdulillah, perjalanan kami selama 15 tahun dalam memartabatkan muzik punk rock tetap diterima ramai dan kami akan terus berjuang sehingga akhirnya,” kata Sam, vokalis dan pemain gitar utama.

Terbaharu, Bunkface kini hadir mempersembahkan karya-karya mereka sepanjang penglibatan dalam industri muzik Malaysia melalui sebuah konsert istimewa ‘Bunkface! 15 Years Of Korang’ yang dianjurkan sendiri oleh syarikat rakaman mereka iaitu Bunkface Production bersama sama dengan penganjur acara tempatan Hitman Solutions. “Kami rasa bebesar hati kerana berpeluang bekerjasama dengan sebuah band yang hebat untuk membantu merealisasikan impian konsert mereka, kami akan memastikan kepuasan peminat peminat Bunkface yang hadir berada ditahap yang optimum dan berkualiti tinggi” kata Rohit, CEO , Founder Hitman Solutions.

“Bunkface! 15 Years Of Korang merupakan konsert untuk menyambut tahun ke-15 Bunkface sejak ditubuhkan pada tahun 2005. Konsert ini juga mendapat sokongan dari syarikat dagangan OctaFX yang hadir sebagai penaja utama. Selain daripada itu , Bunkface 15 Years Of Korang juga mendapat sokongan daripada pelbagai pihak seperti MyCreative Ventures ,Penjana dan Waka . Hot FM & Fly FM tidak ketinggalan untuk turut serta sebagai rakan radio rasmi konsert ini.

“Tujuan utama konsert ini diadakan adalah untuk mempersembahkan lagu-lagu kami kepada peminat-peminat Bunkface yang juga dikenali sebagai Bunkers secara live bersama-sama mereka,” jelas Youk, pemain bass.

Walaupun sedang sibuk dalam proses mempersiapkan album kelima mereka, Bunkface masih berkesempatan mengadakan konsert buat Bunkers yang merindui aksi-aksi lincah mereka di atas pentas.

“Idea di sebalik konsert ini sepatutnya berlaku dalam tahun lepas, namun bencana pandemik COVID-19 yang berlaku secara global membantutkan kebanyakan aktiviti seni di serata dunia.

“Setelah negara memasuki fasa endemik dan membolehkan aktiviti-aktiviti secara fizikal diadakan kami rasakan sekaranglah masanya untuk beraksi dan bertemu kembali dengan peminat,” ujar Pa’an, pemain guitar.


Pada tahun 2016, terdahulu Bunkface pernah mengadakan konsert ulang tahunnya yang ke-10 dan ketika itu jugalah idea disebalik Bunkface! 15 Years Of Korang tercetus.

“Kalau nak diikutkan, sejak penubuhan band lagi kami sudah memasang angan-angan untuk mengadakan konsert sebegini.

“Kini, impian tersebut sudah pun kami capai dan sekarang kami sudah pun memikirkan konsert pada sambutan ke-20 tahun pula, Insya-Allah,” kongsi Sam.

Konsert Bunkface! 15 Years Of Korang bakal berlangsung selama 2 jam dan dijangka akan mempersembahkan lebih daripada 20 buah lagu dari album pertama mereka sehingga single yang terbaharu.

“Pada malam konsert itu nanti, pengunjung akan dihiburkan dengan sebuah persembahan yang sememangnya sinonim dengan Bunkface, a punk rock band performing a rock show, dengan susunan muzik yang lebih segar di lokasi yang bersesuaian.

“Konsert kali ini akan diadakan di Zepp KL , iaitu sebuah event space yang baharu sahaja dilancarkan di Malaysia, ia merupakan tempat yang menarik untuk sebuah konsert rock, jadi kami tidak sabar untuk melihat suasana apabila dewan konsert itu dipenuhi dengan Bunkers nanti,” kata Youk.

Pada malam konsert itu juga, Bunkface akan mempersembahkan single terbaharu mereka yang berjudul ‘I Miss You’ ciptaan mereka sendiri sebagai apresiasi kepada peminat-peminat yang setia menyokong perjuangan mereka selama ini.

“Khas buat penonton konsert nanti, mereka berpeluang mendengar lagu terbaharu dari kami secara eksklusif buat pertama kalinya yang belum dilancarkan di mana-mana platform lagi.

“Lagu ini menceritakan tentang perjalanan seni kami sejak ditubuhkan dengan terperinci tentang apa yang sebenarnya terjadi dan bagaimana. Lagu ini juga sebagai kerinduan terhadap peminat-peminat kami yang setia dari hari pertama sehingga ke hari ini,” kata Pa’an.

Sebagai sebuah band yang mampu berdiri selama 15 tahun, pasti ada cabarannya tersendiri, kongsi Sam, “Tiada rahsia keutuhan kami selama ini, hanyalah bersama mereka yang menerima kelemahan sesama sendiri dan sentiasa cuba menjadi lebih baik dari semalam.

“Perkara yang paling penting adalah jangan terburu-buru, jangan mudah berputus asa, bawalah semangat anda kemana-mana dalam apa jua keadaan, kerana kerja keras boleh mengatasi bakat.

“Semoga para pengunjung konsert nanti boleh menyanyikan bersama lagu-lagu kami ketika malam konsert nanti, dan ada kejutan yang bakal dibawakan oleh kami!


Konsert Bunkface 15 Years Of Korang akan berlansung di Zepp KL pada 30th dan 31 Julai 2022. Pada tarikh ditulis, penjualan tiket untuk hari pertama telah pun habis dijual dalam masa 11 jam selepas dilancarkan pada 14 Jun lalu. Tiket untuk hari kedua masih boleh dibeli di www.hitmanlive.com .

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan konsert sila berhubung dengan Encik Keerand (Hitman Solutions) di talian 012 887 0669.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM