MENCIPTA PENGEMBARAAN BARU BERSAMA CANON PADA HARI KAMERA KEBANGSAAN


Untuk tahun kelima berturut-turut, Canon Marketing Malaysia (“Canon”) akan terus mempromosikan minat terhadap fotografi bersempena Hari Kamera Kebangsaan. Sambutan tahunan setiap 29 Jun itu diadakan untuk menghargai kewujudan kamera dan semua manfaatnya kepada masyarakat.

Tahun ini, dari 27 Mei hingga 24 Jun, Canon menjemput orang ramai untuk menginjak kemungkinan dalam ekspresi kreatif melalui Peraduan Video Hari Kamera Kebangsaan. Para peminat fotografi dan videografi akan dapat menguji kebolehan kreatif dan penceritaan mereka dengan menghasilkan video-video pendek mengenai pengembaraan mereka melalui lensa kamera.

Untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini, ikuti @CanonMalaysia di Instagram terlebih dahulu. Kemudian, muat naik video sepanjang 1 minit yang dirakam menggunakan kamera Canon anda, termasuklah video selang masa (time lapse). Hantar video tersebut di feed atau reels Instagram tersebut dan tag @CanonMalaysia dan @ytlhotels dengan menggunakan #CanonMalaysia, #VideoBetterWithCanon dan #CanonMYNCD2022. Akhir sekali, pastikan akaun Instagram anda ditetapkan kepada umum untuk membolehkan video tersebut dijejak.

Para peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti penginapan 3H2M di Pangkor Laut Resort Sea Villa bernilai RM4,640, sebuah kamera Canon PowerShot PICK bernilai RM1,969 dan penginapan selama 2H1M di JW Marriot Kuala Lumpur bernilai RM708.

Orang ramai boleh menantikan siri panduan videografi oleh pakar untuk membantu mereka dalam peraduan tersebut. Ini termasuklah panduan dari pakar produk Canon dan beberapa pencipta kandungan.

“Sebuah gambar menceritakan seribu kisah dan boleh membawa kita kembali ke saat-saat yang paling bermakna dalam kehidupan. Dengan pembukaan semula sempadan-sempadan negara pada tahun ini, semua orang teruja untuk mengembara dan mencipta memori baru dan menikmati hidup sepenuhnya. Melalui sambutan Hari Kamera Kebangsaan ini, kami berharap agar rakyat Malaysia dapat mencipta dan merakam lebih banyak pengalaman bermakna yang tak lapuk dek zaman. Kepentingan kamera dan fotografi dalam kehidupan kita tidak dapat dinafikan dan kami teruja untuk menantikan karya-karya hebat yang akan dihasilkan oleh orang ramai,” kata Hunter Zhang, Pengarah Jabatan Perniagaan Komunikasi Pengimejan dari Canon Marketing Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Hari Kamera Kebangsaan, ikuti Facebook Canon Malaysia dan ikuti Instagram Canon Malaysia (@canonmalaysia).

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA