‘PESTA KOPI EXTENDED‘ KEMBALI ATAS PERMINTAAN RAMAI, KINI DI THE CURVE


Selepas sambutan luar biasa peminat kopi kepada PESTA KOPI KL dan PESTA KOP! MELAKA , sekali lagi PESTA KOPI Kembali atas permintaan ramai. Kali ini lebih besar dan lebih banyak aktiviti menarik akan diadakan sepanjang acara ini berlangsung.

Diberi nama PESTA KOPI EXTENDED 2022, acara kali ini akan diadakan selama 3 hari pada 1-3 Julai 2022 bertempat di The Curve , Mutiara Damansara. la dianjurkan oleh TF Studio dengan Kerjasama The Curve, sebagai Rakan Strategik Lokasi dan Mister Coffee selaku Rakan Strategik Utama.

Mengekalkan konsep asal Pesta Kopi, Pesta Kopi Extended akan menghimpunkan 40 usahawan kopi tempatan dari seluruh negara untuk memperkenalkan produk minuman kopi masing-masing serta menunjukkan pelbagai cara dan seni penyediaan kopi masing-masing. Antaranya adalah usahawan kopi dari Johor Bahru, Kota Bharu, Melaka , Alor Setar dan Cameron Highland selain dari usahawan kopi dari Selangor dan Kuala Lumpur.

Secara ringkasnya, Pesta Kopi Exteded ini terbahagi kepada 3 bahagian.
  1. Bahagian Usahawan Food Truck
  2. Bahagian usahawan Kopi Jalanan (Street Vendor)
  3. Bahagian pembekal peralatan dan bahan penyediaan kopi untuk pengunjung yang punya cita cita untuk menjadi usahawan kopi.

Namun begitu, acara kali ini mempunyai kelainan dari penganjuran sebelumnya. Pesta Kopi Extended akan memberi fokus kepada memperkenallkan ‘coffee culture’ kepada orang ramai dan bukan sekadar pesta jualan produk minuman kopi. Orang ramai juga akan diperkenalkan kepada pelbagai alat dan pekakas penyediaan kopi dan pelbagai info menarik berkaitan kopi.

Antara aktiviti yang pastinya akan menarik perhatian pengunjung adalah:
  1. Demonstrasi dan tutorial cara-cara menghasilkan Seni Latte
  2. Tutorial pelbagai kaedah penyediaan kopi.
  3. Demonstrasi menggunakan alat-alat penyediaan kopi.
  4. Pertandingan Barista Terpantas.
      Kesemua aktiviti tersebut dibuka untuk orang ramai menyertai dan mengalaminya sendiri. Selain dari aktiviti ini, terdapat juga Pertandingan Penyediakan Kopi Paling Kreatif serta Cabutan Bertuah untuk pengunjung. Semua aktiviti ini akan diadakan di Pentas Utama.

      Orang ramai yang berkunjung akan diajar untuk mengenali pelbagai jenis biji kopi, perbezaan sifat setiap jenis biji kopi ini dan cara-cara penyediaan kopi yang sesuai mengikut jenis biji kopi tersebut.

      Pastinya, Pesta Kopi Extended kali ini ingin memberi nilai tambah yang lebih meriah dan lebih berharga kepada para pengunjungnya.

      Selain dari The Curve, selaku Rakan Lokasi dan Mister Coffee sebagai Rakan Strategik Utama, Pesta Kopi Extended ini turut mendapat sokongan dan tajaan dari Rakan Strategik lain seperti DaVinci Gourmet, MN Coffee dan Rimba In Town.

      Ini adalah Pesta Kopi terakhir anjuran TF Studio untuk tahun 2022. Acara Pesta Kopi selepas ini akan menjadi acara tahunan sahaja bagi menjaga kualiti penganjuran serta pengalaman pengunjung yang hadir ke Pesta Kopi.

      Tandakan kalendar anda pada 1-3 Julai 2022 ini. Jemput hadir ke Pesta Kopi Extended 2022.

      Sila lawati Instagram Rasmi @Pestakopi dan www.tempatanfest.com.my

      Comments

      Popular posts from this blog

      COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

      "CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

      POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

      IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI