AEON LA BOHEME PERKENALKAN CARA BAHARU MENIKMATI NESTLE KITKAT
Dari kiri: Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua AEON BiG (M) SDN. BHD dan Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Professional |
Penggemar produk bakeri dan pastri daripada jenama La Boheme, oleh AEON CO. (M) BHD. (AEON) pastinya akan teruja dengan kolaborasi terbaharunya bersama Nestle KITKAT!
Pelancaran kolaborasi tersebut berlangsung di AEON BiG Jaya One, Petaling Jaya. Majlis tersebut dihadiri oleh Sunny Setiawan, Ketua Pegawai Operasi, AEON CO., Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua AEON BiG (M) SDN. BHD, Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan AEON dan Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Professional.
Menurut Sunny Setiawan, “Kami berasa sangat bersyukur kerana AEON berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama gergasi manisan iaitu KITKAT yang sangat terkenal dengan keenakan coklatnya. Melalui kerjasama ini, kami dapat menawarkan lebih banyak variasi pilihan roti, donat, pastri serta ban untuk memenuhi citarasa pelanggan kami,”
“AEON sedar akan permintaan pelanggan yang sentiasa dinamik. Justeru itu, kami mengambil inisiatif untuk berkolaborasi dengan KITKAT, sebuah jenama yang dikenali dan digemari ramai untuk menghasilkan produk pastri enak dan berkualiti.” sambung beliau.
Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua AEON BiG (M) SDN. BHD |
Sementara itu, Sheikh Farouk yakin bahawa kolaborasi ini akan meningkatkan jualan bagi produk La Boheme.
"Di Aeon Big, segmen bakeri berada di kedudukan kelima yang menyumbang kepada jualan dan kami percaya produk ini akan mendapat permintaan daripada penggemar KitKat. Jika mendapat sambutan, pihak kami terbuka untuk bekerjasama dengan jenama lain untuk memberi lebih banyak pilihan dan nilai kepada para pelanggan di masa depan."
Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Professional |
Yit Woon Lai pula mengulas “Nestle Professional amat teruja kerana kerjasama ini akan memberi peluang kepada peminat KITKAT untuk menikmati produk tersebut dalam bentuk yang berbeza. Kami juga percaya usaha ini mampu mengeratkan hubungan perniagaan dengan AEON dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan perniagaan untuk masa terdekat. Kolaborasi ini juga dapat memperkenalkan jenama La Boheme kepada pengguna secara umum, khususnya kepada peminat setia KITKAT.”
Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan AEON |
Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen berkongsi kisah menarik di sebalik kolaborasi ini, "Proses untuk mencipta resepi untuk kolaborasi ini mengambil masa kira-kira dua bulan sahaja. Matcha Croissant merupakan antara resepi yang terpilih kerana matcha merupakan satu ramuan istimewa dari Jepun, yang turut mengingatkan kita semua yang AEON juga berasal dari Jepun."
Terdapat lima produk pilihan diperkenalkan melalui kerjasama ini iaitu Nutty Donut, Polkadot Donut, Matcha Croissant, Supreme Muffin dan Cheesy Loaf. Kelima-lima produk ini boleh didapati di semua cawangan AEON CO. dan AEON BiG untuk masa yang terhad.
Matcha Croissant |
Cheesy Loaf |
Nutty Donut |
Supreme Muffin |
Polkadot Donut |
Promosi diskaun 20% bagi produk La Boheme x KitKat dengan pembelian produk Nestle terpilih |
La Boheme yang diperakui halal di AEON menawarkan pelbagai jenis roti segar dan produk berkaitan bakeri termasuk pastri dan puding.
Terdapat pelbagai produk yang lazat dan berkualiti disajikan setiap hari dalam suasana yang selesa Majlis pelancaran itu turut dimeriahkan dengan aktiviti bersama pengunjung.
Kolaborasi ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8 – Kerjaya Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi – yang memberi tumpuan ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan yang menyeluruh, baik lagi produktif kepada semua.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
• Facebook: AEON Retail Malaysia
• Instagram: AEON Retail Malaysia
• Twitter: AEON Retail Malaysia
• LinkedIn: AEON Group Malaysia
• Laman Web: www.aeongroupmalaysia.com
Comments
Post a Comment