112 PEMILIK LAMBORGHINI MALAYSIA CIPTA REKOD HIMPUNAN BERSEJARAH


Rekod bagi himpunan terbesar kereta Lamborghini di Malaysia telah dipecahkan pada 11 Jun 2022 apabila 112 orang pemilik kereta mewah jenama Itali tersebut telah berkumpul untuk Malaysia Book of Records. Rekod himpunan terbesar sebelum ini telah dicatatkan pada tahun 2013 di mana 77 buah kereta Lamborghini dari Singapura dan Malaysia telah berkumpul sempena sambutan ulang tahun Lamborghini yang ke-50.


Antara model Lamborghini yang dapat disaksikan adalah Gallardo Malaysia Limited Edition, yang mana 20 buah sahaja dikilangkan; Murcielago; dan Lamborghini Huracan Spyder, Aventador SVJ dan Urus SUV.

Presiden Pemilik Lamborghini Malaysia (LOM) Roslan Rosdi memandu kereta ke-78, sebuah Lamborghini Murcielago, dan menumpangkan Duta Besar Itali ke Malaysia Massimo Rustico ke lokasi himpunan di tempat letak kereta berhampiran Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Antara gambar-gambar yang sempat Team FemagOnline rakamkan adalah seperti berikut:














Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM