SINOPSIS DRAMA ORIGINAL IQIYI TERBITAN MALAYSIA: RAMPAS CINTAKU



Karya hasil kerjasama dengan firma penerbitan tempatan terkenal MIG Productions, Rampas Cintaku dibintangi oleh Afieq Shazwan, selebriti tanah air popular Fasha Sandha, Zarul Husin dan Ady Mohammad. Drama ini akan dilancarkan secara global dan disiarkan secara eksklusif di platform iQiyi pada lewat tahun ini.

SINOPSIS:

Drama ini diadaptasi daripada novel dengan jalan cerita di luar kelaziman. Rampas cintaku berkongsi kisah Riz, jejaka muda yang terdesak untuk keluar dari kemelut hutang, kemiskinan dan gangguan Ah Long. Beliau membuat keputusan bekerja di kelab malam untuk gaji lebih tinggi, Di situ, beliau bertemu dengan ahli perniagaan wanita kaya dan terbilang bernama Datin Safieya. Walaupun sudah berkahwin dengan Dato Jeffri, Datin Safieya menggoda Rizal dan menjanjikannya kehidupan mewah sekiranya sanggup menjadi teman lelakinya. Dengan jalan cerita berliku, Rampas Cintaku pasti membuatkan penonton berdebar dan tertanya-tanya apakah yang akan berlaku seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”

PENGALAMAN 2 HARI 1 MALAM DI BANDAR YILAN, TAIWAN: KOTA KESENIAN TRADISIONAL DENGAN WARISAN BUDAYA YANG INDAH

HUAWEI MATEPAD AIR BAWA PENGALAMAN AI SEAKAN PC DENGAN HARGA RM3,999

NOIR TEMPA NAMA DI PASARAN GLOBAL: MADAMMU TERAJUI AGENDA EKSPORT MENERUSI PENAJAAN WIEX @ MIHAS 2026