JAMMIN' WITH ELVIS DI REXKL PADA 19 JUN SEMPENA HARI BAPA

 

Sementara menantikan tayangan filem arahan Baz Luhrmann - ELVIS yang bakal dimulakan pada 23 Jun di seluruh negara, Warner Bros Malaysia bakal menganjurkan satu acara pop timbul gaya hidup pada 19 Jun 2022 (Hari Bapa) di REXKL, jam 12 tengah hari sehingga 5 petang.

JAMMIN’ WITH ELVIS @REXKL meraikan kegemilangan Elvis Presley bersama komuniti para peniaga tempatan, artis dan ahli muzik. Acara ini mencerminkan kesungguhan Warner Bros Discovery untuk menyokong perniagaan tempatan dan para artis dengan menyediakan satu platform bagi mereka mengetengahkan bakat unik dan produk-produk mereka.

Salah satu acara yang tidak harus dilepaskan adalah peragaan fesyen 20 busana yang diinspirasikan oleh filem ELVIS oleh pelajar-pelajar De Institute of Creative Arts and Design (ICAD) dari UCSI University.

Para pengunjung juga boleh menyaksikan acara demo tatarias rambut COCODRY Retro Hair Styling/ Blowout pada jam 2:30 petang dan juga penampilan istimewa Vanessa Reynould pada jam 3 petang.


Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

TRESOR MONDE.H RAIKAN PEMBUKAAN RASMI BUTIK DI KLGCC MALL, MEMPERKENALKAN DESTINASI BAHARU BAGI BARANG KEMAS MEWAH

ECO-SHOP SUMBANG LEBIH DARIPADA RM36,000 BAGI MEMBANTU KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI KOTA BHARU

GEEKAY TUNDUKKAN RENN, RANGKUL GELARAN JUARA DEW CHALLENGE MUSIM 2