5 EKSPERIMEN SAINS YANG HARUS ANDA CUBA BERSAMA ANAK-ANAK ANDA DI CUTI SEKOLAH INI


Di musim cuti sekolah ini juga, sertai anak-anak anda dan alami sendiri dunia sains yang menakjubkan dengan cuba melakukan projek yang mudah serta menyeronokkan. Berikut adalah beberapa projek sains yang menarik yang telah disusun oleh 3M untuk dilakukan di rumah, dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah anda.

Jadi, bila mula rasa bosan, ayuh pakai gogel sains anda dan kita mulakan! Terdapat eksperimen mesra kanak-kanak yang boleh anda lakukan bersama seisi keluarga. 3M amat menggalakkan suntikan semangat pengembaraan dan ingin tahu melalui sains ke dalam diri bakal pemimpin masa hadapan iaitu – anak-anak kita!


1. Bina Spektroskop anda sendiri

● Ambil kadbod keras daripada tisu gulung dapur atau tandas anda dan belah di bahagian bawahnya pada sudut 450. Pastikan potong belahan itu hanya separuh bahagian sahaja.

● Kemudian, potong lubang kecil di belakang tiub tersebut

● Lakarkan bulatan hujung tiub pada sekeping kadbod dan potong lakaran bulatan itu

● Seterusnya, gunting dengan nipis bentuk segi empat tepat, kira-kira 1/8” lebar di bahagian tengahnya

● Gunakan pita pelekat untuk lekatkan bulatan itu pada spektroskop

● Masukkan CD di celah lubang, bahagian yang berkilat menghadap ke atas dan lekatkan dengan pita pelekat jika perlu

Hasilnya: Apabila anda mendongak ke arah langit, anda dapat melihat pelangi muncul di CD tersebut. Ini berlaku kerana cahaya yang masuk ke spektroskop akan membelau/mendifraksi di bahagian atas dan di CD. Difraksi berlaku apabila terdapat alur membengkok dan terbentang ketika melalui celahan tersebut. Apabila gelombang cahaya bertembung dengan celah-celah atau alur-alur kecil, seperti yang dapat dilihat pada permukaan CD, gangguan akan berlaku. Sesetengah warna mungkin menjadi lebih cerah kerana gangguan tersebut, manakala yang lain mungkin akan semakin pudar.



2. Eksperimen Bunga Api Cecair

● Di dalam sebuah mangkuk yang leper, masukkan sedikit susu sehingga melitupi permukaan mangkuk tersebut

● Tambahkan beberapa titik pewarna makanan di dalam mangkuk itu

● Celupkan sebatang putik kapas dengan sabun cair

● Celupkan putik kapas itu di dalam susu dan letakkan di tengah-tengah pewarna makanan dengan perlahan

Hasilnya: Pewarna makanan itu akan tertolak menjauhi putik kapas itu. Susu diperbuat daripada lemak dan air, di mana lemak tidak larut di dalam air. Sabun pula diperbuat daripada molekul unik yang boleh bertindak balas dengan kedua-dua lemak dan air, membolehkan molekul lemak di dalam susu dapat larut dalam air dan bergerak ke sekelilingnya.



3. Eksperimen Air yang Berjalan

● Ambil 5 gelas dan susun ia bersebelahan antara satu sama lain. Isikan 3 gelas dengan air secara berselang

● Masukkan beberapa titik pewarna makanan di dalam air

● Ambil tuala kertas dan lipatkannya memanjang dan susun seperti jambatan di antara gelas-gelas tersebut

Hasilnya: Anda akan dapati yang tuala kertas itu mula menyerap sebahagian daripada air sebaik saja ia diletakkan di dalam gelas. Akibat daripada tindak balas kapilari, air akan mula diserap ke dalam tuala kertas dan menuruni ke gelas kosong di sebelahnya. Eksperimen ini mengambil masa yang agak lama berbanding eksperimen lain – seperti menunggu cat kering atau rumput nak tumbuh! Apabila paras air di dalam semua gelas sama, air itu akan berhenti mengalir – tetapi anda mungkin harus menunggu semalaman untuk ianya berlaku. Unsur warna di dalam pewarna makanan bergabung untuk menghasilkan warna ketiga apabila dua jenis warna air dicampur bersama.



4. Belon Mengembang Sendiri

● Dengan menggunakan corong, isikan belon dengan sedikit serbuk penaik. Isikan secukupnya sehingga memenuhi separuh daripada belon itu

● Dengan berhati-hati, letakkan belon tersebut di atas meja

● Isikan botol air kosong dengan sedikit cuka

● Bukakan corong belon dan letakkannya di muncung botol dan pastikan ianya ketat. Pastikan juga ada orang dewasa yang memantau eksperimen ini

● Pegang botol air dengan satu tangan dan gunakan tangan satu lagi untuk memasukkan serbuk penaik ke dalam botol itu

Hasilnya: Tindak balas gas daripada serbuk penaik dan cuka menyebabkan belon mengembang sendiri. Apabila serbuk penaik dan cuka bercampur, asid karbonik akan terhasil dengan pantas. Buih-buih yang anda dapat lihat adalah disebabkan oleh tindak balas ini. Asid karbonik sangat tidak stabil dan ia akan terurai menjadi air dan karbon dioksida. Disebabkan karbon dioksida adalah sejenis gas yang memerlukan ruang yang luas, ia akan pantas tersebar ke dalam belon dan memenuhi setiap ruang.



5. Eksperimen Lampu Lava

● Untuk mencipta lampu lava yang cantik, masukkan minyak ke dalam botol kosong

● Kemudian, tambahkan sedikit air dan pewarna makanan yang anda gemari

● Pecahkan tablet Alka-Seltzer kepada empat bahagian yang sama. Masukkan satu bahagian ke dalam botol kaca tersebut

Hasilnya: Air dan minyak tidak akan bercampur tak kira betapa kuat anda menggoncang atau mengacaunya. Ini adalah eksperimen tentang ketumpatan.

Jadi itulah kesemua 5 eksperimen sains yang mudah dan menyeronokkan untuk anda cuba di rumah! Ini juga merupakan cara menarik untuk anda dan anak-anak anda mengeksplorasi eksperimen sains bersama-sama. Dengan dunia yang semakin dikuasai oleh teknologi, penting untuk kita meluangkan masa untuk menikmati kehidupan yang lebih bermakna.

Layari 3m.com/scienceathome untuk cuba pelbagai lagi eksperimen sains yang mudah dan menyeronokkan di rumah.

Feature photo by: Happy kids photo created by pressfoto - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING