THE LAUGHING COW MELANCARKAN BISKUT JEJARI PERISA PIZA DENGAN KEJUTAN MENARIK
The Laughing Cow memperkenalkan cara baharu untuk menikmati snek dengan pelancaran The Laughing Cow Cheez Dipper Pizza Breadsticks. Perisa baharu yang enak ini melengkapi pilihan produk Cheez Dippers yang digemari ramai, dengan harapan untuk menyebarkan keseronokan melalui gabungan ikonik celupan keju berkrim dan jejari roti rangup berperisa piza, sekali gus mengukuhkan jenama ini dalam segmen snek sihat.
Kini tersedia dalam perisa asli, strawberi dan beri biru, The Laughing Cow
Cheez Dippers kian menjadi pilihan utama diantara keluarga dan golongan muda di
seluruh Asia Tenggara. Dengan pengenalan roti jejari berperisa piza ini, The
Laughing Cow melangkah ke dunia snek bergurih
– menawarkan pengalaman berperisa yang memuaskan dan berkhasiat.
Dihasilkan daripada susu lembu dan secara semula jadi kaya dengan kalsium, The
Laughing Cow Cheez Dippers bebas daripada perasa, pewarna atau bahan pengawet
tiruan. Setiap hidangan dibungkus secara individu dan bersaiz ideal untuk dijadikan bekal sekolah, snek sewaktu
bekerja ataupun untuk dinikmati ketika dalam perjalanan ke mana-mana. Ia
mewujudkan detik ‘celup dan rangup’ yang dicipta khas untuk mereka yang gigih
mencari keseronokan dalam setiap suapan.
Alamjit Singh Sekhon,
Pengurus Am Asia Tenggara, berkongsi, “Kami amat teruja untuk memperkenalkan
The Laughing Cow Cheez Dipper Pizza Breadsticks, perkembangan terbaharu dalam
pilihan produk The Laughing Cow di seluruh Asia Tenggara. Nikmati setiap saat dengan kudapan enak
seperti piza, yang merupakan perisa kegemaran ramai terutamanya dalam kalangan
kanak-kanak. Di bawah jenama The
Laughing Cow, kami memperkenalkan produk yang lazat dan berkhasiat, yang
diinspirasikan daripada perisa kegemaran ramai ini. Roti jejari yang berperisa
piza ini digabungkan dengan celupan keju The Laughing Cow untuk menghasilkan
The Laughing Cow Cheez Dipper Pizza Breadsticks. Perisa baharu ini juga kaya
dengan kalsium, salah satu mikronutrien penting yang jumlahnya sering
kekurangan dalam diet harian. Pizza Dippers selaras dengan falsafah kami ‘For all for good’ — bagi memastikan
snek berkhasiat dapat dinikmati oleh semua orang.”
Bagi menyokong pelancaran ini, The Laughing Cow memperkenalkan siri anak patung mewah edisi terhad berbentuk blind box yang diinspirasikan oleh pelbagai mood ketika waktu mana anda sedang menikmati snek. Dengan setiap pembelian dua pek produk The Laughing Cow, peminat berpeluang menebus satu patung blind box daripada koleksi baharu yang menarik ini.
Setiap anak patung ‘Plushie’ ini mewakili watak “karakter snek” yang direalisasikan dengan penuh keceriaan. Antaranya termasuklah Egg-cited for Cheese yang bermata bulat penuh teruja, Cry Berry yang manis namun dramatik, Grumpy Cheese Toast yang masam muka tetapi tetap disayangi, dan Whatever, I Will Eat Pizza yang santai tanpa rasa bersalah. Turut hadir ialah Cheeseful Monsieur Croissant yang bergaya menawan serta Merry Berry yang ceria sepanjang masa. Sama ada untuk dikumpul, dijadikan hadiah, atau sekadar mengekspresikan mood snek anda, kesemua anak patung ini menambah elemen keseronokan dan personaliti dalam setiap gigitan.
Kini tersedia di pasar raya utama dan platform dalam talian bermula10 Oktober 2025, perisa baharu ini mengajak para penggemar snek untuk menikmati keseronokan dalam setiap celupan dan merasai kerangupan penuh perisa. Mulai 17 Oktober pula, siri patung koleksi ini menambah elemen kejutan yang mencuit hati, menjadikan rutin menikmati snek harian satu detik penuh keriangan bersama The Laughing Cow.
Sama
ada anda seorang ibu bapa yang mencari snek menyeronokkan untuk anak-anak atau
golongan Gen Z yang gemar meneroka cita rasa baharu, inilah peluang anda untuk
menikmati detik keceriaan dalam setiap gigitan.
Selain
Cheez Dippers, jenama The Laughing Cow turut menawarkan pelbagai pilihan produk
lain termasuk Creamy Cheese Triangles, Belcubes, Cheese Slices dan Cheese
Spread dalam Tub, dan juga jenama-jenama Bel lain yang turut digemari ramai
seperti BabyBel dan Kiri.
Untuk maklumat lanjut
mengenai The Laughing Cow, layari https://www.thelaughingcow.com/.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment