RASAI PENGALAMAN LUAR BIASA DI MUZIUM ILUSI KUALA LUMPUR
Muzium Ilusi Kuala Lumpur (MOIKL) kini dibuka semula setelah ditutup selama 2 tahun semasa pandemik. Diperbaharui dengan susun atur baharu dan pameran yang lebih unik, MOIKL adalah tempat yang wajib dilawati oleh warga muda dan tua untuk merasai keseronokan, hiburan, kekeliruan dan kekaguman apabila menjejakkan kaki ke sini dan meneroka pengalaman menarik secara visual, deria dan belajar perkara baharu. Adakah anda bersedia untuk merasai pengembaraan ini?
MOI merupakan muzium berkonsepkan abad ke-21 yang menawarkan pengalaman muzium yang interaktif dan akan membuat para pelawat berasa teruja. MOI pertama telah dibuka di Zagreb, Croatia pada tahun 2015 dan sejak itu, jenama MOI telah berkembang sehingga 37 buah muzium. Jumlah ini termasuk cawangan di New York, Chicago, Paris, Madrid, Vienna, Athens, Istanbul, Doha, Dubai, Kaherah, Shanghai, New Delhi dan Toronto. Ini menjadikan MOI sebagai cawangan muzium swasta yang paling pantas berkembang. Setiap Muzium direka untuk merangkumi bilik ilusionistik, ilusi optik dan sebuah bilik permainan yang dilengkapi dengan permainan didaktik dan teka-teki. Muzium tersebut turut dilengkapi dengan pameran sains, matematik dan psikologi yang membolehkan para pelawat belajar tentang penglihatan, persepsi dan juga otak manusia melalui pameran-pameran yang menarik dan menyeronokkan.
“Kami sangat teruja dapat beroperasi semula selepas pandemik. MOIKL yang baharu ini kini lebih menyerlah dan lebih baik, satu-satunya muzium yang menawarkan pengalaman deria buat semua rakyat Malaysia. Muzium ini terletak betul-betul di tengah Kuala Lumpur. MOIKL juga telah berkembang menjadi tempat yang sesuai untuk aktiviti pembinaan kumpulan, lawatan sekolah dan pelancaran jenama. Jangan tunggu lagi. Datanglah ke sini dan alami dunia luar biasa ini bersama kami,” kata Stanley Ng Kar Hoong, Pengurus Pemasaran dan Jualan, MOIKL.
MOIKL yang baharu ini memperlihatkan 50 pameran yang dijangka akan mengagumkan rakyat Malaysia. Pertama sekali, Vortex Tunnel. Pameran hebat dan menarik ini membuat minda dan tubuh anda bersangka dan berasa seperti lantai yang anda pijak sedang bergerak sedangkan sebenarnya tiada sebarang pergerakan berlaku. Seterusnya ialah Infinity Room and Infinity Well. Bilik Infiniti merupakan satu ruang istimewa yang membolehkan anda merasai infiniti dari setiap sudut hasil daripada cermin infiniti yang mewujudkan ilusi optik ruang infiniti. Manakala, bagi Perigi Infiniti, anda kini berpeluang meneroka pengalaman terapung di dalam perigi. Tambahan lagi, Following Eyes merupakan satu lagi pameran yang harus dilawati . Ini merupakan satu ilusi optik yang memperlihatkan mata cekung kelihatan seperti cembung. Jadi, jika anda perhatikannya dengan cukup lama dan bergerak ke kiri serta ke kanan, mata P. Ramlee akan kelihatan seperti ia mengekori anda ke mana-mana saja anda pergi!
“Kami percaya bahawa ilusi semata-mata tidak cukup untuk membuat pelawat berasa teruja dan seronok. Jadi, kami ingin mempelawa para tetamu untuk mengetahui cara-caranya dan terokai bagaimana otak kita berfungsi. Oleh itu, kami ingin menarik minat rakyat Malaysia untuk mengubah persepsi mereka dan menunjukkan kepada mereka bahawa tidak semua perkara yang dilihat dengan mata kasar adalah betul. Hal ini secara tidak langsung dapat mendidik para pelawat dan membantu mereka untuk belajar cara otak kita menerima sesuatu yang kita lihat,” menurut Ana Jakovac, Pengurus Projek, MOIKL.
MOIKL turut mengadakan beberapa siri pameran hebat dan sesuai untuk dimuat naik di Instagram. Ini termasuklah Bilik Ames, tempat yang sesuai untuk sesiapa saja berseronok dengan ketinggian mereka dan Bilik Berbalik iaitu salah satu tempat anda boleh bermain dengan graviti. Tunjukkan kreativiti anda dan bergayalah sebanyak mungkin dalam bilik ini. Tidak dilupakan juga Kaleidoskop dan Tukar Hidung yang membolehkan anda melihat wajah dan reaksi yang berbeza. Tambahan lagi, jika anda tertanya-tanya bagaimana rasanya jika bermain pakau dengan klon anda, anda boleh merealisasikannya dengan Meja Klon.
Sudahkah anda bersedia untuk meneroka dunia ilusi dan alami sesuatu yang tidak terjangkau? Pergi ke museumofillusions.my untuk menempah tiket anda sekarang. Ikuti juga MOIKL di Instagram @museumofillusions_kl dan Facebook @moi.kualalumpur untuk berita terkini mengenai promosi dan acara. Paling penting , jangan lupa untuk bawa sekali kamera anda pada lawatan seterusnya dan rakamkan detik-detik menakjubkan di MOIKL.
Comments
Post a Comment