HILTON KUALA LUMPUR LANCAR RUANG ACARA YANG DINAIK TARAF BERNILAI 21 JUTA


Hilton Kuala Lumpur telah melancarkan ruang acara, Collaboration Spaces yang telah dinaik taraf dengan rekaan baharu dan teknologi terkini bernilai RM21 juta bagi mempertingkatkan lagi pengalaman dan kualiti mesyuarat dan majlis yang bakal diadakan di sana.


Dewan utama diserikan dengan lampu siling/ candelier yng dinamakan The Verve. Ia telah dicipta oleh LASVIT, sebuah syarikat membuat dan pereka kaca dari Czechoslovakia yang terkenal dengan instalasi yang dipamerkan di serata dunia. Candelier The Verve ini telah diilhamkan daripada gerak tari dan telah direka bersama LTW Singapore Pte Ltd.


Pergerakan penari diabadikan di dalam karya seni yang diperbuat daripada kaca kristal Bohemian yang mencetuskan aliran ilham yang tidak putus dan penuh bertenaga. Gerak tari dicerminkan oleh komponen kaca yang memantulkan warna-warna yang berbeza jika dilihat dari arah yang berbeza.


Dewan tari-menari, grand ballroom juga dilengkapi dengan pelbagai peralatan berteknologi baharu untuk memudahkan pengendalian majlis/ mesyuarat. Chargifi mempertingkatkan produktiviti kerana ia membolehkan para delegasi untuk berhubung setiap masa dan mengecas peranti mereka secara wayarles. Flip, sejenis carta digital berinovatif membolehkan sesi brainstorm dilakukan dengan lebih berkesan.


Di bawah kepimpinan Cef Eksekutif Kazi Hassan, pasukan kulinari Hilton Kuala Lumpur mengangkat taraf hidangan yang disajikan kepada para tetamu dengan menggunakan ramuan segar yang diperolehi daripada pembekal tempatan. 


Letaknya di Collaboration Spaces, kafe - Delicatessen and Barista Café, menawarkan kopi Sabahan yang ditempah khas oleh Hilton Kuala Lumpur untuk dinikmati oleh para delegasi. Ruang bersantai, Living Room dihidupkan dengan pencahayaan yang selesa dan juga menawarkan pastri yang disediakan segar dari oven.


Dengan adanya teknologi terkini, pilihan kulinari dan perkhidmatan dan layanan yang pernah memenangi anugerah, ruang acara, Collaboration Spaces boleh diubah menjadi dewan untuk majlis perkahwinan idaman atau makan malam gala. Pilihan makanan untuk makan malam bankuet termasuk menu dari Chynna, Iketeru, Graze, atau tetamu juga boleh membuat pilihan mereka sendiri yang dikurasi untuk majlis mereka secara eksklusif.


Mendapat penarafan Cvent sebagai “Top Meeting Hotel APAC in Malaysia”, Hilton Kuala Lumpur terletak di lokasi yang strategik di hub perdagangan KL Sentral, yang menhubungkan para tetamunya ke tempat-tempat utama di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Hotel ini menampilkan 512 bilik dan bilik suit, 50 bilik mesyuarat dan ruang acara, 10 restoran dan bar yang pernah memenangi anugerah, dan sebuah bilik lounge eksekutif dengan layanan peribadi.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi talian 03-2264 2264, atau emel KULHI_CB@hilton.com, atau layari hiltonmalaysia.com/meetings.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING