SINOPSIS DRAMA ORIGINAL IQIYI TERBITAN MALAYSIA: SORRY NAIK LORI


Dibarisi pelakon terkenal termasuk Nazim Othman, Ruhainies, Tajul, Nafiz Muaz, Sheila Mambo, Asha Zainul dan Ahmad Saffuan, Sorry Naik Lori pasti mencuit perhatian penonton dengan jalan cerita dan aksi yang tidak diduga. Penggambaran dijalankan di pelbagai lokasi di seluruh negara, Drama ini akan dilancarkan secara global dan disiarkan secara eksklusif di platform iQiyi pada lewat tahun ini.

SINOPSIS
Drama yang diterbitkan dengan kerjasama firma penerbitan tempatan terkenal Tsar Asia, Sorry Naik Lori menampilkan kisah suami isteri dunia moden yang dipaparkan dalam bentuk drama berunsur jenaka. Drama ini menyusuri kisah hidup Khairul, seorang pemandu lori muda yang tinggal di Pulau Pinang, dan isterinya Nadia, seorang suri rumah. Nadia memendam impian untuk menjadi personaliti berpengaruh di media sosial. Pada satu hari, satu daripada video Nadia di sebuah restoran yang dikongsikannya di NikNok menjadi viral dan menaikkan namanya di media sosial. Tak lama kemudian beliau menerima tawaran daripada sebuah agensi mencungkil bakat. Sementara itu, azam Khairul mendapatkan pendapatan tambahan dihalang oleh beberapa orang pembuli di tempat kerjanya. Semua ini menimbulkan ketegangan dalam hubungan dan menyebabkan Khairul rasa serba kekurangan.

Sebagai ganjaran untuk pengguna dan peminat drama tempatan, iQiyi juga memberi peluang keemasan kepada mereka untuk bertemu dengan bintang kegemaran mereka di set penggambaran malah turut terlibat dalam drama itu sendiri. Dengan kerjasama Tiktok, iQiyi melancarkan “Cabaran Peragaan iQiyi” (iQiyi Catwalk Challenge) dimana 5 pemenang bertuah akan dipilih untuk muncul dalam drama Sorry Naik Lori, disamping memenangi ganjaran wang tunai RM500. Tempoh peraduan adalah dari 5 sehingga 12 Jun. Maklumat lanjut akan dipaparkan di akaun TikTok dan Instagram rasmi iQiyi.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM