MILIKI SEGERA KULIT CERAH BERSERI DENGAN NUTOX RENEWING TREATMENT


Budaya pop datang dan pergi namun terdapat satu trend yang telah menguasai dunia dan ianya adalah gelombang pop dari Korea! Dengan kembalinya belia-belia muda Malaysia ke pejabat dan universiti untuk menyesuaikan diri dengan fasa endemik, NUTOX – jenama penjagaan kulit anti-penuaan terkemuka di Malaysia – sedang menganjurkan kempen bertemakan inspirasi K-Pop bagi membantu rakyat Malaysia tetap kekal terhidrat beserta wajah tampil berseri dengan rangkaian NUTOX Renewing Treatment mereka.

Kempen NUTOX Get-Set, Glow dimulakan dengan video muzik berinspirasikan K-pop yang menggunakan nama yang sama untuk membawa anda melalui pengembaraan mendapatkan kulit berseri dengan pantas serta kekal lama sambil memperkenalkan dua produk utama mereka dalam rangkaian Renewing Treatment - NUTOX Renewing Treatment Moisturising Essence dan NUTOX Renewing Treatment Ampoule. Video muzik tersebut kini boleh ditonton di semua platform media sosial dan kempen mikrosite NUTOX.

Jasper Lim, Pengarah Eksekutif di Tohtonku ada berkongsi yang gelombang Korea telah banyak mempengaruhi golongan milenial dan Gen Z, sekaligus membawa kesedaran baharu tentang pentingnya kulit yang sihat, lembap dan berseri. “Sepanjang pandemik, kami menyedari terdapat perubahan dalam keutamaan pengguna terhadap penjagaan wajah, di mana mereka lebih fokus kepada rutin penjagaan wajah di rumah yang lebih ringkas – penjagaan yang minimalis namun memberi kesan yang pantas. Pengaruh dari Korea juga mendorong pengguna untuk mendapatkan ‘wajah licin, mulus’ - kulit terhidrat dan berseri – seperti yang ditawarkan oleh rangkaian NUTOX Renewing Treatment. Dengan menggabungkan trend terkini dan keperluan pengguna kami, set rangkaian ini diformulasikan untuk rutin penjagaan minimalis yang mudah di mana kami perhatikan, ianya amat sesuai untuk bos wanita yang moden, orang biasa, golongan milenial yang sentiasa sibuk dan Gen Z. Dengan penggunaan seiring antara satu sama lain, ia adalah resipi sempurna untuk kulit tampil berseri dengan pantas.”


Miliki Wajah Anggun Berseri dengan Kelembapan 72 Jam

NUTOX Renewing Treatment diformulasi dengan teliti untuk meningkatkan tahap hidrasi kulit dan seri wajah, memberikan anda hasil yang pantas dan kekal lama agar anda rasa lebih yakin tanpa perlu rutin penjagaan wajah yang rumit. Bahan penting yang terdapat di dalam pek Renewing Treatment Moisturising Essence dan Ampoule seperti Actistem Gold Nest (Bird’s Nest Collagen), Caviar Lime (AHA), Betaine dan Niacinamide, telah terbukti mampu memperbaiki tekstur kulit dan meningkatkan kelembapan serta menggalakkan penghasilan kulit baharu. Rangkaian ini juga diperbuat dengan teknologi yang disasarkan untuk membersihkan secara lembut, merawat kulit yang rosak dan mencerahkan wajah.

Renewing Treatment Moisturising Essence diformulasi dengan molekul yang padat dengan lembapan untuk menyerap dengan pantas dan jauh ke dalam bagi menjadikan kulit kekal terhidrat sepanjang 72 jam, manakala Renewing Treatment Ampoule meningkatkan kadar serapan bahan aktif. Ia mengembalikan seri semula jadi wajah dan menyerlahkan kulit yang cantik dengan sekali sapuan.

Sedia, Mula Dan Menang

Kempen Get-Set, Glow ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia pelajari lebih lagi tentang cara untuk mendapatkan kulit impian mereka, dimulakan dengan penampilan NUTOX di Mid Valley Kuala Lumpur sehingga 15 Mei 2022. Pengunjung boleh merasai sendiri ujian kulit, demonstrasi produk, ambil gambar di pondok foto NUTOX dan banyak lagi. NUTOX juga akan membuat kemunculan di lokasi-lokasi berikut; Queensbay Mall, Pulau Pinang (2-6 Jun 2022) dan IOI City Mall, Putrajaya (22-26 Jun 2022).

Selain itu, NUTOX turut bergandingan dengan Watsons untuk menawarkan kepada para pelanggan hadiah istimewa di Kiosknya di Mid Valley. Sehingga 15 Mei 2022, pelanggan yang berbelanja minimum sebanyak RM100, RM180 dan RM250 ke atas barangan NUTOX berpeluang untuk memenangi hadiah termasuk rangkaian lengkap produk Renewing Treatment! Terdapat juga tawaran hujung minggu di mana dengan belian RM50 barangan NUTOX, anda boleh menangi beg kosmetik, beg tote NUTOX, penyembur nano mist dan tuala mandi NUTOX; manakala dengan belian mana-mana produk NUTOX anda akan mendapat snek dari Korea sementara di antara pukul 12-4pm, anda berpeluang menebus sesi tata rias serta dandanan rambut ala-Korea secara percuma oleh pakar kecantikan profesional!

Miliki kulit wajah impian anda hari ini dengan set promosi NUTOX, eksklusif di Kedai Rasmi NUTOX di Shopee! Anda boleh membeli set tersebut dengan potongan RM50 untuk jangkamasa terhad dari Mei hingga Jun sahaja. Di samping itu, harga runcit untuk NUTOX Renewing Treatment Moisturising Essence ialah RM79.90 dan NUTOX Renewing Treatment Ampoule pula ialah RM88.90 yang juga boleh didapati bersama dengan rangkaian produk NUTOX Renewing Treatment yang lain di Shopee, Lazada, Watsons, Guardian dan AEON Wellness.

Tonton video muzik NUTOX Get-Set Glow pada laman Facebook dan YouTube NUTOX di @NutoxStayYoung, atau di Instagram @nutox_my. Anda juga boleh menontonnya dan ketahui lebih lanjut tentang kempen ini di NUTOX.my/getsetglow.



Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO