KHIND PERKENALKAN SKIM SEWA MILIK PERKAKAS RUMAH PERTAMA DI MALAYSIA


Pengeluar perkakasan elektrik pengguna rumah tempatan KHIND, telah memperkenalkan skim sewa milik yang pertama serta usaha memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan rangkaian produk mereka. Skim ini menyediakan penyelesaian mampu milik untuk mendapatkan peralatan rumah berkualiti yang boleh dipercayai dan bergaya di samping rakyat Malaysia masih terkesan dengan beban kewangan akibat pandemik.

Skim sewa milik tersebut kini ditawarkan kepada penduduk di Lembah Klang dan akan meliputi kawasan lain di Malaysia pada masa hadapan. Justeru itu membolehkan pelanggan membayar secara ansuran untuk produk idaman mereka menerusi pelan ansuran dan mereka dapat pemilikan penuh selepas habis pembayaran ansuran. KHIND sedar bahawa langkah memudahkan proses pembayaran menerusi ansuran akan membolehkan rakyat Malaysia mengekalkan gaya hidup mereka dengan menjadikan rangkaian produk mereka lebih mampu dimiliki. Sesungguhnya KHIND berpegang pada etos untuk membolehkan pelanggan ‘Experience More’ dan skim sewa milik ini membolehkan mereka berbuat demikian dengan cara yang tidak membebankan kewangan mereka.

“Usaha ini ternyata menandakan mercu jaya penting bagi kami di KHIND, dengan menawarkan rangkaian produk kami secara mampu milik oleh rakyat Malaysia. Ini adalah sebahagian daripada misi kami untuk memudahkan segalanya bagi pengguna produk KHIND, yang menjadi tumpuan segala yang kami lakukan. Kami ingin memberikan nilai terbaik untuk wang kepada pelanggan kami, tanpa menjejaskan kualiti, sambil mengikuti trend semasa. Dalam hal ini, kami berbangga dengan kisah kejayaan kami sebagai sebuah syarikat Malaysia, yang memenuhi keperluan seluruh rakyat Malaysia sejak turun-temurun,” kata En. Adil Jimmy Mistry, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KHIND Holdings Berhad.

En. Adil Jimmy Mistry, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KHIND Holdings Berhad

Salah satu produk yang paling mendapat sambutan ialah mesin basuh dan pengering KHIND, yang menjanjikan pengalaman mencuci baju yang menyenangkan dengan pelan ansuran sewa milik selama 36 bulan (RM 99 sebulan), 24 bulan (RM 139 sebulan) dan 12 bulan (RM 259 sebulan), termasuk penghantaran percuma, pemasangan dan tempoh percubaan 30 hari. Selepas tempoh pembayaran ansuran dipilih, pelanggan akan memiliki mesin basuh tersebut sepenuhnya, tanpa sebarang bayaran tambahan.

Apa yang lebih menarik lagi ialah pelanggan yang mendaftar untuk pelan 36 bulan sebelum 30 Jun 2022 hanya perlu membayar RM 1 untuk bulan pertama, dengan bayaran ansuran bulanan RM99 diteruskan mulai bulan kedua.

Untuk memastikan mesin beroperasi dengan kecekapan optimum, KHIND juga menawarkan pelan penjagaan tahunan percuma (bernilai RM 400 setiap servis) sepanjang tempoh pembayaran, tanpa mengira pelan yang dipilih. Perkhidmatan ini tidak mengenakan sebarang kos tambahan, termasuk pengarasan, pembersihan dan pembasmian kuman (tumbler) mesin, dan pembersihan pelbagai komponen termasuk injap salur masuk, penapis pam saliran keluar dan laci sabun pencuci.

Apa yang anda tunggu lagi? Lengkapkan kediaman anda dengan perkakas rumah bergaya dan bermutu tinggi hari ini menerusi skim sewa milik KHIND. Tawaran hebat seperti ini memang jarang ditemui, semestinya menjadi rebutan dan dapat dimanfaatkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.khind.com.my/R2O atau WhatsApp +6018 223 3389.

Comments

  1. Wah, inisiatif KHIND ni memang menarik! Skim sewa milik ni bukan saja membantu kita yang nak upgrade perkakasan rumah tanpa beban kewangan yang berat, tapi juga menunjukkan KHIND memahami keperluan rakyat Malaysia, terutamanya dalam masa susah sekarang. Mesin basuh dan pengering dengan pelan ansuran yang fleksibel tu memang sangat membantu. Plus, servis tahunan percuma tu icing on the cake! Bagus betul KHIND fikirkan kepuasan pelanggan. Khind Washer Dryer

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3