REXONA LANCAR KEMPEN AMAL #REXONAMOVEFORGOOD


Rexona melancarkan kempen #RexonaMoveForGood bermula dari 1 Ogos hingga 31 Ogos untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia bagi membantu komuniti orang kurang upaya tempatan melalui kuasa pergerakan. Melalui kempen ini, Rexona berharap dapat mengubah kehidupan komuniti ini dengan menggalakkan rakyat Malaysia supaya lebih banyak bergerak sambil kekal selamat di rumah. Dengan harapan yang tinggi untuk mencapai hasil yang membanggakan, sumbangan sehingga RM50,000 telah dijanjikan bagi tujuan itu, di mana Rexona akan menyumbang RM10 untuk setiap video senaman atau tarian yang dimuat naik ke Facebook dan Instagram dengan hashtag #RexonaMoveForGood.

Pergerakan memupuk semangat perpaduan, menyatukan komuniti dan merangsang perubahan sosial yang positif supaya setiap orang dapat merasakan manfaat fizikal, mental dan sosial yang berkaitan. Walau bagaimanapun, bagi komuniti orang kurang upaya, kesan transformasi ini masih tidak dapat dicapai. Sehubungan itu, Rexona telah bekerjasama dengan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan: Persatuan Orang Cacat Malaysia, Independent Living & Training Centre Malaysia dan Special Olympics Selangor. Ketiga-tiga NGO ini, walaupun masing-masing mempunyai peranan berbeza namun semuanya mempunyai nilai dan kepercayaan yang sama seperti yang dilakukan oleh Rexona, iaitu memperbaiki kehidupan mereka yang sukar disebabkan ketidakupayaan untuk bergerak bebas dan memberi keyakinan dengan menggunakan pergerakan untuk mencapai hasil yang positif, tanpa mengira apa jua kekurangan mereka.

Oleh kerana kehidupan komuniti orang kurang upaya tempatan semakin sukar disebabkan oleh pandemik ini, kesulitan dan halangan yang dihadapi oleh komuniti ini semakin jelas kelihatan. Sementara inisiatif #KitaJagaKita dan #BenderaPutih digerakkan untuk membantu rakyat Malaysia menangani kesan COVID-19, kempen #RexonaMoveForGood Rexona secara khusus bertujuan untuk membantu komuniti orang kurang upaya tempatan untuk terus bergerak walaupun mempunyai keterbatasan fizikal. Sebagai jenama yang berakar umbi sebagai pemudahcara kepada usaha pergerakan, Rexona melancarkan kempen ini untuk memastikan anggota komuniti ini dibekalkan dengan pelbagai keperluan untuk membantu pergerakan seharian seperti kerusi roda khas, prostetik khusus dan peralatan sukan khas.

“Rexona benar-benar percaya bahawa pergerakan mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan secara positif dan memecahkan halangan . Kami membayangkan Malaysia menjadi sebuah negara di mana setiap orang mempunyai keistimewaan untuk bergerak tanpa halangan. Namun malangnya, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih kurang mendapat peluang untuk menikmati keistimewaan yang dimiliki oleh orang lain. Oleh itu, Rexona telah bekerjasama dengan ketiga-tiga NGO ini untuk memperkasa kehidupan komuniti orang kurang upaya tempatan dengan keyakinan dan peluang untuk bergerak,” kata Lenny Chuah, Pengarah Pemasaran, Penjagaan Kecantikan dan Peribadi, Unilever Malaysia & Singapura

“Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan, kami memahami bahawa rakyat Malaysia tidak biasa dengan keadaan pergerakan mereka dikawal. Walaupun ini hanyalah satu fasa bagi kita, tetapi bagi komuniti orang kurang upaya ia adalah perjuangan seumur hidup dan sekarang menjadi semakin sukar buat mereka. Kempen #RexonaMoveForGood adalah janji Rexona untuk menyokong mereka kerana sekarang lebih dari sebelumnya, komuniti ini memerlukan bantuan dan kami percaya setiap rakyat Malaysia mempunyai kuasa untuk memperkaya kehidupan mereka yang memerlukan. Oleh itu, mari kita bergerak dan jadikan setiap pergerakan kita bermakna,” tambah Lenny.


Untuk memberi sokongan anda kepada komuniti orang kurang upaya tempatan, siarkan video senaman atau tarian di Instagram atau Facebook dengan hashtag #RexonaMoveForGood dan Rexona akan menyumbang RM10 untuk setiap video yang dimuat naik. Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai kempen #RexonaMoveForGood, ikuti Rexona di Facebook dan Instagram.


Feature photo by: Love photo created by pressfoto - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO