FANBO SERLAHKAN KECANTIKAN WANITA DENGAN SENTUHAN SAKURA

 

Proses pemilihan produk kecantikan kulit dan solekan adalah amat penting. Keadaan iklim negara kita yang panas dan berkelembapan tinggi mngkin menjadi isu kepada sesetengah produk untuk bertahan sepanjang hari, dari pagi sehingga malam. Rangkaian produk kecantikan Fanbo menangani isu tersebut dengan membawakan produk yang berkualiti, tahan lebih lama dan sesuai untuk semua jenis kulit yang sesuai untuk wanita Asia.

Jenama kecantikan dari Indonesia ini telah menjadi kegemaran ramai wanita sejak berdekad lamanya kini tiba di Malaysia. Keindahan dan kelembutan bunga Sakura telah menjadi teras kepada semua produk penjagaan kulit dan solekan Fanbo, memberikan keyakinan kepada mereka untuk menyerlahkan kecantikan dan memelihara kulit daripada elemen-elemen luaran.

Rumusan Fanbo yang dicipta untuk memberi perlindungan kepada kulit wajah dengan ramuan-ramuan murni. Dengan adanya ciri mesra-wuduk, anda tidak perlu lagi menanggalkan solekan sebelum mengambil air wuduk untuk menunaikan solat. Ciri-ciri produk Fanbo yang penting adalah tahan lama, ringan dan mudah diserap oleh kulit yang memberikan si pemakai keselesaan dan kecantikan yang berpanjangan setiap hari.

Precious White: Rangkaian Precious White, dengan ekstrak Sakura melembapkan dan menyegarkan kulit agar tampak sihat dan bugar Ringan dan mudah diserap, ia menanggalkan kotoran dan produk solekan dengan mudah. Provitamin dan ekstrak Sakura juga membantu kulit untuk menjadi lebih cerah. Rangkaian ini nenawarkan tiga produk utama iaitu toner, buih pencuci muka dan pelembap yang diperkaya dengan ekstrak sakura.



Pancake Powder: Direkacipta untuk semua jenis kulit, bedak padat Fanbo ini menawarkan pelbagai tona yang sesuai dengan warna kulit wanita Asia. Ramuan kanji jagung menyerap minyak berlebihan daripada kulit manakala zink oksida melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB – sesuatu yang ideal untuk iklim yang panas di negara kita.



Eyebrow Pencil: Pensel kening ini memberikan gaya kening yang lebih semula jadi dan tahan lebih lama. Ia juga mendapat pensijilan halal dan mesra-wuduk.

Rangkaian produk Fanbo boleh didapati di Malaysia melalui stor dalam talian di platfrom: PGMALL, Shopee dan Lazada.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!