10 SNEK & PEMANIS MULUT YANG HARUS DICUBA DI TOKYO STREET
Penggemar-penggemar snek sekalian, adakah anda menggemari snek Jepun? Jom kita usha pelbagai snek Jepun yang harus dicuba di Tokyo Street, Pabilion Kuala Lumpur sempena Ulang Tahunnya yang ke-10.
#1 Mixed Ice-Cream (Noukou Matcha & Houjicha)
Image Source: Matcha Hero Kyoto |
Nikmatilah rasa berkrim yang selembut baldu apabila aiskrim ini mencair di mulut anda. Perisa Noukou Matcha yang manis sesuai sekali dipadankan dengan aroma the yang dipanggang dari aiskrim Houjicha, yang diperbuat daripada the hijau berkualiti tinggi yang diimport dariJepun!
Lokasi: Matcha Hero Kyoto, Level 6, Tokyo Street
#2 Yukimi Daifuku
Image Source: Ichi Zen |
Yukimi Daifuku menggandingkan dua pemanis mulut yang eaiskrim dan mochi untuk menghasilkan satu kombinasi sbek yang enak sekali! Kulit mochi yang lembut membalut inti aiskrim vanilla yang berkrim yang pastinya menambat hati anda!
Lokasi: Ichi Zen, Level 6, Tokyo Street
#3 Nissin Cup Noodle Big
Image Source: Shojikiya |
Nissin Cup Noodles adalah mi segera yang amat popular di serata dunia! Mi cawan besar yang kenyal dan rasa sup yang diperbuat daripada ramuan-ramuan berkualiti bukan sahaja pengubat lapar tetapi juga menjimatkan masa! Pilihlah di antara perisa-perisa seperti Kari, Shoyu dan Makanan Laut!
Lokasi: Shojikiya, Level 6, Tokyo Street
#4 Tohato Caramel Corn
Image Source: Jaf Food |
Snek jagung yang rangup disaluti perisa caramel yang manis dan enak! Terdapat juga kacang yang biasanya terdapat di bawah pek. Jadi, nikmatilah kacang tersebut dengan serdak karamel tinggal. Enak sekali!
Lokasi: Daiso, Level 6, Tokyo Street
#5 Yuzu Sorbet
Image Source: Okonomi By Tokyo Don |
Redakan kehangatan dengan kesegaran Yuzu Sorbet di waktu tengahari. Pemanis berperisa limau yang unik ini lebih enak jika dikongsikan bersama orang tersayang!
Lokasi: Okonomi By Tokyo Don, Level 6, Tokyo Street
#6 Meiji Macadamia Nut Chocolate
Image Source: Shojikiya |
Meiji Macadamia Chocolate merupakan snek coklat yang paling popular di kalangan masyarakat Jepun. Nikmatilah keenakan semula jadi kacang macadamia yang disaluti oleh satu lapisan coklat yang kaya!
Lokasi: Shojikiya, Level 6, Tokyo Street
#7 Bourbon Aji Gonomi
Image Source: Shojikiya |
Jika anda ingin mencari snek yang lebih sihat tetapi enak, jangan lupa untuk dapatkan keropok beras Aji Gonomi yang menampilkan 6 perisa dalam satu pek
Lokasi: Shojikiya, Level 6, Tokyo Street
#8 Tarami Jelly
Image Source: Shojikiya |
Jeli Tarami adalah snek yang manis dan menyegarkan. Potongan kecil buah-buahan yang terdapat di dalam jeli menambahkan lagi keenakan pemanis mulut yang menjadi kegemaran ramai ini.
Lokasi: Shojikiya, Level 6, Tokyo Street
#9 Snow Crackers
Image Source: Daiso Malaysia |
Snow crackers adalah keropok beras masin yang bulat dan disaduri dengan frosting putih susu yang manis. Rangup dan penuh perisa, ia boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dalam segelas susu segar yang sejuk!
Lokasi: Daiso, Level 6, Tokyo Street
#10 Buah Berangan/ Peeled Chestnuts
Image Source: 1Source |
Buah berangan panggang yang telah dibuang kulitnya adalah snek mempunyai rasa manis yang semula jadi dan menyihatkan. Panaskan di dalam ketuhar microwave untuk menjadikannya lebih enak.
Lokasi: Daiso, Level 6, Tokyo Street
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pavilion-kl.com, ikuti https://www.instagram.com/pavilionkualalumpur/ atau hubungi Concierge di talian 03 2118 8833.
Comments
Post a Comment