THE ARTISANS HAVEN™ TINGKATKAN SOKONGAN KEPADA ARTISAN LOKAL

Chee Li Har, Pengasas GoCHeeKS dengan pelbagai produk WearableArt buatan tempatan.

The Artisans Haven™(TAH), menyediakan platform e-dagang untuk para artisan Malaysia mempamerkan bakat serta produk buatan tangan telah melancarkan #HandmadeisHeartmade dengan menjanjikan jualan RM1 juta buat penyewa dalam tempoh 12 bulan. Ini turut disokong dengan web e-dagang yang baharu serta beberapa kolaborasi utama dengan syarikat-syarikat korporat.

Jade Lee, CEO dan Pengasas Bersama The Artisans Haven™ berkata, “Kita semua tahu untuk mencipta sesuatu memerlukan keazaman dan semangat. Ketika pandemik Covid-19 melanda, ramai beralih kepada minat dan kepakaran mereka untuk mencari nafkah. Sekatan pergerakan yang dilalui rakyat Malaysia juga menyaksikan peningkatan ketara peranan yang dimainkan oleh sektor tukang artisan buatan tangan, yang kini dianggap talian hidup bagi mereka yang kehilangan punca pendapatan secara tiba-tiba. Lahir dari keinginan bagi memenuhi keperluan golongan individu kreatif ini, TAH ditubuhkan pada September tahun lepas. Kami bermula dengan 30 penyewa dan selepas beberapa bulan, bilangan penyewa kami meningkat sehingga 250 penyewa. Kami kini berkembang dengan kadar 50 penyewa baru setiap bulan, dan kami menjangkakan akan mencapai 1000 penyewa dalam tempoh 12 bulan akan datang, "kata Jade.

Jade Lee & Rosalie Lin, Pengasas Bersama The Artisans Haven

Bukan sekadar angka, nombor-nombor ini mewakili kehidupan dan keluarga yang dibantu TAH menerusi platformnya. Bermula sebagai penyewa bersama TAH dengan serendah RM25 sebulan, pasukan TAH terdiri daripada kumpulan yang komited, membantu dalam bidang e-dagang, pemasaran digital dan perundingan perniagaan. "Kami telah melakukan penambahbaikan berterusan pada platform ini dan kami sangat gembira memperkenalkan web e-dagang baru kami. Platform e-dagang TAH yang baru ini beserta kolaborasi yang telah kami jalankan dengan beberapa syarikat korporat diharapkan dapat menghasilkan jualan sekurang-kurangnya RM1 juta dalam tempoh 12 bulan untuk penyewa kami. Sokongan ini dilihat amat relevan dan diperlukan, pasca pandemik, dengan pasaran tenaga kerja dijangka akan terus rendah pada tahun 2021 seperti sector pelancongan yang bakal mengambil masa lama untuk pulih,” tambah Jade.

Kolaborasi melibatkan pasaran e-dagang dari Volservers Sdn Bhd, syarikat pengeluaran Bonuslink Points untuk pembelian yang dilakukan di TAH Marketplace serta kolaborasi dengan pelbagai bank dan syarikat korporat seperti Affin Bank Berhad, BonusKad Loyalty Sdn Bhd, CIMB Bank Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad, Malayan Banking Berhad, Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd, PLUS Expressways Berhad, Public Bank Berhad, RHB Bank Berhad, United Overseas Bank (Malaysia) Bhd dan Didi Resources Sdn. Bhd (Vespa). Selain itu, TAH akan terus mendorong sokongan pengguna terhadap kraf buatan tangan dan usahawan, dalam menyokong #HandmadeisHeartmade.

Jade Lee menjadikan misi syarikat untuk meningkatkan keyakinan para artisan tempatan dan pengusaha mikro dan pada masa yang sama mendorong mereka yang mendedikasikan kehidupan untuk industri kreatif di Malaysia. The Artisans Haven™ melalui media sosial dan laman web www.artisanshaven.com.my pada mulanya ditubuhkan dengan objektif yang jelas bagi menguruskan pusat membeli-belah digital artisan untuk mempamerkan pelbagai produk dan bakat mereka kepada pelanggan di seluruh Malaysia.


Laman sesawang TAH dilayari sebanyak 200,000 kali sejak ia ditubuhkan. Halaman Facebooknya pula telah mencapai lebih dari 300,000 orang dalam masa 28 hari terakhir dengan keterlibatan setinggi 100,000 setiap minggu, dengan sesi Facebook LANGSUNG yang mempamerkan pelbagai produk artisan.

Jade berkongsi, "Kami percaya dengan sokongan berterusan dari masyarakat, industri kreatif tempatan, dari kraftangan tradisional, karya unik moden sehingga seni visual dan persembahan dapat dipelihara dan yang baru akan terus dicipta. Kita semua masing-masing mempunyai peranan untuk melindungi mata pencarian mereka dan memastikan kemahiran dan pengetahuan para artisan terpelihara.

Menerusi The Artisans Haven™, kami kini mampu memperjuangkan bakat para artisan tempatan dalam mencipta produk buatan tangan #HandmadeisHeartmade serta mampu diakses oleh rakyat Malaysia, dan seterusnya menyokong kejayaan perniagaan mereka. Kami ingin memulakan trend buat pengguna untuk membeli dari para artisan dalam menyokong perniagaan tempatan dan memperkukuhkan budaya dan warisan tempatan."



Saksikan pameran #HandmadeisHeartmade yang menarik, anggun, menyeronokkan dan mengujakan ini di www.artisanshaven.com.my dan berikan sokongan anda kepada semua individu kreatif terlibat hari ini! Setiap pembelian yang dibuat membantu para artisan mewujudkan peluang pekerjaan dan seterusanya memberi kesan pada kebanyakan pendapatan isi rumah. Jom beli dari para artisan hari ini!

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING