LITTLE MISS & MISTER 2021 CUNGKIL BAKAT KANAK-KANAK & REMAJA

 

Festival Sosial, Kesenian dan Kebudayaan Kanak-kanak, Little Miss & Mister Malaysia kembali lagi untuk mengetengahkan kanak-kanak dan remaja yang berbakat dari seluruh negara. Acara tahunan ini terbuka kepada kanak-kanak dan remaja dari pelbagai keturunan dan budaya, berumur di antara 4 sehingga 15.

Pemenang perningkat bahagian berpeluang untuk menyertai delegasi Malaysia ke Festival Kesenian dan Kebudayaan Kanak-kanak yang terbesar di dunia iaitu - Little Miss & Little Mister United World 2022 – yang peringkat akhrnya bakal di anjurkan di Antalya, Turkey. Edisi Malaysia akan dianjurkan secara maya tahun ini.


Little Miss & Mister Malaysia 2021 dianjurkan oleh Dance V Me dan diterajui oleh Pengasas dan Presiden, Jessie Foo. Festival kanak-kanak yang berprestij ini telah diasaskan pada tahun 2014 sebagai Little Miss Malaysia, tetapi ia teah diubah menjadi Little Miss & Mister Malaysia untuk memberi peluang kepada penyertaan kanak-kanak lelaki dalam kesamarataan untuk belajar, berkongsi, menjalin persahabatan dan memupuk kepimpinan para peserta.


Pelancaran Little Miss & Mister Malaysia telah dilangsungkan secara maya pada 8 Ogos 2021 dan dimeriahkan oleh kehadiran Natalya Kovalyova, Pengasas dan Presiden Little Miss & Little Mister United World, Tyra Angel Odeny, 2018 Pemenang Grand Prix & Duta UNESCO dari Kenya dan Srisupa Kesawapitak, 2019 pemenang Grand Prix dari Thailand.




Tema festival tahun ini adalah “The Magical Kingdom” yang menampilkan keajaiban dan kisah dongeng untuk membawa harapan, semangat positif dan keriangan kepada kanak-kanak dan keluarga mereka.

Pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang mendalam kepada orang dewasa dan juga kanak-kanak. Di harapkan projek keluarga “My Family, My World” yang menjadi sebahagian daripada festival tersebut dapat menceriakan suasana di rumah dan mengeratkan lagi hubungan di antara ahli-ahli keluarga.

Little Miss & Mister Malaysia bukanlah sekadar pertandingan ratu cantik, ia juga direka untuk memupuk kesedaran sivik, kebudayaan dan nilai-nilai kekeluargaan kepada anak-anak kita.

Tema projek tahun ini adalah “Love, Care, Helping & Sharing”. Projek sosial/ kebudayaan yang terbaik akan memenangi hadiah wang tunai RM1,000, yang bakal didermakan kepada organisasi amal atau projek sosial pilihan pemenang.

Dua sorotan utama bagi festival tahun ini adalah persembahan bakat dan peragaan fesyen di mana para peserta di peringkat akhir akan berpeluang untuk mempamerkan bakat dan kemahiran mereka. Majlis Anugerah Gala akan dianjurkan untuk menobatkan para pemenang cilik.

Program-program pendidikan untuk kanak-kanak dan ibu bapa mereka turut akan diadakan di festival tersebut. Pakar-pakar professional dalam bidang masing-masing akan dijemput untuk memberi sesi secara langsung dalam pelbagai topik termasuk penampilan diri, solekan, peragaan fesyen & berposing, pidato umum, tarian, fotografi, dan kesedaran sosial dan kebudayaan.

Pertandingan utama akan berlansung secara maya bermula 10 Ogos sehingga 18 September 2021.

Turut menyertai majlis pelancaran Little Miss & Mister Malaysia adalah pakar O&B Dr Tan Ee Ping dan Swan Lum, pengasas dan pemilik Ampang Glasshouse. Kedia dua mereka adalah penyokong tegar bagi festival tersebut. Tan adalah ibu kepada pemenang Little Miss World 2015, Jarellyn Cheong manakala Swan adalah ibu kepada pemenang Mini Miss World 2019 Elyn Loh dan Pemenang Silver Prix International Model 2019 Ilyn Loh. Kedua gadis remaja itu menunjukkan bakat mereka semasa sidang media.

Para peserta peringkat akhir akan menghadiri sesi sua-kenal dan diskusi projek mulai 10 sehingga 15 Ogos 2021. Penghantaran projek melalui video akan dibuka mulai 16 sehingga 31 Ogos 2021. Bengkel-bengkel dan ceramah secara langsung akan diadakan mulai 20 Ogos sehingga 8 September 2021, diikuti dengan penjurian secara langsung mulai 10 September 2021, dan diakhiri dengan acara kemuncak Malam Anugerah Gala pada 18 September 2021.

Para delegasi festival ini berpeluang untk membawa pulang biasiswa dan hadiah bernilai sehingga RM 100,000.

Ampang Glasshouse adalah Rakan Penyokong Rasmi kepada Little Miss & Mister 2021 dan penyebar utama festival tersebut.

Antara penaja platinum yang menjayakan festival ini adalah Jeong Family dan Vivian Lai Aesthetics. Penaja emas adalah Mega Music World, Hair Atelier, Alist Academy manakala penaja perak adalah Johan Speaking Academy, Farmskin Malaysia, Scuba G Mermaid, Selangor Fashion Week dan PV Pageant Vote,

Smile Studio adalah Rakan Fotografi rasmi manakaa Rentak Sejuta adalah Rakan Media Rasmi.


Untuk maklumat lanjut, sila layari 


atau hubungi 
Whatsapp: + 6012-3301543 (Jessie)

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING