KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3

 

Siri popular kegemaran ramai yang turut mengungguli kategori ‘Best Quarantine-Themed Drama/Feature/Programme’ di Anugerah ContentAsia 2020 yang berlangsung tahun lalu, ‘SMK’ kini Kembali di Astro Ceria (saluran 611)! Menerusi musim ketiganya ini, geng SMK akan membawa penonton menelusuri pengembaraan yang menyeronokkan menerusi pengalaman pembelajaran dari rumah atau PdPR dan cabaran-cabaran yang perlu mereka lalui, dalam satu jalan penceritaan yang ‘dekat dengan hati’ dan sarat dengan elemen komedi. Melihatkan kepada situasi pandemik pada hari ini yang menyebabkan sekolah-sekolah masih belum boleh dibuka kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelajar SMK perlu mengadaptasi dengan norma baharu untuk sentiasa #kekaldirumah dan menyesuaikan diri untuk berada jauh dari rakan-rakan sekelas.

Untuk musim ini, kehadiran beberapa nama-nama baharu memeriahkan lagi perjalanan siri ini. SMK menampilkan pendatang baharu, Fara Nadiah dan Kiwi Chong, yang masing-masing membawakan watak Zaitun Zubaidah atau Zizi dan Suzi Wong. Zizi merupakan anak kampung kelahiran Kedah dan sepupu kepada Alya (lakonan Erissa Puteri). Walaupun Zizi dilihat sebagai seorang yang cuai dan kerap berangan, dia merupakan seorang yang bijak IT dan memiliki kebolehan seni mempertahankan diri yang hebat, selain dari baik hati. Manakala Suzi pula merupakan jiran baharu di kawasan perumahan mereka yang mana bapanya merupakan seorang penerbit dan pengarah yang kian meningkat naik. Suzi menggemari aktiviti sukan dan menyukai perhatian yang diberikan oleh orang sekelilingnya, serta menghargai segala peluang yang ada untuk berada di hadapan lensa kamera.

Kami perlu peka dan mengambil berat akan situasi yang perlu dihadapi anak-anak dan ibubapa khususnya dalam mengharungi cabaran melaksanakan PdPR di kediaman masing-masing. Justeru, kami di bahagian produksi SMK mengangkat topik ini dan kehidupan norma baharu kita dalam naskhah musim ini, dan kami zahirkannya dalam suasana yang cukup santai dan sarat dengan elemen komedi. Harapan kami agar kita semua kekal kuat menempuhi fasa ini dan #KitaTeguhBersama. Semoga anda seisi keluarga terhibur dengan SMK musim ketiga ini. Selamat menonton.”

Selain dari kehadiran pelakon-pelakon baharu, SMK musim ketiga turut menampilkan Wafiy, Erissa Puteri, Mia Sara, Fikry, Rykarl, Aniq dan ramai lagi. Siri yang bakal bersiaran sebanyak enam (6) episod ini diarahkan oleh Shamyl Othman dan Redcomm selaku penerbit.

SMK musim ketiga ini akan menemui peminat pada setiap hari Rabu, mulai 25 Ogos 2021, jam 9 malam di Astro Ceria HD (saluran 611). Untuk pilihan alternatif, siri komedi ini juga boleh ditonton di platform On Demand dan Astro GO pada bila-bila masa, di mana jua anda berada.

Dalam pada itu, penonton yang berada di fasa persekolahan boleh melayari laman sesawang ‘Upped’, kendalian Astro di www.upped.com.my yang mana ia menyediakan bahan-bahan rujukan untuk subjek-subjek utama pembelajaran. Upped merupakan portal yang menawarkan akses komplimentari kepada ratusan video pendidikan dan program-program berkaitan dengan silibus sekolah seperti TV Pendidikan, Misi Studi SPM, Pelan A+ SPM dan program menarik STEM seperti Dekoded dan Stemsasi, bertujuan untuk membantu pelajar mengulangkaji pelajaran secara lebih efektif, percuma. Untuk maklumat lanjut atau strim program-program pendidikan Astro, layari https://astro.com.my/HowTo.

Sinopsis ‘SMK Musim Ketiga’

PKP kini kembali dan semua kelas dilangsungkan secara atas talian dan geng SMK perlu mengatasi cabaran yang dibawanya. Namun, mereka belajar bahawa kecemerlangan akademik bukan segala-galanya.

Barisan Pelakon
  • Wafiy Ilhan - Mal
  • Erissa Puteri - Alya
  • Mia Sara Nasuha - Nana
  • Fikry Kiki - Arif
  • Rykarl Iskandar - Boi
  • Aniq Iffat - Endi
  • Fara Nadiah - Zizi
  • Kiwi Chong - Suzi
  • Nasz Sally - Puan Bariah
  • Nizam Jentik Jentik - Cikgu Baharom
  • Nabila Razali - Cikgu Izara
  • Zain Hamid - Abah Alya
  • Emelda Rosemila - Ibu Alya

Comments

  1. We have opened and founded the SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE (吉隆坡甲洞帝沙再也三宝) in Taman Ehsan in 1989 and we invited Datuk YIP KUM FOOK叶金福 to open the temple as well but moved to Taman Desa Jaya in 1990, in 1993 we bought the place where it is now.

    Our chief monk who worked hard for our Temple also rented a house for the temple for payment by our chief monk at that time because we all need to go to the Buddhist temple to stay in Taman Desa Jaya, Kepong for some devotees to come to chant and pray because there is no and does not have a Buddhist temple

    When we moved to a new place, DATUK YIP KUM FOOK叶金福 set up a new committee, and the old committee fired all of them, the temple has some problems because this Datuk Yip runs the temple like a political system because he doesn't know about Buddhist teachings, also because he is a businessman who sells a furniture store in Taman Desa Jaya and he is also an MCA Chairman in Taman Daya

    Also the son of DATUK YIP KUM FOOK叶金福...YIP JIUN HANN叶君瀚, 律师 who is the chairman of MCA Gombak always told the devotees about the temple, he said this temple is my father's temple and belongs to my father, when any devotees hear that, they are not happy and don't like it, we know his son is mentally ill since he was a small child

    In 1994 DATUK YIP KUM FOOK full position as the president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE (吉隆坡甲洞帝沙再也三宝) then slowly many problems happened, then Ven. U Nandiya came and stayed in the Temple, soon because the next land had to have one Buddha statue, then Ven. U Nandiya plans to have a Marble Buddha Statue from Myanmar, after which Ven. U Nandiya arranged to collect donations from devotees

    Therefore, donating sufficient funds to pay for the Buddha statue, then Ven. U Nandiya and our Master went to Myanmar to see the statue, then the statue arrived safely but the donation money is still having problems because the money is in Ven. U Nandiya's hand, DATUK YIP KUM FOOK叶金福 heard the remaining money donation with Ven. U Nandiya. In one day later, DATUK YIP KUM FOOK叶金福 came to Ven. U Nandiya to cheat about money...Document about donation money on internet "https://committeesamnaksambodhi1.blogspot.com/2019/01/" anyone can research it, this is very shameful for our Buddhist in way of life

    Other topics Buddhist monk (Ven. Phra Piya Thammo) was pushed out of the temple, DATUK YIP KUM FOOK叶金福 used thugs and police to remove the Sangha from the Buddhist temple, this is very insulting to the Sangha in the world, all monks are Buddhist students or Buddhist followers if you destroy one sangha, Other Sangha will protect other Sangha and also very big sins in Buddhism, he叶金福 will vibrate or shake for your whole life, karma will come to you

    Now we are very sad when we drive past the temple because it is very quiet, no one goes to the temple, only Myanmar monks are there to take care of the place, maybe soon the temple will be closed, but DATUK YIP KUM FOOK叶金福 is not a problem because he has money a lot already….DATUK YIP KUM FOOK叶金福, need to think about the money building temple is money donation by devotees

    Ah Lee former committee’s members of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE(吉隆坡甲洞帝沙再也三宝), “next message, we will explain more about this”

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KETAMAKAN MENANTU, DENDAM MENTUA DALANG DRAMA TERKINI ASTRO PRIMA, ‘JESNITA’

SPLASHMANIA WATERPARK BAKAL MENJADI TARIKAN UTAMA BAHARU DI GAMUDA COVE