BERSEDIAKAH ANDA UNTUK MENJADI BINTANG CALPIS?
Membuka peluang bagi warga Malaysia yang ingin mononjolkan bakat kreatif masing-masing, Calpis, minuman susu kultur yang pertama di Jepun, bakal melancarkan Peraduan Instagram Reels yang istimewa. Apa yang membezakan peraduan digital ini ialah para pengguna akan diberikan peluang untuk membintangi iklan video digital Calpis yang baharu, justeru warga Malaysia dapat menempah nama mereka dari keselesaan rumah masing-masing.
Rakyat Malaysia sedang melalui masa yang mencabar, dan peraduan digital Calpis ingin menyebarkan semangat positif selain berinteraksi dengan para pengguna setianya sambil mengingatkan mereka untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman bersama Calpis. Ia menjadikan Calpis adalah salah satu jenama pertama dalam segmen susu kultur untuk melancarkan kempen digital interaktif yang bakal menghasilkan sebuah iklan melalui konten yang dicipta oleh pengguna, sambil menyuntik semangat kepada orang ramai. Ia merupakan sebuah inisiatif yang sangat mengujakan bagi kami di Calpis.
“Meskipun kita sedang melalui masa yang mencabar, kita masih perlu memastikan kita masih menjaga kesihatan diri, di samping terus mengejar aspirasi, dan kekal kreatif walaupun kita di rumah sahaja. Menerusi peraduan ini, kami berharap warga Malaysia dapat menghela nafas baharu dan merasa gembira untuk meluahkan kreativiti mereka. Calpis telah menerima sokongan daripada para pengguna setianya buat sekian lama dan peraduan ini merupakan cara kami untuk menunjukkan penghargaan dan menyerikan lagi kehidupan mereka. Dan yang paling utama, ia bertujuan untuk menerapkan kepentingan sistem penghadaman yang sihat kerana kebaikan yang sebenar bermula dari dalam, iaitu sebuah prinsip yang sentiasa dijulang oleh Calpis,” ujar Yee Pek Kuan, Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn. Bhd.
Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan Instagram Reels, semua peserta perlu menampilkan mana-mana varian produk Calpis seperti perisa asli, mangga, strawberi atau anggur dalam video mereka. Kemudian, para peserta perlu menghasilkan konten Instagram Reels yang inovatif menggunakan penyaring (filter) edisi terhad Calpis sambil menunjukkan bakat mereka dengan turut merangkumkan tiga langkah tarian khas seperti yang ditunjukkan dalam video panduan yang disediakan. Setelah rakaman dibuat, peserta boleh memuat naik video tersebut ke Instagram Reels dan mengetag @calpismyofficial serta merangkumkan tanda pagar #calpisdancetofame #calpismy. Selain membintangi iklan video digital Calpis, tiga pemenang hadiah utama yang terpilih juga akan membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000 dan 1 karton Calpis 350ml. Sementara itu, secara keseluruhan sehingga 14 pemenang mingguan yang bertuah akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500 berserta 1 karton Calpis 350ml.
Wabak COVID-19 telah menyebabkan ramai warga Malaysia dibelenggu dengan perasaan bimbang dan gusar. Rutin bekerja dari rumah yang terpaksa dijalani oleh warga Malaysia juga semakin melesukan. Lantaran itu, Calpis hadir untuk memberi dorongan dengan mencungkil kreativiti mereka dalam normal baharu ini, dan tercetuslah Peraduan Instagram Reels.
Sebagai jenama yang menjulang kebaikan yang bermula dari dalam, Calpis percaya bahawa peraduan ini akan mencerminkan sentimen jenamanya – untuk mempromosikan sistem penghadaman sihat yang menjurus kepada kesejahteraan tubuh badan dan sikap yang positif.
“Walaupun detik ini tidak dapat diduga, apa yang jelas adalah dengan bersatu hati, negara kita mampu memiliki kekuatan untuk memenangi perjuangan ini. Di Calpis, para pengguna merupakan keutamaan kami dan kami akan meneruskan usaha untuk menganjurkan kempen dan aktiviti komuniti yang kreatif untuk menyebarkan bibit-bibit kebaikan kepada semua,” simpul Pek Kuan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Calpis, sila layari laman Facebook Calpis Malaysia atau https://www.etikaholdings.com/campaigns.
Feature photo by: Music photo created by our-team - www.freepik.com
Comments
Post a Comment