BUNKFACE LANCAR "KITA PUNYA MALAYSIA VERSI AKUSTIK"


Sempena bulan kemerdekaan Malaysia tahun ini, kumpulan rock tempatan, Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul “Kita Punya Malaysia versi Akustik”. 

Lagu asal “Kita Punya Malaysia” pernah menjadi lagu tema hari kebangsaan Malaysia pada tahun 2018 & 2019. Mengambil kira suasana kemerdekaan tahun ini dimana negara masih lagi “berperang” dengan virus Covid-19, Bunkface mengambil Langkah untuk mengubah sedikit aura lagu tersebut dengan gubahan yang lebih santai.


Lirik lagu ini yang juga ditulis oleh vokalis kumpulan Bunkface, Sam.

“Kami berharap karya ini dapat sedikit sebanyak meniupkan semangat patriotism dikalangan peminat dan pendengar muzik kami walaupun dalam keadaan negara yang mencabar hari ini, kita harus terus bersemangat untuk membina masa depan yang lebih cerah demi generasi akan datang.” – Bunkface.


Lagu “Kita Punya Malaysia versi Akustik” dilancarkan pada jam 12 pagi 27th August 2021 di seluruh platform rasmi Bunkface : 

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM FAMTRIP MAJESTIC JOHOR BERSAMA MEDIA SEMPENA VISIT JOHOR 2026 (13 – 16 OKTOBER 2025 /JB – KOTA TINGGI – MERSING)

TEAL ASIA DAN WATSONS MALAYSIA BERGANDING BAHU SEMPENA HARI PENGHAPUSAN KANSER SERVIKS SEDUNIA WHO — GERAKAN HARAPAN, KETABAHAN DAN TINDAKAN

TIKTOK SHOP TINGKATKAN PERLINDUNGAN HARTA INTELEK UNTUK PMKS MENJELANG 11.11, PERTUMBUHAN 200% TAHUN KE TAHUN BAGI JENAMA DI TIKTOK MALL