IQIYI LANCAR KEMPEN MERDEKA #HIBURANMENYATUKANKITA


Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang, platform penstriman utama Asia, iQiyi, turut sama meraikannya dengan menonjolkan kandungan Asia terbaik dan menawaran pelbagai hadiah menarik sebagai ganjaran kepada penonton Malaysia! Kempen #HiburanMenyatukanKita bertujuan untuk menunjukkan daya kekuatan hiburan dalam menyatupadukan orang ramai, tanpa mengira usia, latar belakang, lokasi mahupun bahasa.

Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, iQiyi menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencuba keahlian VIP secara percuma dan menikmati tayangan dan filem kegemaran mereka. Di samping menikmati program-program dalam resolusi video1080P dan kesan bunyi Dolby Atmos, para pelanggan VIP juga dapat menikmati akses lebih awal untuk rancangan yang akan datang dan juga melangkau iklan untuk pengalaman menonton berkualiti tinggi yang bebas gangguan.
 

Dalam tempoh kempen dari 30 Ogos sehingga 12 September, rakyat Malaysia boleh mendaftar bagi mendapatkan akses keahlian VIP satu minggu. iQiyi juga menawarkan diskaun 50% untuk pelan keahlian tiga bulan dan tahunan. Tempoh tawaran terhad ini adalah dari 6 hingga 12 September dengan harga RM12.90 untuk pelan tiga bulan dan RM44.90 untuk setahun.

Tawaran istimewa iQiyi yang diberikan ini adalah sebagai penghargaan terhadap sokongan yang diterima daripada rakyat Malaysia, yang telah menjadikan iQiyi sebagai platform khidmat penstriman yang mencatat jumlah muat turun tertinggi dalam negara pada tahun ini (setakat bulan Ogos 2021). Pada bulan Julai, iQiyi juga disenaraikan sebagai perkhidmatan penstriman Asia nombor satu dari segi pengguna aktif bulanan, pengguna aktif harian dan keseluruhan masa yang diluangkan di platform, menurut data awam yang diperolehi daripada AppAnnie.


Sebagai sebahagian daripada kempen #HiburanMenyatukanKita, iQiyi telah memilih sebilangan program-program yang paling digemari oleh penonton Malaysia untuk senarai tontonan istimewa Merdeka. Program-program tersebut telah dipilih berdasarkan data tontonan iQiyi. Ini secara tidak langsung telah menggambarkan bagaimana senarai tontonan premium yang berkualiti tinggi berfungsi sebagai elemen perpaduan bagi rakyat Malaysia yang berbeza umur dan latar belakang, tidak kira dimana jua mereka berada. Pengguna iQiyi Malaysia menikmati hiburan dari pelbagai bahasa, dengan jumlah penonton yang setanding bagi senarai tontonan bahasa Cina, Melayu, Korea dan Jepun. iQiyi juga merupakan platform pilihan untuk mengisi masa lapang yang digemari rakyat Malaysia, di mana para penonton tempatan meluangkan hampir 1.5 jam sehari di platform tersebut.

Dengan susunan program yang dirancang khas sempena Hari Kemerdekaan, iQiyi berhasrat untuk membawakan program kegemaran ramai kepada para pengguna Malaysia yang berbilang bangsa, sama ada drama cinta seperti Love Is Sweet dan 7 Hari Mencintaiku, siri drama Korea popular seperti My Roommate Is A Gumiho, atau siri anime klasik seperti Naruto. Susunan program ini turut menampilkan Siri Original Asia Tenggara iQiyi yang pertama The Ferryman: Legends of Nanyang, yang menampilkan pelakon kelahiran Malaysia Lawrence Wong bersama barisan pelakon dari Singapura dan Malaysia seperti Qi Yuwu, Jeanette Aw, Tay Ping Hui, Debbie Goh, Jojo Goh dan Koe Yeet.

Kempen #HiburanMenyatukanKita turut mengadakan satu peraduan media sosial yang mengalu-alukan penyertaan rakyat Malaysia untuk menyerlahkan kreativiti mereka dengan menamakan semula 15 tajuk program popular iQiyi dalam slanga tempatan. Selain daripada menerima pelbagai ganjaran eksklusif, para pemenang juga dapat menyaksikan versi tajuk yang “di-Malaysia-kan” oleh mereka dipaparkan di laman utama platform iQiyi, menggantikan tajuk-tajuk program asal.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen Merdeka iQiyi, atau menebus akses VIP percuma satu minggu, sila gunakan aplikasi iQiyi atau layari iQ.com


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!