IQIYI LANCAR SIRI HEBAT ASIA - FERRYMAN: LEGENDS OF NANYANG
iQiyi, platform hiburan Asia kegemaran ramai telah melancarkan siri drama asli Asia Tenggara, The Ferryman: Legends of Nanyang melalui sidang media yang dianjurkan secara dalam talian hari ini. Majlis itu telah dihadiri oleh barisan bintang siri tersebut, termasuk Lawrence Wong, Qi Yuwu, Kate Kinney, Tay Ping Hui, Jeanette Aw, Debbie Goh, Jojo Goh, dan Koe Yeet. Majlis turut menyaksikan tayangan treler global buat kali pertama bagi dua siri drama yang dinanti-nantikan, Danger Zone dan Rainless Love in a Godless Land.
“Permintaan bagi program-program berbahasa Cina semakin meningkat naik di seluruh dunia dan iQiyi sedang merintis jalan ke hadapan dalam segmen ini. Kami mendapat dorongan daripada bilangan ramai penonton-penonton di serata dunia yang ingin menonton drama-drama berbahasa Cina,” kata Kuek Yu-Chuang, Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa iQiyi, berdasarkan kepada dapatan kaji selidik dalam talian yang dilaksanakan oleh platform penstriman tersebut melalui Pollfish.
“Memandangkan program-program berbahasa Cina merupakan sebuah trend hiburan terkini, saya merasa teruja untuk mengumumkan bahawa koleksi ‘SWEET ON’, yang kami dilancarkan dalam bulan Mei 2021 telah mendapat sambutan yang memberansangkan dengan 59 juta tontonan di seluruh dunia. iQiyi komited untuk menawarkan program-program hiburan berbahasa Cina yang terbaik untuk para peminat kami.”
Kaji selidik tersebut melibatkan 5,200 responden dari 26 negara di bulan Ogos* yang mana 76% daripada jumlah responden pernah menonton drama-drama berbahasa Cina di dalam tempoh dua tahun lepas, dengan 43% menonton kandungan tersebut di platform-platform penstriman. Satu dalam 2 responden turut menyatakan bahawa mereka gemar menonton C-drama dan akan mengesyorkan C-drama yang mereka gemari kepada orang lain.
Jumlah responden tertinggi yang menggemari C-drama adalah dari Thailand (80%), Malaysia (71%) and Singapura (70%). Sementara itu, sebuah kaji selidik yang lain di pasaran Malaysia telah menunjukkan bahawa 95% rakyat Malaysia telah menonton sekurang-kurangnya satu program atau filem berbahasa Cina dalam tempoh setahun yang lalu.
Pratonton Istimewa: Drama-drama Berbahasa Cina Akan Datang
Selain daripada pratonton eksklusif selama 12 minit bagi The Ferryman: Legends of Nanyang, majlis turut menampilkan treler-treler eksklusif bagi Danger Zone, dan Rainless Love in a Godless Land. Tayangan ini turut memberi sorotan terhadap pengkhususan iQiyi dalam memenuhi kepelbagaian citarasa dan pilihan genre penonton, di samping kekal komited untuk membawakan kisah-kisah inovatif dengan kualiti produksi yang premium.
The Ferryman: Legends of Nanyang
Tayangan perdana global, 24 Ogos
Marilah mengintai ke alam ghaib dari “mata Yin Yang” protagonis Xia Dong Qing (Lawrence Wong) dan ikuti pengembaraannya yang luar biasa bersama bersama rakan-rakannya, Zhao Li (Qi Yuwu) dan Xiao Ya (Kate Kinney), yang mana mereka berkomunikasi dan membantu roh-roh yang tidak tenteram untuk menyempurnakan hal-hal yang belum sempat dilakukan sebelum mereka meninggal dunia. Tersedia dalam Dolby Atmos dan 4K, The Ferryman: Legends of Nanyang adalah siri asli Asia Tenggara dan juga antarabangsa iQiyi yang pertama.
Danger Zone
Tayangan perdana global, 3 Sep
Siri drama penjara asli iQiyi berbahasa Cina yang pertama, Danger Zone membawakan sebuah kisah misteri tentang satu rantaian kes pembunuhan yang berlaku di sebuah bandar pinggiran pantai Donglin. Tanpa petunjuk-petunjuk yang konkrit untuk disiasat, penyiasat jenayah baharu Ren Fei (Berant Zhu) mendapat maklumat pertamanya daripada seorang pemanggil yang tidak dikenali — seorang banduan bernama Liang Yandong (Vic Chou).
Rainless Love in a Godless Land
“Ini adalah sebuah kisah cinta di antara Dewa Hujan dengan manusia biasa, sebelum Perang Akhir Zaman.” Berdasarkan kisah mitos puak orang asal Amis, Rainless Love in a Godless Land mengisahkan percintaan mustahil di antara seorang pemandu pelancong dengan Dewa Hujan yang mekar menjelangnya Perang Akhir Zaman. Diterbit dan diarah oleh orang-orang lama industri, siri ini menampilkan barisan pelakon-pelakon yang pernah memenangi anugerah seperti Chiao Chiao Tzeng, Paul Fu, Kenny Yen, dan penampilkan istimewa oleh Alice Ko dan Joseph Cheng.
Kerjasama Berterusan untuk Memangkinkan Kemajuan
Dilangsungkan secara maya di lokasi Sands Expo & Convention Centre di Singapura, sidang media Asia Pasifik “iQiyi Leads C-Wave” dan majlis pelancaran The Ferryman: Legends of Nanyang telah diadakan dengan kerjasama Marina Bay Sands dengan jayanya.
Sebagai sebuah platform yang dilahirkan di Asia, iQiyi berusaha untuk menjadi lebih daripada sekadar platform khidmat penstriman hiburan dengan menerajui usaha-usaha yang memartabatkan industri hiburan. Sebagai contoh, #JanganTontonHaram adalah sebuah kempen anti cetak rompak yang diterajui oleh iQiyi Malaysia, dengan Kerjasama FINAS, untuk meningkatkan kesedaran awam tentang penyalahgunaan kandungan di platform-platform haram. Kempen tersebut juga bertujuan untuk memerangi isu semasa cetak rompak digital yang memberi kesan negatif kepada industri filem dan program TV di Malaysia. Bagi mengukuhkan perjuangan dan menyebarkan pesanan ini kepada lebih ramai penonton, iQiyi telah melantik koreografer dan penari Malaysia Jun Liu sebagai duta bagi kempen #JanganTontonHaram.
Metodologi: Kaji selidik secara dalam talian ini telah dijalankan dalam pada 4 sehingga 15 Ogos 2021 melalui Pollfish, dengan mengumpul maklum balas seramai 5,200 responden dari 26 buah negara termasuk; Australia, Brazil, Kanada, Mesir, Perancis, India, Indonesia, Itali, Jepun, Malaysia, New Zealand, Peru, Filipina, Russia, Arab Saudi, Singapura, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sepanyol, Taiwan, Thailand, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat, Venezuela dan Vietnam.
Comments
Post a Comment