WETV MALAYSIA MENGUMUMKAN DUTA-DUTA GLOBAL BAHARU

You Are My Glory

WeTV Malaysia, platform penstriman video antarabangsa milik Tencent Video mengumumkan empat duta global yang berbakat dan penuh karisma, personaliti hiburan terkenal Dilraba Dilmurat, Xiao Zhan (juga dikenali sebagai Sean Xiao), Yang Mi, dan Yang Yang. Dikenali melalui persembahan mereka yang luar biasa dalam pelbagai drama televisyen, filem dan rancangan hiburan, duta-duta global ini telah mempesona para peminat baik di negara asal mahupun luar negara dengan bakat mereka sejak debut.

Peminat-peminat Dilraba dan Yang Yang tidak perlu menunggu lama kerana WeTV Malaysia akan melancarkan drama “You Are My Glory” secara rasmi ke platformnya pada 26 Julai 2021. Drama tersebut berkisar mengenai perjalanan Yu Tu (dimainkan oleh Yang Yang), seorang jurutera aeroangkasa dan bintang terkenal Qiao Jing Jing (dimainkan oleh Dilraba). Merupakan bekas rakan sekelas, mereka berdua bertemu kembali apabila Yu Tu harus melatih Qiao Jing Jing dalam permainan video untuk mengekalkan kontrak duta Qiao Jing Jing. Untuk mengetahui bagaimana hubungan cinta mereka bermula, saksikan mereka di WeTV bermula 26 Julai.





Antara siri-siri popular terdahulu yang dibintangi oleh para duta WeTV termasuklah Eternal Love of Dream (menampilkan Dilraba), The Untamed (menampilkan Xiao Zhan), Eternal Love (menampilkan Yang Mi), dan The King's Avatar (menampilkan Yang Yang), di mana kesemuanya ditayangkan oleh Tencent Video. Kesemua siri ini diminati ramai dan telah memperoleh populariti di seluruh pasaran global, dan ditonton melalui WeTV Malaysia serta platform-platform lain.

Tambahan lagi, para peminat juga boleh menjangkakan pelbagai drama eksklusif daripada duta-duta tersebut, serta kejutan untuk peminat dari Malaysia, bermula dengan Kempen VIP WeTV, di mana peminat boleh mendapatkan pelbagai hadiah daripada setiap duta, dengan hanya mengambil bahagian melalui aplikasi WeTV.

Sejak kehadiran antarabangsanya yang bermula di Thailand pada bulan Jun 2019, WeTV telah berjaya dilancarkan di Malaysia, Filipina, Indonesia, serta pasaran lain. WeTV juga merupakan salah sebuah platform penstriman video yang bertumpu kepada penyampaian kandungan berbahasa Cina kepada pengguna tempatan yang tinggal di luar negara, serta telah berjaya berkembang dengan kemasukan lebih banyak kandungan premium Asia daripada pelbagai genre. Ia termasuklah drama televisyen, rancangan hiburan, animasi, dokumentari dan sebagainya, melalui terjemahan sari kata dan alih suara yang dilokalisasikan, dan telah berjaya menarik sejumlah besar pengguna tempatan yang meminati kandungan dari Asia. Bagi meluaskan capaiannya, WeTV juga bekerjasama dengan stesen televisyen serta syarikat produksi tempatan terkemuka di luar negara seperti Media Prima dan Primeworks Studios bagi membina saluran pertukaran dua-hala dan bagi menjanjikan kandungan asal tempatan. Buat masa sekarang, WeTV merupakan platform over-the-top 3 teratas di kebanyakan pasaran Asia Tenggara.

Selama dua tahun terakhir, WeTV juga telah menaiktaraf keupayaan perkhidmatan asasnya bagi memenuhi keperluan industri yang semakin bertumbuh dan jumlah pengguna yang semakin meningkat. WeTV kini menyokong 10 bahasa termasuk Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Thai, Bahasa Indonesia dan sebagainya, dan pada waktu yang sama turut memaparkan pelbagai kandungan daripada Tencent Video. Selain itu, media sosial WeTV juga telah menyaksikan perkembangan dengan lebih sejumlah 42 juta pengikut di YouTube, Facebook, Twitter dan Instagram.

Bagi meraikan ulang tahun kedua pelancarannya di luar negara, WeTV akan bekerjasama dengan empat duta global tersebut dan memanfaatkan sumber tempatan dan antarabangsa untuk terus menyediakan kandungan yang premium. WeTV berazam untuk membawa pengalaman hiburan kelas pertama untuk para penggunanya di setiap pasaran, agar mereka boleh “Tonton Hiburan Asia Terbaik di WeTV”.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM