TEXAS CHICKEN LANCAR KEMPEN MERDEKA BEATS


Sempena meraikan sambutan Kemerdekaan ke-64 pada bulan Ogos ini, Texas Chicken Malaysia ingin menyemarakkan warisan Malaysia dan meraikan bakat tempatan melalui muzik, dalam kempen Merdeka Beats. Selama beberapa generasi, rakyat Malaysia telah bersatu dan diinspirasi oleh muzik dan seni. Justeru, dalam tempoh yang mencabar ini, Texas Chicken Malaysia berharap rakyat Malaysia dapat bergembira dan bersatu sebagai satu keluarga seiring dengan irama dan rentak Merdeka.

“Di Texas Chicken Malaysia, kami ingin meraikan makna menjadi rakyat Malaysia pada Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini. Dalam tempoh yang mencabar ini, ianya amat membanggakan apabila menyaksikan rakyat Malaysia berkumpul untuk membantu antara satu sama lain, menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan dan membantu masyarakat sekeliling untuk kekal selamat dengan mematuhi SOP dan berusaha untuk mencapai imuniti kelompok. Sehubungan itu, kami ingin menyemarakkan semangat ini dengan kempen Merdeka Beats bersempena sambutan Kemerdekaan ini, tatkala kita bersatu menyokong antara satu sama lain dan meraikan persamaan dalam identiti Malaysia kita,” kata Jean Tan, Pemangku Pengurus Besar Texas Chicken Malaysia.

Dalam kempen Merdeka Beats, rakyat Malaysia yang berbakat dapat menonjolkan kemampuan muzik mereka dalam peraduan, sementara yang lain juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik, menghayati muzik hebat dan menikmati sajian istimewa.

Merdeka Beats Remix

Masih ingat tak lagi muzik klasik dari zaman kegemilangan P.Ramlee, Saloma, R.Azmi, Momo Latif dan ramai lagi bakat lagenda Malaysia? Texas Chicken Malaysia memberi nafas baharu kepada lagu klasik Manusia yang dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma yang disiarkan dalam filem Bujang Lapok pada tahun 1957. Ia kini digubah semula sebagai lagu baharu yang dinamakan Malaysia, dipersembahkan dan ditulis oleh Cuurley. Lirik yang diberi nafas baharu ini mendapat inspirasi daripada sejarah, dan ia menyeru rakyat Malaysia untuk mengatasi cabaran melalui perpaduan dalam video muzik yang memaparkan latar belakang pelbagai peristiwa bersejarah dari tahun 1957 sehingga kini. Video muzik ini boleh didapati mulai 28 Ogos 2021 di laman YouTube Texas Chicken Malaysia di https://www.youtube.com/c/TexasChickenMalaysiaChannel.

Merdeka Beats Value Remix

Sekiranya Merdeka Beats berjaya menawan selera anda, mengapa tidak menikmati kerangupan Texas Chicken dengan harga menarik semasa Merdeka ini. Singgahlah di mana-mana cawangan Texas Chicken Malaysia pada 31 Ogos 2021 atau log masuk ke Shopee melalui telefon bimbit anda untuk mendapatkan baucar khas yang membolehkan anda membeli set 2 ketul ayam dan 1 minuman dengan harga RM7.99 sahaja. Tiada had bagi jumlah set yang boleh anda pesan di restoran, tetapi setiap pengguna hanya boleh membeli empat baucar maksimum melalui Shopee, yang boleh ditebus di mana-mana restoran Texas Chicken di seluruh negara dari 2 hingga 15 September 2021.

Your Malaysia Contest

Ingin mempersembahkan lagu ‘Malaysia’ dalam versi anda sendiri? Texas Chicken Malaysia mempelawa semua rakyat Malaysia untuk mempersembahkan nyanyian semula dengan memilih bahagian kegemaran mereka daripada lagu tersebut dan memuat naik video mereka di media sosial dari 2 hingga 30 September 2021. 10 pemenang akan menerima baucar tunai Texas Chicken bernilai RM100 setiap satu.

Untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu:
  • Langkah 1: Rakam video persembahan anda mengikut bahagian kegemaran anda daripada lagu Malaysia yang baharu.
  • Langkah 2: Muat naik video di platform media sosial pilihan anda, seperti YouTube, Facebook atau Instagram, tag @TexasChickenMalaysia dan sertakan hashtag #TexasChickenMalaysia #Merdekabeats #Malaysiaremix pada hantaran anda.
  • Langkah 3: Daftarkan penyertaan anda melalui Google Form (pautan di laman Instagram dan Facebook Texas Chicken Malaysia) selewat-lewatnya pada 16 September 2021.
Merdeka Beats Contest

Ada yang lebih menarik lagi! Mulai sekarang hingga 20 September, Texas Chicken Malaysia bekerjasama dengan Coca-Cola Malaysia untuk memberi hadiah hebat kepada pelanggan seperti pembesar suara mudah-alih Marshall Kilburn II, dan fon kepala tanpa wayar Sony berserta fon telinga. Rebutlah peluang untuk memenangi hadiah mingguan dengan berbelanja minimum RM25 di Texas Chicken dalam satu resit. Anda juga boleh memenangi Hadiah Utama tin Coca-Cola bersadur emas berharga RM6,000 dengan melayari http://bit.ly/MerdekaBeats dan mengikuti langkah-langkah mudah untuk turut serta.

Merdeka Beats Playlist

Sama seperti perayaan penting yang lain, muzik akan mencipta suasana, jadi jangan ketinggalan untuk menikmati Merdeka Beats Playlist yang disusun khas oleh Texas Chicken Malaysia, yang boleh didapati di Spotify mulai 29 Ogos. Dari lagu nostalgia hingga lagu gubahan terkini, dapatkan inspirasi daripada lagu-lagu yang telah menghiburkan rakyat Malaysia selama ini.


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Merdeka Beats, layari akaun Instagram dan Facebook Texas Chicken Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING