HYUN BIN DILANTIK SEBAGAI DUTA JENAMA SERANTAU LAZMALL


Platform eDagang utama Asia Tenggara, Lazada, hari ini mengumumkan pelantikan pelakon terkenal antarabangsa dan bintang Hallyu (Gelombang Korea), Hyun Bin sebagai duta jenama serantau pertama LazMall. LazMall adalah rakan niaga eDagang pilihan untuk jenama-jenama di seluruh dunia dan kini menawarkan lebih 32,000 jenama tempatan dan antarabangsa di platformnya.

Sebagai salah seorang selebriti Korea Selatan yang telah menempa nama di persada antarabangsa, Hyun Bin terkenal sebagai individu penting yang melonjakkan fenomena Hallyu dengan persembahannya yang memenangi anugerah. Hyun Bin telah membintangi pelbagai drama televisyen dan filem pecah panggung, termasuk Secret Garden, Memories of the Alhambra, The Negotiation, dan terbaharu, Crash Landing on You. Beliau juga memenangi beberapa anugerah termasuk Pelakon Paling Popular di Anugerah Seni Baeksang Ke-56 dan Artis Korea Paling Popular di Anugerah Yahoo! Asia Buzz. Hyun Bin menerima Presidential Commendation di Anugerah Kebudayaan dan Kesenian Popular Korea 2020.

Mary Zhou, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Lazada berkata, “Lazada adalah platform yang pertama untuk memperkenalkan konsep ‘mall’ maya di Asia Tenggara dan kami sukacita untuk mengalu-alukan penyertaan bintang terkenal Hyun Bin sebagai duta jenama serantau pertama LazMall. Dengan portfolio filem dan drama televisyen yang meluas dan terkenal, Hyun Bin ialah personaliti terkenal yang dihormati oleh peminat di seluruh dunia kerana keperibadian ikhlasnya serta dedikasi luar biasa kepada seninya. Beliau serasi dengan janji jenama LazMall untuk membawakan ketulenan, kualiti, dan destinasi dalam talian yang boleh dipercayai agar pengguna dapat menikmati pengalaman beli-belah serba mudah.”

Sempena sambutan pelancaran ulang tahun ketiga LazMall dan jualan 9.9, Hyun Bin akan membintangi filem pendek yang mencetus daya imaginasi peminat dalam watak yang mengingatkan kita kembali kepada aksi dan babak popularnya. Dalam iklan TV ini, Hyun Bin akan berlakon sebagai ejen yang mengetuai sepasukan perisik dalam misi sulit. Jalan ceritanya sungguh menarik dan menyeronokkan, di mana watak beliau akan melepaskan beribu-ribu pakej bantuan LazMall kepada orang ramai.

Mengenai peranannya sebagai duta LazMall, Hyun Bin berkata, “Saya amat gembira untuk menyertai keluarga Lazada dan menjalin hubungan dengan peminat di Asia Tenggara sebagai duta jenama serantau pertama LazMall. Saya tidak sabar untuk menikmati pengalaman yang menyeronokkan bersama semua, bermula dengan pesta beli-belah 9.9 Lazada. Salam sejahtera kepada semua dan saya berharap anda kekal sihat sehingga kita bertemu sekali lagi secara bersemuka.”

Beliau menambah, “Sesi penggambaran filem pendek untuk kempen ini memang menyeronokkan, terutamanya apabila kita menggunakan kreativiti untuk menunjukkan kecekapan, kebolehpercayaan, dan kepelbagaian produk yang ditawarkan oleh LazMall kepada pembeli menerusi kisah misi perisik.”

Pada awal bulan Ogos, LazMall memperkenalkan portal diperibadikan baharu, LazMall Prestige, dengan portfolio luas meliputi lapan kategori di rantau Asia Tenggara dengan lebih 50 jenama premium seperti Bacha Coffee, Bang & Olufsen, Elemis, Longines, Polo Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo, Shanghai Tang, SMEG, serta jenama pilihan terbaharu, La Mer.

Di samping ciri-ciri kegemaran ramai seperti Brand Mega Offers dan dasar pemulangan berani dengan pampasan sehingga lima kali ganda di seluruh rantau, pengguna boleh mendapatkan jenama kegemaran mereka menerusi LazMall.

Acara 9.9 Big Brands Sale (https://lzd.co/MegaSale) Lazada akan menampilkan jenama-jenama terbesar serantau dan juga peniaga pasaran kegemaran Lazada, dan menggembirakan pengguna Asia Tenggara dengan jualan dan tawaran eksklusif menerusi Brand Mega Offers dan promosi Flash Sale pada 9 hingga 11 September.

Sempena dengan pesta yang akan diadakan, maskot Lazada Lazzie juga akan memulakan tugas sebagai pelatih idola menerusi permainan terbaharu di LazGames – Lazzie Star. Para pembeli boleh membantu Lazzie menaik taraf keupayaannya sehingga menjadi Super Star, dengan menyempurnakan siri tugasan harian dan misi istimewa untuk mendapatkan baucar platform, baucar peniaga eksklusif, dan juga ganjaran Lazada Bonus.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!