LEBIH RM13,000 UNTUK DIMENANGI DALAM #MYTRUECALLER GIVEAWAYS
Kes penipuan melalui telefon amat kerap berlaku di kalangan masyarakat hari ini, merekodkan kerugian berjumlah RM38 juta antara Januari hingga Mac tahun ini.
Sindiket penipuan seperti ini mengambil kesempatan ke atas rakyat Malaysia yang sememangnya mengalami kesusahan hidup, dengan menggunakan pelbagai taktik jahat seperti menyamar sebagai pihak berkuasa untuk memperdaya mangsa. Ini menyebabkan begitu ramai orang terjerumus ke dalam perangkap mereka dan hilang wang simpanan yang sekian lama dikumpul dalam sekelip mata sahaja.
Menurut Truecaller, aplikasi ID pemanggil dan penghalang spam yang terkemuka, Malaysia mencatatkan 9 juta kes panggilan spam setiap bulan. Daripada jumlah ini, 2 juta kes berkait dengan penipuan. Truecaller membantu mengenal pasti semua panggilan masuk dari seluruh dunia dan secara automatik menghalang penjenayah spam yang telah dikenal pasti. Untuk mengetahui sama ada sesuatu panggilan adalah selamat untuk dijawab, aplikasi tersebut akan mempamerkan kad hubungan berwarna biru untuk kenalan yang disahkan atau hijau untuk perniagaan yang disahkan, manakala warna merah bermaksud panggilan tersebut adalah spam atau dari sindiket penipuan. Aplikasi ini juga mempunyai aspek komuniti yang unik di mana pengguna yang menggunakan Truecaller boleh melaporkan nombor telefon dalam masa sebenar untuk melindungi pengguna Truecaller yang lain.
Bagi melindungi rakyat Malaysia dari menjadi mangsa penipuan melalui telefon, Truecaller menggiatkan usaha untuk menggalakkan rakyat menggunakan aplikasi ini untuk berkomunikasi dengan lebih selamat dan efisien. Melalui inisiatif ini, Truecaller akan memberikan hadiah wang tunai bernilai RM250 kepada 55 pemenang bertuah melalui pelancaran #MYTruecaller Giveaways. Peraduan yang bermula pada 26 Julai itu akan dijalankan sehingga 21 Ogos 2021 di stesen radio Suria FM dan saluran media sosialnya.
“Kami membaca banyak berita mengenai orang ramai yang kehilangan simpanan hari tua mereka kerana ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dengan Truecaller, kami percaya bahawa aplikasi ini boleh menjadi barisan pertahanan yang pertama, melindungi lebih ramai rakyat Malaysia dari menjadi mangsa penipuan melalui telefon,” kata Hitesh Raj Bhagat, Ketua Komunikasi Korporat Antarabangsa di Truecaller.
“Menyedari betapa seriusnya masalah ini di Malaysia, kami memutuskan untuk menggandakan usaha dan menggalakkan lebih ramai pengguna melindungi diri mereka dengan memuat turun aplikasi ini melalui penawaran hadiah. Kami berharap usaha ini akan meningkatkan kesedaran mengenai manfaat yang ditawarkan oleh Truecaller kepada rakyat Malaysia,” tambah Hitesh.
Ketahui dengan lebih lanjut mengenai #MYTruecaller Giveaways dengan mendengar Suria FM atau melawat laman rasmi Facebook and Instagram Suria, untuk merebut peluang menjadi pemenang bertuah. Muat turun Truecaller hari ini melalui Google Play atau Apple App Store. Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi ini, layari www.truecaller.com.
Comments
Post a Comment