LILIT UMUM KOLABORASI DENGAN IKON FESYEN MIRA FILZAH


LILIT. dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasi pertama tahun ini dengan ikon fesyen yang merupakan buah hati pujaan ramai rakyat Malaysia, Mira Filzah. Koleksi ini membawakan aneka fesyen untuk bersantai dengan corak cetakan yang menarik hati dan warna-warna pastel yang lembut, lagi menawan.



Konsep kolaborasi ini diilhamkan oleh personaliti Mira Filzah sendiri, yang merupakan seorang pelakon manis dan peramah yang menjadi kesayangan ramai. Dengan koleksi ini, LILIT. mempamerkan auranya ibarat tumbuhan yang mengejar matahari, sentiasa subur menjalar di bumi biar setinggi mana ia tumbuh. Koleksi ini juga ditumpukan kepada gaya peribadi Mira yang santai, diperlihatkan menerusi corak cetakan yang menyerlahkan kesegaran dan keremajaan, serta kebebasan seperti sang rama-rama.



Bertetapan dengan sentuhan keselesaan dan kesopanan yang menjadi tema rekaan LILIT., koleksi ini menawarkan helaian fesyen sopan menepati apa jua acara, dengan potongan tidak menunjukkan bentuk badan dan warna-warna pastel yang lembut. Diilhamkan oleh rencah masam manis hidup ketika pandemik kini, dengan perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa berpanjangan, ramai mencari cara kreatif untuk membebaskan diri daripada kekangan persekitaran. Maka itu, LILIT. X Mira Filzah mengajak kita untuk menerokai “your own sweet escape” dengan menyuntik kemanisan warna dan cetakan ria pada setiap helaian dalam koleksi santai ini.



Koleksi LILIT. X Mira Filzah membawakan beberapa fesyen unik seperti Kemeja Asimetri, Baju Berkolar Beralur, Skirt Satin Overlap dan Pleated, Tudung Bawal dan Selendang Bercetak dan juga pelitup muka pakai buang dan guna semula, yang berharga RM39 - RM199 dan boleh didapati di www.lilitstore.com/lilit-mirafilzah dan di butik LILIT. di KL East Mall, dan IOI City Mall sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN