RAIKAN 31 OGOS DENGAN WARNA-WARNA MERDEKA SNAPCHAT
![]() |
Pakai cermin mata gelap Jalur Gemilang anda dan raikan Merdeka dengan penuh gaya! Ciptaan ExAR |
Hayati semangat Kemerdekaan bersama Lens Creators tempatan
Kami bukan sahaja ingin meraikan pencapaian kita sebagai sebuah negara hari ini, tetapi juga mengiktiraf bakat-bakat yang telah membawa kita ke langkah hadapan. Nikmati pengalaman AR hebat yang dibawakan oleh beberapa Creators tempatan dari Snap Lens Network - hayati sejarah kemerdekaan Malaysia dengan Roar of Freedom oleh Creator Muslimah pertama kami, Yukine Suzu, atau serlahkan semangat patriotik secara bergaya dengan cermin mata gelap oleh ExAR.
Imbau semula perjalanan dari Malaya ke Malaysia dengan Lens interaktif ini yang membolehkan anda meneroka fakta-fakta menarik tentang kemerdekaan Malaysia
Roar of Freedom oleh Yukine Suzu
Pamerkan pakaian terhebat anda untuk Merdeka!
Satu lagi cara untuk meraikan Merdeka adalah dengan menggayakan Bitmoji anda dengan warna kebangsaan kita! Dengan lebih 1,200 kombinasi gaya badan, ekspresi wajah, gerak badan, dan latar belakang, anda pasti dapat menzahirkan semangat patriotik dengan cara mengujakan!
Cara untuk menghasilkan/mengakses Bitmoji 3D anda sendiri:
● Muat turun Bitmoji pada iOS atau Android
● Setelah mendaftar, gerak antara ikon ‘Avatar’ dan ‘Fashion’ di bawah skrin untuk menggayakan Bitmoji anda
● Tekan ikon ‘Gear’ di sudut kanan atas
● Skrol ke bawah untuk mencari ‘Link to Snapchat’ dan tekan ‘Continue’ untuk menghubungkan akaun Bitmoji anda ke Snapchat
● Di dalam Snapchat, tekan ikon Bitmoji di sudut kiri atas untuk melihat Bitmoji yang baru dihasilkan dalam 3D
● Tekan Bitmoji untuk mengubah gaya dan latar belakangnya!
Semoga idea-idea ini akan menyemarakkan semangat dan menambahkan lagi keterujaan kepada sambutan Merdeka anda. Pastikan anda kekal selamat, namun raikan Merdeka ini dengan sepenuh hati! Selamat Hari Merdeka!!
Comments
Post a Comment