AKSES PENUH EPL MUSIM 2021 SECARA LANGSUNG DAN HD DI SOOKA


sooka, satu-satunya platform hiburan tempatan yang menyiarkan secara ‘LIVE’ perlawanan bolasepak serta pelbagai acara sukan kegemaran rakyat Malaysia, kini terus menyampaikan lebih banyak kandungan sukan hebat sepanjang bulan Ogos ini.

App striming mudah alih sooka bakal menyiarkan 380 perlawanan Liga Perdana Inggeris 2021 – secara ‘LIVE’, dan HD (definisi tinggi), dan boleh ditonton terus melalui alat mudah alih para penggemar sukan bolasepak bertaraf global ini.

Kesemua perlawanan Liga Perdana Inggeris akan dibawa secara langsung menerusi app sooka, yang boleh diperoleh di kedua-dua versi peralatan Apple iOS dan Android, hanya pada harga RM41.90 sebulan, dengan melanggan pelan VIP+Sports. Pengguna juga boleh memilih untuk menonton perlawanan pasukan kegemaran masing-masing dengan membeli pas tunggal semurah RM7.90 setiap perlawanan.

Mark Francis, Ketua Kandungan, sooka, berkata: “Kita amat memahami bahawa sebilangan besar rakyat Malaysia adalah peminat sukan. Sebab itulah kami ingin menjadikan sooka sebagai satu hab bagi memanfaati peminat sukan untuk berhimpun dan menikmati pengalaman striming hebat pada nilai yang amat berpatutan, serta pilihan pembelian pelan yang fleksibel. Tumpuan khidmat kami kali ini adalah khas untuk peminat bolasepak, dengan memberi kemudahan kepada penonton untuk strim secara langsung setiap perlawanan Liga Perdana Inggeris 2021 dengan mudah dari telefon pintar atau tablet masing-masing. Sekarang, para penggemar sukan bolasepak tidak perlu terlepas satu lagi gol atau momen kemenangan kelab kegemaran mereka kerana dapat terus menonton di mana sahaja mereka berada.”



Bagi mendapat kemaskini tentang sooka, ikuti Facebook sooka (sooka Malaysia) dan Instagram di (@sookamalaysia), atau layari sooka.my.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM