RIUH 4 RAKYAT: FESTIVAL KREATIF DALAM TALIAN UNTUK SEMUA


Ketika pandemik Covid-19 masih melanda negara kita hingga hari ini, RIUH, satu festival pengendalian untuk industri kreatif di Kuala Lumpur tetap terus menganjurkan festival bulanan mereka. 

Mula diperkenalkan sejak Ogos 2017, festival bulanan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan ekosistem kreativiti dengan menghubungkan usahawan kreatif, pencipta dan artis dengan komuniti. 

Untuk bulan Ogos tahun ini, RIUH 4 Rakyat akan diadakan selama 4 minggu. Tema bulan ini adalah #supportlocal dimana bertujuan untuk mengumpul dana sumbangan bagi badan terpilih dan menyebarkan mesej positif kepada orang ramai. 

Festival RIUH 4 Rakyat ini juga diadakan sempena menyambut ulang tahun ke 4 RIUH sendiri. Sepanjang Ogos, RIUH akan berkolaborasi dengan pelbagai jenama tempatan bagi membantu mempromosi produk mereka, mengadakan kelas bengkel kreatif dan juga menganjurkan persembahan - The RIUH Show untuk orang ramai. 

Pelbagai aktiviti serta hadiah juga menanti mereka yang menyertai program-program tersebut. Antara tujuan lain RIUH bulan ini adalah untuk menggalakkan orang ramai tetap duduk di rumah dengan selamat tetapi terus menyokong industri kreatif. 

Setiap RM1 dari hasil jualan barangan tempatan pula akan disalurkan kepada badan-badan yang telah terpilih. Antara jenama tempatan yang telah pasti turut serta pada bulan ini adalah seperti Pico Olo, Clayground Crafts, Halo Doughnut, The Hungry Tapir, Wonderbrew dan banyak lagi. 


Untuk slot The RIUH Show, penonton akan menyaksikan persembahan dari artis berbakat tempatan seperti Mafidz, Asyraf Nasir, Airliftz dan ramai lagi yang akan diumumkan nanti. RIUH 4 Rakyat ini telah mendapat kerjasama dari beberapa badan kreatif lain seperti Kakiseni dan CultCreative, juga organisasi seperti Buy For Impact by MaGIC dan Fujifilm, serta sebuah badan media Makchic. 

Hasil sumbangan dari jualan barangan tempatan, jualan tiket untuk aktiviti serta kelas bengkel kreatif dan persembahan The RUIH Show, akan disalurkan terus kepada 4 badan organisasi terpilih iaitu Projek Bangsa Malaysia for Frontliners, Tempatan Food Bank by Tempatan Fest, Malaysian Mental Health Association (MMHA) dan Refuge for Refugees. 

Festival dalam talian ini akan berlangsung selama 4 minggu bermula dari 2 Ogos hingga 31 Ogos 2021. Antara platform yang akan digunakan sepanjang festival ini adalah laman media sosial RIUH dan laman web RIUH sendiri. 

Bagi mereka yang mahu menyertai RUIH 4 Rakyat, boleh terus lawati Instagram (@Riuhinthecity), Facebook (@Riuhinthecity) atau lawati laman web RIUH di http://www.riuh.com.my/ untuk maklumat lanjut. 

Untuk sumbangan dana secara sukarela pula, boleh disalurkan terus kepada akaun bank berikut: Creative Cult Sdn Bhd 5627 6842 4590 Malayan Banking Berhad Reference: RIUH4Rakyat 

Feature photo by: People photo created by wirestock - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!