AIRBNB RAIKAN DUNIA BOLLYWOOD DENGAN BOLLYWOOD INSIDERS


Airbnb melancarkan Bollywood Insiders yang merupakan festival Pengalaman Online selama 10 hari yang akan memperkenalkan industri perfileman India yang terkenal ke dunia nyata. Dianjurkan oleh bakat-bakat terbaik industri ini, tetamu dari seluruh dunia akan berpeluang untuk mendalami budaya India dengan menjenguk di sebalik tabir set filem Bollywood dan berinteraksi dengan personaliti-personaliti yang menjadi igauan ramai.

Bollywood Insiders akan berlangsung dari 13 - 22 Ogos 2021, dan menampilkan 7 Pengalaman Online yang unik. Daripada mempelajari teknik persediaan untuk uji bakat dengan pengarah tersohor Farah Khan, kepada perbualan rapat bersama calon Emmy Antarabangsa Arjun Mathur serta menyerlahkan bakat fesyen terbaik anda bersama jurugaya selebriti Tanya Ghavri, tetamu boleh mengalami sendiri latihan dan persediaan ketat yang dihadapi oleh bintang-bintang Bollywood kegemaran mereka.

Farah Khan

Namrata Soni

Shilpa Rao

Tanya

Semua Pengalaman Online akan tersedia untuk ditempah dari 10 Ogos, berdasarkan tiba dahulu layan dahulu di www.airbnb.com/bollywoodinsiders.

Menerusi program ini, tetamu akan berpeluang mendalami proses pembikinan filem dan persona bintang Bollywood kegemaran mereka. Pengalaman dalam festival ini menawarkan peluang untuk:

● Menyelami kehidupan seorang pelakon semasa bersama Arjun Mathur yang akan berkongsi perjalanan peribadinya dan menyentuh tentang kemahiran dan sifat-sifat yang membantu popularitinya.

● Menerokai rahsia pembikinan filem bersama Farah Khan yang juga akan berkongsi tip membuat persediaan untuk uji bakat.

● Pengalaman memasak beberapa makananyang paling digemari oleh bintang Bollywood bersama cef yang memenangi anugerah, Vicky Ratnani.

● Menyanyi bersama penyanyi latar Bollywood, Shilpa Rao.

● Mendapatkan tip gaya daripada jurugaya selebriti, Tanya Ghavri, yang telah bekerja dengan personaliti-personaliti popular Bollywood, antaranya Kareena Kapoor, Sonam Kapoor Ahuja dan Sara Ali Khan.

● Memulakan perjalanan kecergasan yang bermanfaat dengan jurulatih kepada bintang-bintang, Shivoham, yang telah melatih Ranbir Kapoor, Aamir Khan dan Jacqueline Fernandez mendapatkan tubuh idaman mereka.

● Tampil cantik menawan menerusi sesi solekan bersama ikon kecantikan Namrata Soni berdasarkan pengalamannya dengan bintang-bintang seperti Deepika Padukone, Sonam Kapoor Ahuja, Janhvi Kapoor dan Sara Ali Khan.

“Kami teruja melancarkan Bollywood Insiders, kempen yang menggabungkan cinta India kepada filem dengan koleksi pengalaman Airbnb yang unik dan tulen. Program ini bertujuan untuk menyediakan komuniti kami dengan peluang luar biasa untuk berinteraksi dengan personaliti popular dari Bollywood dan belajar secara langsung daripada pakar-pakar ini. Kami tidak sabar untuk terus mencipta pengalaman lain yang akan memupuk hubungan lanjut di kalangan tetamu,” kata Amanpreet Bajaj, Pengurus Besar – Airbnb India, Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan.

Semasa bercakap tentang kempen ini dan usahasamanya dengan Airbnb, Pelakon Arjun Mathur berkata, “Sebagai seorang pelakon, saya sentiasa percaya kepada menyumbang terhadap kebaikan, dan saya menghargai setiap peluang untuk berkongsi pengetahuan saya dengan orang lain – sama ada mereka bercita-cita untuk menjadi pelakon atau sekadar peminat filem. Kerjasama saya dengan Airbnb memberi saya peluang untuk berkongsi segala yang saya pelajari daripada industri ini bersama penonton yang lebih meluas yang turut mengagumi dunia perfileman seperti saya. Saya telah menjadi Hos Airbnb selama beberapa tahun sekarang, sejak saya menyenaraikan vila saya di Goa dalam platform ini. Walau bagaimanapun, ini adalah kali pertama saya akan menganjurkan Pengalaman Online. Saya tidak sabar untuk berhubung dengan peminat filem dari seluruh dunia dan membimbing mereka menyelami selok-belok industri ini.”

Arjun Mathur

Shivoham

Vicky

Bercakap tentang Pengalamannya, Pengarah Farah Khan berkata, “Motto kehidupan saya adalah untuk berseronok dalam semua perkara yang dilakukan dan itulah semangat yang saya bawa kepada Pengalaman Online saya di Airbnb. Pengalaman ‘di sebalik lensa’ saya akan merangkumi perbualan yang ceria selama satu jam dengan sesi uji bakat yang menyeronokkan di mana tetamu akan dapat menyampaikan dialog filem kegemaran mereka di hadapan saya. Saya juga akan berkongsi banyak anekdot di sebalik tabir daripada pengalaman saya mengarahkan filem-filem Bollywood dan membina kemahiran.”

Semua Pengalaman Online akan tersedia untuk ditempah dari 10 Ogos, berdasarkan tiba dahulu layan dahulu di www.airbnb.com/bollywoodinsiders.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI