SHAM SHUI PO - KEJIRANAN AUTENTIK HONG KONG


Selepas kejayaan kempen "Old Town Central" yang telah diterima baik pada tahun lepas, Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) melancarkan promosi "Hong Kong Neighborhoods - Sham Shui Po" pada 10 September.

Kempen ini mengetengahkan Sham Shui Po sebagai satu kawasan kejiranan di mana para pelawat akan lebih mengenali segala aspek kehidupan di Hong Kong dalam gaya tempatan yang tersendiri, mempamerkan ciri-ciri menarik dan mempromosi Sham Shui Po menerusi pelbagai media dan saluran promosi.


Pengerusi HKTB, Dr Peter Lam, berkata, "Tahun lepas, HKTB melancarkan promosi 'Hong Kong Neighborhoods' untuk menggalakkan pelawat-pelawat meneroka Hong Kong di luar dari kawasan pelancongan yang biasa dikunjungi.


Pelawat-pelawat pada hari ini mencari pengalaman perjalanan yang lebih memberi makna. Di Sham Shui Po, mereka dapat merasai cara kehidupan harian penduduk Hong Kong.

Selain itu, terdapat makanan yang menerima anugerah Michelin untuk dinikmati dan beberapa jalan untuk membeli-belah dan pasar terbuka dengan tema yang berbeza, yang semuanya menawarkan pengalaman yang memuaskan untuk pelawat-pelawat.

Promosi kami juga selaras dengan pelan pembangunan kerajaan untuk Sham Shui Po, mewujudkan sinergi dengan pembangunan masa depan daerah.


Bagi membantu pelawat-pelawat menghargai Sham Shui Po dengan lebih baik, HKTB telah menjemput beberapa penduduk tempatan untuk mencadangkan laluan berjalan kaki bagi memperkenalkan sejarah, trend kreatif, makanan autentik dan tempat pemburuan khazanah Sham Shui Po.

Laluan-laluan ini telah dimuat naik ke laman sesawang khusus Sham Shui Po di laman sesawang HKTB, dilengkapi dengan navigasi video dan fungsi mencari laluan di Google Map.

Pelawat-pelawat di kawasan ini boleh mengakses laman sesawang HKTB dengan mengimbas kod QR yang dipasang pada papan tanda pengunjung oleh HKTB melalui telefon bimbit mereka, atau dengan menggunakan aplikasi mudah alih HKTB "My Hong Kong Guide".


Bagi menonjolkan ciri-ciri unik daerah, HKTB telah menyediakan pelbagai jenis hiasan di pelbagai tempat di Sham Shui Po. Kebanyakan hiasan mempunyai kod QR yang membawa pelawat-pelawat ke laman sesawang HKTB untuk maklumat lanjut. Hiasan bertema diletakkan di sepanjang laluan, di mana pelawatpelawat dapat melihatnya sebaik sahaja mereka tiba di stesen MTR Sham Shui Po, dan berjalan-jalan di jalan-jalan ikonik yang berbeza dan di tempat yang menarik. 

Untuk promosi global, HKTB telah melancarkan siri mikro-filem bernama Treasures of the Heart, yang diarahkan oleh pengarah yang semakin meningkat naik, Steve Chan di platform media digital dan sosialnya.


Ditulis oleh penulis skrip terkenal, Candace Chong, siri ini menceritakan empat kisah pilu untuk memburu harta karun di Sham Shui Po, yang sepenuhnya mendedahkan ciri-ciri dan hospitaliti yang terdapat di daerah ini. Menyasarkan pasaran etnik Cina, HKTB telah menjemput kolumnis perjalanan dan makanan tempatan terkenal, Michelle Loo untuk menyiarkan program TV mengenai Sham Shui Po. Ia kini disiarkan di sistem hiburan syarikat penerbangan Cathay Pacific.

Lawati laman sesawang Hong Kong Tourism Board (HKTB) untuk maklumat lanjut http://www.discoverhongkong.com/seasia/index.jsp

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3