WATSONS BEAUTOPIA 2026 KEMBALI SEBAGAI ACARA KESIHATAN & KECANTIKAN TERBESAR MALAYSIA


Watsons Malaysia dengan bangganya mempersembahkan kemunculan semula Watsons Beautopia 2026, festival kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan paling besar serta paling imersif setakat ini. Berlangsung dari 23 hingga 26 Julai 2026 di Pavilion Exhibition Centre, Bukit Jalil (Aras 5, Zon Merah Jambu), Beautopia 2026 menghimpunkan jenama-jenama terkemuka dunia dalam bidang kecantikan, kesihatan dan penjagaan diri, menjadikannya destinasi utama rakyat Malaysia untuk meneroka, merasai dan meraikan dunia kecantikan.


Tahun ini, Beautopia lebih istimewa kerana Watsons meraikan ulang tahun ke-185 sebagai peneraju gaya hidup sihat dan ceria di seluruh dunia. Selama hampir dua abad, Watsons kekal di barisan hadapan runcit kesihatan dan kecantikan, sentiasa berkembang dengan inovasi terkini, produk dipercayai serta pengalaman bermakna untuk pelanggan. Beautopia 2026 menjadi simbol pencapaian luar biasa ini, mencerminkan komitmen berterusan Watsons dalam memperkasa pelanggan untuk Look Good, Do Good, Feel Great.

Sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1 di Malaysia, Watsons terus mentakrifkan semula pengalaman membeli-belah dengan melangkaui transaksi runcit, mencipta pengalaman yang interaktif, menyeronokkan dan penuh ganjaran. Tahun ini, bersempena ulang tahun ASW 185, Beautopia menghimpunkan lebih 185 jenama dari seluruh dunia – termasuk K-Beauty, J-Beauty, C-Beauty, jenama antarabangsa popular serta jenama M-Beauty kegemaran tempatan – semuanya di bawah satu bumbung. Ia memberi peluang unik kepada pengunjung untuk meneroka produk dan solusi terkini dari seluruh dunia sebelum orang lain. Pelanggan boleh merasai formulasi canggih, ramuan inovatif serta teknologi kecantikan dan kesejahteraan generasi baharu di satu destinasi eksklusif.


“Watsons Beautopia diwujudkan untuk menghimpunkan seluruh dunia kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan di bawah satu bumbung. Di sinilah jenama, pakar kecantikan, pencipta kandungan dan pengguna berkumpul untuk meneroka inovasi terkini, bertukar idea dan meraikan kecantikan dalam pelbagai bentuk. Sempena ulang tahun ke-185 Watsons dalam inovasi dan komitmen terhadap pelanggan, Beautopia mencerminkan semangat kami dalam mencipta pengalaman bermakna yang memberi inspirasi kepada keyakinan diri dan kesejahteraan untuk semua,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Serantau Kesihatan & Kecantikan Asia, AS Watson dan Pengarah Eksklusif Serantau, Watsons International.

Pengunjung boleh meneroka dunia kecantikan dan kesejahteraan merentasi pelbagai kategori termasuk penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan rambut, wangian, penjagaan diri, penjagaan mulut, kesihatan dan pemakanan. Sama ada mencari produk kecantikan viral, ramuan penjagaan kulit terkini, teknologi kecantikan maju atau keperluan kesejahteraan harian, Beautopia menawarkan sesuatu untuk setiap pencinta kecantikan.


Lebih daripada sekadar membeli-belah, Beautopia menawarkan pengalaman festival interaktif dengan pelbagai aktiviti menarik seperti aktivasi jenama, pelancaran produk eksklusif, demonstrasi secara langsung, analisis kulit dan kulit kepala secara peribadi, konsultasi pakar, sesi percubaan produk serta tawaran Happy Hour mengejut sepanjang empat hari acara. Selain itu, pengunjung juga berpeluang memperoleh ilmu bermanfaat melalui siri Bengkel Kesihatan & Kecantikan yang dikendalikan oleh pakar kecantikan terkenal, profesional industri dan pempengaruh, memberi inspirasi kepada pengguna untuk membuat pilihan kesihatan dan kecantikan yang lebih bijak.

Ahli Watsons Club akan menikmati lebih banyak ganjaran di Beautopia 2026. Ahli yang berbelanja RM100 ke atas akan menerima hadiah istimewa. Selain itu, ahli juga boleh menikmati promosi eksklusif, ganjaran khas dan tawaran penebusan yang hanya tersedia di Beautopia 2026, menjadikan setiap pembelian lebih berbaloi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Beautopia 2026, pengalaman kecantikan terbesar Malaysia tahun ini.

Comments

Popular posts from this blog

MARC JACOBS LANCAR HARUMAN BARU - DAISY LOVE

ORGANON, DKSH DAN BIG CARING GROUP JALIN KERJASAMA PERKUKUH AKSES PENJAGAAN KESIHATAN DI MALAYSIA