VIU ORIGINAL CINTA DALAM SEKAM RAIH KEDUDUKAN DRAMA NO.1 DI VIU MALAYSIA HANYA DALAM MINGGU PERTAMA

Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka milik PCCW, hari ini mengumumkan bahawa Viu Original Cinta Dalam Sekam berjaya menduduki kedudukan No.1 di Viu Malaysia hanya dalam tempoh seminggu sejak tayangan perdananya. Pencapaian tersebut sekaligus membuktikan sambutan luar biasa penonton terhadap naskhah arahan Feroz Kader yang mengangkat kisah cinta, pengorbanan dan rahsia silam berlatarbelakangkan era 1980-an.

Fenomena drama ini turut diterjemahkan menerusi prestasi digital yang memberangsangkan apabila #CintaDalamSekam mencatatkan lebih 21 juta tontonan di platform media sosial, hasil perkongsian klip-klip drama, perbualan aktif dalam kalangan pengguna media sosial serta sokongan berterusan daripada para penonton. (Sumber: Meta & TikTok).

Pada masa yang sama, lagu runut bunyi (OST) rasmi Sang Penikam nyanyian Noh Salleh dan Aina Abdul terus mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya menduduki kedudukan No.1 di iTunes Malaysia, selain berada di kedudukan No.6 YouTube Trending.

Fenomena di Media Sosial: Penonton Puji Jalan Cerita, Lakonan dan Sinematografi

Sambutan luar biasa terhadap Cinta Dalam Sekam turut terserlah menerusi perbualan organik di Threads apabila ramai penonton memuji jalan cerita, sinematografi, mutu lakonan serta emosi dalam drama ini. Pengguna @dayangam menyifatkannya sebagai drama "top-notch" walaupun baru memasuki episod kedua, sambil memuji lakonan Siti Khadijah Halim, Amir Ahnaf, Haidar Hasanudin, chemistry barisan pelakon serta impak lagu Sang Penikam dalam menguatkan emosi setiap babak.

Sebelum tayangan bermula, @prefermiaaa turut meluahkan keyakinan terhadap drama ini dengan memuji latar era 1988, kualiti produksi dan pemilihan pelakon utama. Sentimen sama dikongsi @pengipur_laraaa, yang menyifatkan jalan ceritanya dekat dengan realiti kehidupan, manakala @lynn.teamdrama_cinta memuji sinematografi, suasana retro 80-an serta lakonan mantap Siti Khadijah Halim dan Haidar Hasanudin. Seorang lagi pengguna, @prefermiaaa, turut memuji ekspresi wajah dan permainan emosi Haidar Hasanudin yang disifatkan begitu semula jadi dan menyentuh hati.

Reaksi positif turut diteruskan apabila @emanemot menyifatkan watak Abang Sudin, lakonan Riz Amin sebagai antara karakter paling berkesan dalam drama ini, selain berkongsi rasa simpati terhadap perjalanan emosi watak Shafiq lakonan Haidar Hasanudin dan menyamakan bahagian ad-lib dalam Sang Penikam seperti "sebilah pedang yang menikam terus hati Shafiq". Sementara itu, @kdlnldk memuji gabungan skrip, sinematografi, lakonan dan OST yang mengangkat standard drama tempatan, manakala @budin menyifatkan drama ini memperlihatkan kekuatan lakonan menerusi ekspresi dan emosi tanpa terlalu bergantung kepada dialog.

Turut berkongsi reaksi ialah @zattyfateha, yang tidak sabar menantikan episod seterusnya sambil memuji suara Amir Ahnaf, manakala @kaifiq276 mengakui dirinya menangis ketika menyaksikan episod ketiga dan mengajak orang ramai menonton sendiri Cinta Dalam Sekam di Viu untuk merasai pengalaman emosi yang dibawakan drama tersebut.

"Sang Penikam" Lengkapi Emosi Cinta Dalam Sekam

Mengulas mengenai sambutan luar biasa yang diterima Sang Penikam, Noh Salleh meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan emosi Viu Original Cinta Dalam Sekam, selain menyifatkan kolaborasi ini sebagai platform terbaik untuk memperkenalkan lagu tersebut kepada khalayak.

"Saya amat menghargai peluang untuk menghiasi Cinta Dalam Sekam menerusi lagu Sang Penikam nyanyian bersama Aina Abdul. Bagi saya, tiada platform yang lebih sesuai untuk memperkenalkan lagu ini selain sebuah drama bersiri yang mempunyai jalan cerita dan emosi yang begitu kuat. Saya berharap lagu ini dapat memberi dimensi yang lebih mendalam kepada perjalanan cerita serta menyentuh hati para penonton," kata Noh Salleh ketika membuat persembahan eksklusif "Sang Penikam" pada majlis pelancaran Viu Original "Cinta Dalam Sekam".

Saksikan Cinta Dalam Sekam yang diterajui barisan pelakon popular seperti Siti Khadijah Halim (From Saga With Love), Amir Ahnaf (Pabila Dia Tersenyum), Haidar Hasanudin (Lambaian Huda), Riz Amin,Husna Mustaffa dan ramai lagi.

Muat turun aplikasi Viu melalui App Store, Google Play, Huawei AppGallery, atau di TV pintar terpilih. Penonton juga boleh melayari www.viu.com untuk pengalaman penstriman yang lebih lancar. Ikuti perkembangan terbaharu Viu di platform media sosial rasmi: Facebook, Instagram, YouTube, X, dan TikTok.

Comments

Popular posts from this blog

MARC JACOBS LANCAR HARUMAN BARU - DAISY LOVE

ORGANON, DKSH DAN BIG CARING GROUP JALIN KERJASAMA PERKUKUH AKSES PENJAGAAN KESIHATAN DI MALAYSIA