KEKALKAN WARNA MALAYSIA DENGAN JOTUN
Jotun hari ini mengumumkan kerjasama bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha memulihara warna-warna bangunan dan laluan-laluan yang telah memudar di Kuala Lumpur, bersempena pelancaran cat Jotashield AntiFade Colours baharu dan ditambah baik.
Kerjasama dengan DBKL akan menyaksikan beberapa laluan-laluan dan bangunan di Kuala Lumpur dicat menggunakan Jotashield AntiFade Colours di dalam usaha bersama bagi melindungi dan meningkatkan penampilan lokasi-lokasi menarik ini.
Inisiatif untuk memperindahkan jalan-jalan di Kuala Lumpur akan berlangsung secara berterusan antara Jotun dan DBKL dan merupakan kali pertama mereka berkerjasama.
Selama lebih 25 tahun, Jotun telah menjadi jenama pilihan bagi arkitek dan pereka yang mencari cat yang memberikan prestasi warna hebat dan mampu bertahan di bawah cuaca yang paling teruk. Cat Jotashield AntiFade Colours serba baharu kini memberikan prestasi warna hebat dengan perlindungan UV yang mampu bertahan 50% lebih lama berbanding sebelum ini dan dua kali ganda lebih tahan lama berbanding sebarang cat lain. Ia juga direka untuk bertahan sehingga 8 tahun.
Mengecat semula laluan dan bangunan paling ikonik Kuala Lumpur dengan Jotashield AntiFade Colours memastikan prestasi warna bertahan lama bagi memastikan bangunan tersebut kekal cantik dan menarik.
Berucap pada majlis pengumuman kempen #KeepMYColours dan pelancaran cat baharu dan ditambah baik Jotashield AntiFade Colours, Eric Mallace, Pengarah Urusan Jotun Malaysia berkata “Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan budaya dan warisan, dan Jotun mahu menjadi sebahagian daripada yang mengekalkan warna-warna tersebut daripada memudar. Ia bertepatan dengan matlamat kami untuk menjalankan kempen #KeepMYColours menerusi kolaborasi penting dengan organisasi seperti DBKL yang memfokus kepada pemuliharaan budaya dan warisan Malaysia menerusi penambahbaikan dan pengindahan Kuala Lumpur.’’
“Jotashield diperkenalkan di Asia Tenggara lebih daripada 25 tahun lalu, dan telah meraih reputasi teguh sebagai produk yang bagus dan berkualiti bertahun-tahun lamanya. Pada 2012, Jotashield AntiFade Colours dilancarkan semula dengan matlamat tunggal untuk memberikan prestasi warna luar biasa, dan ia telah terbukti sebagai kejayaan besar dengan lebih 50 juta liter terjual di seluruh rantau ini, menjadikannya cat paling laris oleh Jotun sehingga ini.’’ katanya.
Bersama dengan kempen ini, DBKL kini melaksanakan projek baharu bersama Think City untuk membaik pulih laluan di Kuala Lumpur dan membina persekitaran kehidupan berdaya tahan bagi penduduk tempatan. Dikenali dengan pilihan luas gerai-gerai peniaga dan juadah tempatan yang lazat, Lorong Yap Ah Loy menjadi laluan pertama untuk diberi wajah baharu di dalam usaha bersama ini.
Proses yang pertamanya termasuk mengadakan “pop-up” percubaan bagi menilai minat komuniti setempat, kemudian disusuli dengan kajian semula bagi mengumpul maklum balas komuniti dan akhirnya, peringkat pelaksanaan bagi mengubah wajah keseluruhan laluan itu akan bermula Oktober 2018.
“Kami teruja apabila dihubungi Jotun yang mahu menjadi sebahagian daripada kempen menarik ini. Sekian lama, tugas kami ialah untuk mengekalkan warisan Malaysia dan pada masa sama, meningkatkan keindahannya. Maka itu, kami sentiasa menghargai sebarang bentuk sokongan sama ada daripada komuniti setempat atau syarikat multi-nasional. Ia sememangnya penghormatan besar untuk Jotun turut serta di dalam projek yang penting dan bermakna ini,’’ kata Tuan Hj. Nurazizi Bin Mokhtar Pengarah Jabatan Perancangan Bandar, DBKL.
Laluan-laluan yang terpilih akan menjadi antara yang pertama di KL akan dicat menggunakan Jotun’s Exterior Trends 2018 baharu yang telah dibangunkan menerusi nasihat pakar-pakar dan profesional industri, diketuai oleh Pengurus Warna Global Jotun, Lisbeth Larsen.
Ciri keluasan dan serba guna Jotashield AntiFade Colours membolehkan penciptaan gaya estetika yang tiada had, dan formulanya yang dipertingkatkan menjamin kesempurnaan cat yang tahan lama.
Dilengkapi dengan inspirasi daripada Jotun’s Exterior Trends 2018 dan ketahanan yang terbukti pada Jotashield AntiFade Colours baharu ini, sesiapa boleh mencipta hasil luaran yang indah, dan pastinya bertahun-tahun kemudiannya, ia kekal kelihatan sama indah seperti hari ia dicat – baik hujan atau terik mentari.
Untuk maklumat tambahan mengenai Jotashield AntiFade Colours, lawat laman Facebook https://www.facebook.com/jotunmalaysia dan laman Instagram https://www.instagram.com/jotunmalaysia
Comments
Post a Comment