HARI PERKAHWINAN YANG TERINDAH DI RESORTS WORLD GENTING



Hari yang paling penting dalam hidup sesuatu pasangan adalah hari perkahwinan mereka. Ia haruslah indah-indah belaka, sarat dengan detik romantik dan bahagia.

Resorts World Genting menawarkan pelbagai pakej pengantin yang membolehkan anda mengecapi kebahagian hari perkahwinan anda. .

Dari lokasi yang indah untuk fotografi pengantin seperti Chin Swee Caves Temple Sky Terrace, Genting SkyAvenue Wonderwall, English Garden, Awana Golf Driving Range sehingga ke menu yang boleh diubahsuai mengikut selera anda dan khidmat wedding planner yang cekap, majlis perkahwinan di pergunungan memang tiada tolok bandingnya. Pakej perkahwinan Resorts World Genting adalah ditawarkan mengikut harga yang berbeza mengikut kehendak pengantin.



Terdapat tiga pakej perkahwinan Cina. Silver (RM1,688 nett satu meja), Gold (RM2,188 nett satu meja) dan Diamond (RM2,588 nett satu meja).

Pakej perkahwinan Melayu dan India pula menampilkan Set Dome (RM1,688 nett satu meja) atau Bufet (RM2,188 nett satu meja) dengan Jain Vegetarian Set untuk pakej perkahwinan India (RM2,188 nett per table).

Pasangan yang inginkan kelainan juga boleh memilih pakej perkahwinan Barat (Western) yang menawarkan hidangan ala Bufet (RM2,588 nett per table) yang lengkap dengan carving station dan sebagainya.



Semua pakej adalah termasuk penggunaan lokasi, penyediaan/ set up, kemudahan, makan minum dan penginapan untuk pasangan mempelai, dengan sedikit variasi bergantung kepada pakej yang diambil dan tempahan minima 20 meja.

Lokasi majlis yang terpilih adalah Grand Ballroom of Genting International Convention Centre – dewan tanpa tiang yang terbesar di Malaysia yang mampu menampung sehingga 1,800 tetamu ala-bankuet.



Dewan yang versatil ini boleh disusun mengikut kehendak pengantin, sama ada untuk bankuet Cina, majlis kenduri Melayu atau majlis rasmi black-tie. Pada hari majlis, dewan akan dihiasi dengan permaidani merah, susunan bunga untuk meja tetamu VIP, projektor LCD, sistem PA dan sebagainya.

Ruang menyambut tetamu akan menawarkan minuman jus sejuk dan kudapan [kecuali pakej Silver dan Set Dome], dan juga hadiah kotak kek mini untuk semua tetamu.



Ruang untuk istiadat atau upacara juga disediakan termasuk bilik VIP. Contohnya, majlis minum teh Cina, adat berinai bagi pasangan Melayu dan isitiadat Nalangu India



Untuk set hidangan Cina, Four Seasons Combination Platters akan memulakan bankuet 9 hidangan, dengan variasi hidangan pergantung kepada pakej Silver, Gold atau Diamond..


Menu untuk majlis perkahwinan Melayu pula menawarkan masakan tradisional yang popular seperti Ayam Masak Madu, Daging Masak Hitam, Udang Sambal Petai dan Sup Kambing, dihidangkan dengan nasi hujan panas atau nasi minyak – yang menjadi hidangan ruji disetiap kenduri kahwin.

Untuk menu India pula, pelbagai masakan tradisi akan disajikan termasuk aneka kari, daging panggang, salad, roti dan banyak lagi.


Bagi yang memilih menu Western (ala-bufet), tetamu akan disajikan dengan aneka hidangan antarabangsa seperti Japanese Potato Salad, Tomato Panzanella, Roasted Fillet of Tenderloin, French Macaron dan sebagainya.

Selepas majlis bankuet, pasangan pengantin boleh mengecapi malam pertama di bilik pengantin yang disediakan di First World Hotel.


World Club Room akan dilengkapi bakul buah, sebotol minuman sparkling dan chocolate pralines, dan juga sejambak bunga – sebagai tanda tahniah dari pihak  Resorts World Genting untuk pasangan yang baru mendirikan rumahtangga.

Untuk tempahan pakej perkahwinan Resorts World Genting, sila hubungi talian +603 23016686 atau hantarkan emel kepada meetings-events@rwgenting.com.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!