BOOST &11STREET JALIN KERJASAMA DALAM KHIDMAT EDOMPET



Demi memudahkan pelanggan berbelanja sakan dan membuat pembayaran dalam talian (online), pasaran dalam talian terkemuka di Malaysia, 11street (www.11street.my) kini mengorak langkah menembusi pasaran pembayaran tanpa tunai menerusi jalinan kerjasama dengan Boost.

Jalinan kerjasama ini merupakan yang pertama seumpamanya dalam perkhidmatan eDompet yang membolehkan pelanggan membayar menerusi laman web atau mobil dengan lebih mudah dan selamat melalui kod QR dan kemasukan nombor PIN pada platform eDagang.

Boost merupakan sebuah aplikasi eDompet terkemuka dengan bilangan ahli melebihi 3 juta orang. Kini, Boost memiliki sejumlah rakan niaga dalam talian dan ‘offline’ di lebih 40,000 lokasi yang mudah diakses.

Boost berhasrat untuk mengubah dan mendorong kaedah pembayaran yang lebih mudah dan pantas tanpa wang tunai atau kad di kalangan pengguna. Sebagai pengganti virtual bagi pembayaran tunai menerusi dompet sebenar, Boost direka khas untuk memudahkan proses pembayaran atas talian di platform 11street.

Lebih mudah, pantas dan ringkas! Aplikasi Boost memudahkan pembayaran dibuat tanpa keperluan untuk memasukkan butiran penghantaran dan bayaran secara manual bagi setiap pembelian.

Bagi pelanggan, pengalaman membeli-belah dalam talian anda kini lebih menyeluruh, menarik dan penuh dengan ganjaran! Tidak perlu lagi tercari-cari gabungan kad kesetiaan pelanggan dan kaedah pembayaran terbaik di platform online. Pelanggan juga berpeluang untuk menikmati ganjaran selepas setiap pembayaran.

Bagi mengukuhkan jalinan kerjasama ini, Boost dan 11street kini menyepadukan storefront 11street dengan aplikasi Boost. Hanya dengan satu klik pada menu ‘Online shopping’ dalam aplikasi Boost, pengguna Boost kini boleh terus mengakses portal 11street. Pelanggan akan dibawa ke platform 11street bagi memudahkan pembelian dan pembayaran melalui eDompet Boost.

Penyepaduan kedua-dua platform ini sekali gus memudahkan pengguna menikmati pengalaman berbelanja sakan atas talian dengan lancar tanpa mengakses pelbagai aplikasi berbeza.

Langkah bijak ini diharapkan dapat memacu pembangunan ekosistem digital yang lebih menyeluruh.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Christopher Tiffin berkata: “Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memacu pembangunan Malaysia sebagai negara penggiat utama teknologi digital, kerjasama strategik antara Boost dan 11street ini diharapkan dapat menawarkan pelanggan kami satu pengalaman membeli-belah yang lebih baik. Menerusi jalinan kerjasama ini, ahli Boost dan 11street boleh membeli-belah dengan mudah dan pantas tanpa perlu mengakses pelbagai aplikasi berbeza. Hanya dengan satu aplikasi Boost, pelanggan boleh melayari storefront 11street untuk berbelanja dan mengakhiri pembayaran menerusi eDompet Boost. Mudah dan ringkas! Dengan kerjasama 11street, kami berhasrat untuk terus membangunkan rangkaian eDompet dan pengalaman berbelanja di talian yang lebih menarik dan efisien.”

Sementara itu, CEO 11street, CHEONG Chia Chou berkata: “11street amat berbesar hati dengan kerjasama bersama Boost untuk menjadi salah satu pasaran dalam talian pertama di Malaysia yang menyatukan kedua-dua aplikasi mobil dan web untuk pembayaran menerusi perkhidmatan eDompet dengan kod QR dan kemasukan nombor PIN. Kami juga amat teruja melihat storefront 11street dalam aplikasi Boost. Ini juga membolehkan kami berinteraksi dengan rangkaian pelanggan baharu selain menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan sedia ada."

Bagi meraikan kerjasama ini, Boost dan 11street akan menawarkan satu lagi berita baik – ‘Boosted Daily Deals’ untuk sejumlah barangan eksklusif mulai 28 September ini.

Antara tawaran menarik ini termasuk televisyen pintar LED, telefon mudah alih, pembesar suara, pengecas mudah alih dan banyak lagi. Barangan harian yang ditawarkan ini akan diperbaharui setiap hari.

Justeru itu, pelanggan berpeluang menikmati barangan eksklusif dan baharu dengan penjimatan dan potongan harga terbaik! Setiap kali promosi ‘Boosted Daily Deals’ ini dikemas kini, setiap pelanggan hanya dibenarkan membuat satu (1) pembelian.

Bagi memulakan pembelian, pelanggan wajib menjadi ahli Boost dan 11street. Lebih menariknya, pelanggan juga boleh memuat turun kupon penghantaran percuma pada setiap bulan.


Kupon-kupon ini juga akan ditawarkan untuk pembelian bernilai RM30 ke atas. Semua barangan ‘Boosted Daily Deals’ hanya boleh diperoleh daripada storefront 11street melalui aplikasi Boost. Sementara stok masih ada. Selain itu, Boost dan 11street juga bekerjasama untuk melancarkan satu Kempen ‘Win A Car’.

Menerusi kempen ini, pelanggan berpeluang untuk membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM86,000 termasuk konsol permainan, telefon mudah alih dan hadiah utama berupa sebuah kereta Myvi baharu!

Bermula 28 September hingga 30 November ini, pelanggan yang berbelanja di laman web, aplikasi mobil, web mobil atau storefront11street dalam aplikasi Boost dan membuat pembayaran menerusi eDompet Boost layak menyertai peraduan untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

Bagi setiap pembelian pertama yang melebihi RM40 dan dibayar menerusi aplikasi eDompet Boost layak untuk satu (1) penyertaan. Perbelanjaan melebihi RM40 seterusnya menerusi aplikasi eDompet Boost layak untuk tiga (3) penyertaan tambahan. Semakin banyak yang dibelanja, semakin besar ganjarannya!

“Kami sentiasa berusaha untuk berubah seiring dengan perkembangan teknologi digital dunia bagi mempertingkatkan dan memperbaiki kualiti pengalaman membeli-belah dalam talian demi pelanggan kami selain menawarkan tawaran produk dan harga yang lebih menarik. Menerusi kerjasama dengan Boost, kami berharap pelanggan dapat berbelanja dengan gembira. Paling penting, kami berharap mereka juga berpeluang memperoleh ganjaran dan memenangi hadiah menarik sambil berbelanja sakan. Kereta sebagai hadiah utama hanya salah satu kejutan menarik yang telah kami sediakan untuk pengguna 11street dan Boost. Jangan lupa untuk terus melayari laman kami untuk mengetahui berita baik seterusnya,” kata CHEONG.


Mulakan pembelian anda di 11street hari ini dan gunakan Boost untuk membuat pembayaran. Anda mungkin berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Aplikasi 11street dan aplikasi Boost kini boleh dimuat turun daripada Google Play atau App Store.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO