LAZADA PERKENAL CIRI CARIAN IMEJ AI PERTAMA DI MALAYSIA



Menjelang Shopathon Lazada yang bakal berlangsung pada tengah malam 27 September 2018, Lazada Malaysia memperkenalkan ciri yang terkini menerusi aplikasinya, iaitu Carian Imej (Image Search).

Tambahan baharu ini menggunakan Artificial Intelligence untuk membolehkan pembeli-belah mengambil gambar sesuatu item yang diingini mereka dan Lazada akan mencadangkan item-item serupa yang terdapat di platformnya.

Christophe Lejeune, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata, “Penggunaan telefon pintar kini memperoleh momentum yang kukuh, dengan hampir 69.5% daripada belian dalam talian oleh pengguna telefon pintar dilakukan melalui aplikasi mudah alih . Dengan lebih 8 juta muat turun terhadap aplikasi Lazada, beli-belah dalam talian kini memainkan peranan yang lebih besar dalam kehidupan harian para pengguna. Justeru, kami sentiasa berinovasi sejajar dengan amalan pembelian semasa untuk menambah baik pengalaman beli-belah dalam talian para pelanggan kami.”

Bagaimana Carian Imej Berfungsi
Tekan ikon kamera yang berlabelkan “Scan” pada sebelah kiri atas sekali di halaman utama aplikasi. Anda hanya perlu mengambil gambar atau memilih gambar daripada galeri anda. Begitu mudah prosesnya!

Kini anda boleh mendapatkan semua yang anda inginkan, di mana sahaja anda melihatnya dengan harga dan pilihan yang lebih baik! Fungsi yang sama juga boleh digunakan untuk mengimbas kod QR, yang akan membawa anda secara terus ke suatu promosi, produk atau halaman penjual di aplikasi Lazada. Pelanggan boleh mendapatkan kod QR Lazada di jenama dan stor luar talian peniaga terpilih.

Orak langkah anda untuk meraih tawaran hebat!
Nikmati tawaran, promosi dan baucar yang mengagumkan apabila anda membeli-belah ketika berlangsungnya Lazada Shoptahon pada 27 September 2018.

• “Slash It” Kurangkan harga produk yang dipaparkan hingga serendah RM0.10!
Nikmati harga yang menakjubkan pada barangan dari kategori seperti DIY, Activiti Luar, Kesihatan & Kecantikan, Beg dan Kembara dan banyak lagi. Anda hanya perlu menekan butang “Slash It” bersebelahan dengan item yang anda mahu untuk memulakan sesi pengurangan harga. Kemudian, tekan “Invite Your Friends To Slash”, dan “Get it” apabila jumlah pengurangan yang dikehendaki telah berjaya dicapai.

• Jualan Hebat Gila yang Menakjubkan
Alami tawaran gila hanya untuk RM1 yang berlaku sebanyak 6 kali ketika berlangsungnya Shopathon pada 27 September, iaitu pada jam 9 pagi, 12 tengahari, 3 petang, 6 petang, 9 malam and tengah malam! Periksa produk yang ditawarkan pada slot masa yang akan datang dan tekan butang “Remind Me” agar anda memperoleh notifikasi sebaik sahaja jualan bermula!

 • Baucar Kolektibel Bernilai Sehingga 2 Juta Ringgit! 
Cari baucar kolektibel pada halaman utama Shopathon 27.9 dan tekan untuk mengutip baucar anda! Rebut baucar-baucar ini, yang tersedia sejak 24 September dan hari-hari seterusnya sebelum habisan agar anda dapat menggunakannya pada hari Shopathon.

Baucar Kolektibel membolehkan anda menikmati diskaun tanpa mengingati kod-kod dan diskaun ini adalah terpakai secara automatik ketika pembayaran dibuat*.

Hanya kunjungi Dompet Lazada anda untuk melihat semua baucar terkumpul anda.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.lazada.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA