FILEM SERAM ROMANTIS - LANGSUIR CECAH KUTIPAN RM1 JUTA



Filem terbaharu terbitan Guam Teamwork dan Nuansa arahan Osman Ali berjudul Langsuir meneruskan prestasi cemerlang kutipan filem tempatan apabila berjaya mencapai kutipan RM1 juta selepas empat hari ditayangkan di pawagam sejak 20 September yang lalu.


Jumlah kutipan tersebut turut mengambil kira kutipan pada sesi tayangan awal yang telah diadakan di lapan lokasi terpilih sekitar Malaysia termasuk di The Cathay, Singapura.

Filem berdurasi 98 minit itu menampilkan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha sebagai teraju utama di dalam filem buat pertama kali di samping bintang-bintang baharu seperti Firdaus Nadzaman, Julia Farhana, Halim Radzi, Shahkimin, Nazri John, Daaim Jailani, dan Naza Manas.


Selain memegang watak antagonis, Firdaus Nadxaman juga merupakan Penerbit Eksekutif Guam Teamwork di samping Yus Yusop Penerbit daripada Nuansa dan Naza Manas yang mengedarkan filem ini melalui syarikatnya, Early Bird Productions.


Filem Langsuir memaparkan kisah percintaan terhalang antara Azlan dan Suri kerana latarbelakang mereka yang berbeza. Kakak Suri nekad mahu membalas dendam dan menghancurkan rakan-rakan Azlan apabila menyedari Suri bertukar menjadi manusia setelah paku tajam ditikam ke kepalanya.

Kunjungi pawagam berdekatan bagi mngetahui kesudahan kisah cinta seram yang sedang rancak ditayangkan di lebih 100 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura.


Sebelum ditayangkan secara umum, filem Langsuir telah mengadakan siri jelajah bertemu peminat-peminat di GSC Amanjaya, Sg. Petani dan GSC Aman Sentral, Alor Setar pada 8 September, GSC Ipoh Parade pada 9 September, LFS Kuala Terengganu dan GSC East Coast Mall, Kuantan pada 15 September, di The Cathay, Singapore dan GSC Paradigm Mall, Johor Bahru pada 16 September dan di GSC Aeon Bandaraya Melaka serta TGV One Utama pada 17 September.

Peminat-peminat yang menghadiri sesi jelajah filem Langsuir tersebut telah berpeluang menjadi penonton awal filem Langsuir bersama barisan pelakon filem ini.


Filem Langsuir akan menyambung tayangan minggu kedua di lebih 100 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai filem Langsuir di akaun Instagram @filemlangsuir.

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI