MARK. - MEKAP TERBARU AVON UNTUK GAYA BERIMPAK TINGGI



Dalam karya seni, sebuah kanvas kosong memberi ruang untuk kreativiti dan ekspresi diri melalui pelbagai rona, bentuk dan tekstur. Dalam mekap. wajahmu ialah kanvas.

Oleh itu, Avon melancarkan jenama mekap global terbaru, Mark. yang memberi kuasa seni kepada pengguna dan memberi ilham kepada pencinta mekap tegar untuk mencipta karya mereka yang tersendiri.

“Mark. melambangkan trend kecantikan golongan milenial yong ekspresif, dan ini menepati aspirasi syarikat untuk menjadi jenama kecantikan menjadi pilihan golongan muda, terutamanya penggemar mekap," kata Onur Erdinc, Pengurus Besar Avon Malaysia.

Mark. menginspirosi wanita untuk meraikan identiti diri dengan mekap terkini, rona trendi, tekstur yang inovatif dan peralatan solek yang tepat.

Mark. mempunyai segala yang penggemar mekap perlukan untuk mengekspresi dirinya, dari pilihan gincu yang mengubah warna serta-merta, hinggalah ke semburan wajah yang menyempurna mekap.

Rangkaian kosmetik Mark. menawarkan 18 konsep baru: warna bibir berkemasan 'matte', gincu berpigmen tinggi yang berkrim, gincu pengubah warna asas, 4 penggaris mata dan kening berinovatif, 3 maskara, bedak kontur dan 'highlight', pemerah pipi, cecair asas, bedak padat, palet pembayang mata yang boleh dipakai kering atau lembap, primer serta semburan penyempurna mekap.

Pelancaran Mark. turut memperkenalkan jurusolek profesional Avon, Steven Sunny, seorang jurusolek selebriti terkemuka Malaysia.


"Identiti Mark. sememangnya menepati perspektif profesional dan peribadi saya tentang mekap dan seni. Saya amat teruja untuk mencipta dan berkongsi karya feragung Mark. bersama semua," ujar Steven.

Olahkan apresiasi seni menjadi inspirasi kejelitaan dengan Mark. yang telah berada di pasaran mulai I September 2018.








Untuk mendapatkannya, hubungi Wakil Avon anda atau lawati mana-mana Butik Kecantikan AVON seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) dan layari shop.avon.my atau meetmark.com.my

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM