NOVO NORDISK LANCAR RAWATAN DIABETES INOVATIF RYZODEG



 Novo Nordisk, peneraju global dalam penjagaan diabetes hari ini mengumumkan pelancaran Ryzodeg® di Malaysia, rawatan insulin kombinasi yang dihasilkan daripada nisbah 70:30 dua jenis insulin berbeza – insulin degludec dan insulin aspart yang membantu mengekalkan kawalan paras glukosa yang stabil.

Diabetes adalah masalah kesihatan yang serius di Malaysia. Dengan hampir satu daripada lima rakyat Malaysia menghidap diabetes1 pada hari ini, prevalens seluruh negara bagi diabetes jenis 2 secara khususnya telah meningkat kepada lebih daripada 20 peratus di kalangan orang dewasa yang berusia 30 tahun ke atas, melibatkan 2.8 juta individu.

Selain prevalens, pengurusan diabetes turut menghadapi cabaran-cabaran tertentu. Dr. Zanariah Hussein, Pakar Runding Endokrinologi di Hospital Putrajaya berkata bahawa “kira-kira hanya 20 peratus daripada pesakit-pesakit diabetes di Malaysia yang menerima rawatan dalam penjagaan primer berupaya mengawal paras glukosa dalam darah mereka.

Ini membimbangkan kerana paras glukosa dalam darah yang tidak terkawal boleh menyebabkan pelbagai komplikasi yang serius seperti peningkatan risiko bagi penyakit-penyakit kardiovaskular, kerosakan pada saraf, kegagalan buah pinggang serta komplikasi-komplikasi pada mata dan kaki.

Malah, kematian berkaitan diabetes di Malaysia menyumbang kepada 3.09 peratus (4,628) daripada jumlah kematian di seluruh negara pada tahun 20175. Para penghidap diabetes menghadapi pelbagai cabaran dalam menguruskan komitmen harian mereka serta bermacam-macam jenis kerumitan yang berkaitan dengan rawatan diabetes. Ini ternyata menjadi cabaran besar dari segi kepatuhan kepada regimen rawatan mereka.

Prof. Dr. Alex Tan, Profesor Madya dan Pakar Endokrinologi, Pusat Perubatan Universiti Malaysia menerangkan bahawa “adalah sangat penting untuk rakyat Malaysia yang menghidap diabetes melengkapkan diri dengan segala alat yang diperlukan untuk menguruskan paras glukosa dalam darah yang tinggi dengan berkesan. Pilihan-pilihan rawatan insulin yang sedia ada memang memberi kawalan glukosa yang berkesan, namun berbeza dari segi risiko hipoglisemia, keperluan untuk pencampuran semula (resuspension), regimen yang tidak fleksibel dan keperluan untuk menggunakan lebih daripada satu alat, bagi sesetengah pesakit.”

Gabungan formulasi ini yang tidak memerlukan pencampuran semula memberikan perlindungan selama 24 jam yang menjadikan glukosa plasma ketika berpuasa lebih baik dan memberi kawalan yang lebih baik untuk satu atau dua hidangan yang berkaitan dengan ekskursi glukosa.

Dr Chan Siew Pheng, Pakar Endokrinologi menambah, “dengan adanya Ryzodeg® di pasaran, rawatan diabetes yang inovatif, mudah dan bijak ini akan membolehkan penjagaan dan KKLIU 2094/2018 (9/2018/L/20) pengurusan diabetes yang lebih efektif, membolehkan pesakit menjalani rawatan yang lebih positif yang akan turut meningkatkan kualiti hidup seharian mereka.”

“Di Novo Nordisk, kami berdedikasi dalam menghasilkan rawatan-rawatan yang boleh digunakan oleh berjuta-juta rakyat Malaysia yang menghidap diabetes. Kami berharap inovasi yang terhasil dari gabungan manfaat-manfaat insulin degludec dan insulin aspart akan membuka jalan untuk penjagaan dan pengurusan diabetes di Malaysia sebagai pilihan rawatan yang berkesan untuk pesakit,” kata Richard Abela, Naib Presiden dan Pengurus Besar, Novo Nordisk Malaysia, Singapura, Brunei.

Insulin berasaskan preskripsi ini boleh diberikan sebagai suntikan sekali sehari atau dua kali sehari melalui pen insulin siap diisi yang dikenali sebagai FlexTouch® yang tidak memerlukan penggantungan semula6, memberikan para penghidap diabetes di Malaysia pilihan rawatan yang bijak.

Mengenai Ryzodeg® Ryzodeg® adalah kombinasi dua analog insulin yang berbeza (insulin degludec dan insulin aspart dalam nisbah 70% dan 30%), formulasi gabungan insulin basal yang bertindak untuk tempoh yang lebih panjang dan insulin waktu makan di dalam satu pen untuk penghidap diabetes jenis 1 dan 2.

Ryzodeg® diberikan dalam bentuk suntikan sekali atau dua kali sehari dengan hidangan utama. Ryzodeg® menawarkan regimen yang lebih mudah dengan jumlah suntikan yang lebih sedikit berbanding terapi basal dan bolus, di dalam satu pen6. Ryzodeg® diberi kelulusan regulatori yang pertama pada bulan Disember 2012 dan kelulusan Agensi Perubatan Eropah pada bulan Januari 2013.

Sejak itu, Ryzodeg® telah diluluskan di lebih daripada 70 buah negara termasuk Amerika Syarikat pada bulan September 2015. Ryzodeg® diberi kelulusan di Malaysia pada tahun 2018.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!